Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Monday, June 12, 2017

Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat  |  Assalamualaikum wbt... Setuju tak kalau aku cakap rezeki ni kengkadang datang tanpa disangka-sangka? Mungkin kita tak pernah terfikir langsung dan tak mengharapkan langsung sesuatu itu untuk datang pada kita.. Tetapi dengan izin tuhan, ia datang pada kita tanpa kite sangka.. Macam apa yang berlaku pada aku beberapa hari yang lepas... Aku mendapat hadiah sehelai shawl raya dari seorang sahabat sempena birthday aku... 

shawl raya, hadiah hari jadi lea azleeya
Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Sehelai shawl berwarna biru untuk aku pakai di pagi raya nanti... Sebelum ni memang kitorang dok berborak tentang tema hari raya.. Warna apa tahun ni.. Kebetulan warna tema raya kitorang sama pulak.. Sesambil tu berbincang warna tudung yang sesuai untuk baju raya kitorang nanti.. Almaklumlah warna yang kami pilih agak tidak menonjol dari warna-warna yang lain.. Low profile kata orang.. Haha.. Aku pun sebenarnya buntu nak pakai tudung warna ape.. Tapi, buat-buat relax jerk la.. Sampai masa aku sarung aje tudung warna ape pun.. Apedehal kan.. 

Tapi sahabat aku ni dah ada warna pilihan yang sesuai untuk dipadankan dengan baju rayanya tahun ni.. Dan aku mintak la dia tunjukkan dekat aku nanti.. Boleh la jugak aku carik tudung warna tu kan.. Tak payah dah nak fikir-fikir warna ape yang sesuai... Aku ni bukannya tahu sangat nak suai padankan warna ni.. 

Nak dijadikan cerita, 10 Jun 2017 (sabtu) yang lalu aku pergi la shopping mall untuk cari baju raya anak aku si Qhaliff tu... Beraturlah aku di ATM mechine untuk ambil duit.. Tetiba ternampak sesusuk tubuh yang aku kenali.. Cewahh.. Dah macam cerita hantu jerk gayanya.. haha..!! Kak Uda dan anaknya sedang bertungkus lumus untuk keluarkan duit dari ATM mechine.. Sesambil tu aku berborak la dengan dia... Sesambil berborak tu di hulur satu plastik bag dan ucap "Hepi besday, Ina"... Huk!! Apakah?? Terkejut aku... Aku sendiri pun tak berapa nak ingat besday aku.. Orang lain pulak yang ingat.. Time tu tak tahu nak cakap apa... Dia selalu ingat besday aku... Tapi aku?? Hurmm.. Rasa cam tak layak aku jadi kawan dia... Dengan rasa malu dan bersalah aku terima hadiah tu... 


Bila aku jengok dalam plastik bag tu, rupanya sehelai shawl... Warna yang pernah kitorang bincangkan kat opiz hari tu.. Ya Allah, rasa nak nangis rasa... Tak sangka dapat hadiah shawl raya.. Memang tak membayangkan langsung dapat apa-apa hadiah dari sesiapa juga dan tak pernah mengharapkannya... Tetiba, tuhan kasi rezeki hari tu.. Mungkin kalau dilihat dari mata kasar hanya sehelai shawl sahaja.. Tetapi, sentimental valuenya sangatlah tinggi.. Kerana ia datang dalam keadaan yang tak disangka-sangka.. 

Pape pun aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Kak Uda sebab hadiahkan shawl raya ni buat aku... Aku doakan beliau dirahmati dan sentiasa dilindungi olehNYA serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal.. Amiin YRA... 


10 comments:

  1. Rezeki tidak pernah silap alamat...alhamdulillah rezeki Lea...setiap kali Lea pakai..selagi itu ganjaran kebaikkan mengalir kepada pemberinya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki akak. Rasa terharu kan setiap kali dapat hadiah yang tidak disangka from someone. saya pun selalu rasa macm tu :) Jemput singgah blog saya ye :) http://missaziemah.blogspot.com/2017/06/saya-tak-sakit-perlukah-saya-ambil.html

    ReplyDelete
  3. Sweetnya kawan kak Lea ingat birthday :D

    Happy belated birthday Kak Lea, semoga terus bahagia dengan keluarga tercinta, murah rezeki, dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. Betul..rezeki kadang datang tanpa diduga..waktu kita tak sangka dan tak harapkan apa2 tapi Allah kirimkan rezeki tu dalam pelbagai bentuk..anyway, Happy Birthday Lea :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki sis Lea .. cNtik warna shawl tu

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat hadiah dari sahabat ye..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Lea! Semoga murah rezeki bahagia selalu. Best dapat hadiah =)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Lea, inilah dinamakan rezeki.. Anyway nak ucap sekali lagi, happy belated birthday to u.. =)

    ReplyDelete