Review Novel | The Greatest Of Destiny! | 12 Julai 2017 yang lalu aku selamat khatam novel cinta The Greatest Of Destiny by Al-Wahyu ni... Memakan masa selama 4 hari jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memandangkan masih banyak baki novel yang perlu aku baca untuk mencapai KPI dalam 2017 Challange Goodreads aku tu, makanya aku kenalah berusaha keras bagi memastikan ianya tercapai dengan jayanya.. Cewahhh!! Kerrrlasss ayat ko makk!! hehe.. Novel ni adalah buku yang ke-18 untuk cabaran ini.. So, masih berbaki sebanyak 12 buah buku lagi... Harapnya sempatlah aku habiskan 12 buah buku lagi sebelum akhir tahun ni..
Orite, jomlah aku cerita pasal novel ni pulak.. Novel hasil karya Al-Wahyu ni menceritakan tentang sebuah percintaan antara dua orang student university di Melborne yang terputus ditengah jalan akibat ego si lelaki yang terlalu mementingkan status, pangkat, darjat dan juga persahabatan.. Padahal dirinya benar-benar mencintai dan sayang pada si gadis.... Hadoii dah kenapa aku pakai lelaki dan gadis ni.. Hehe.. Okeh, si lelaki namanya Nasih Mikael dan si gadis namanya Alisa Zahira... Setelah sekian lama, Alisa membuka hatinya untuk seorang lelaki lain dan bertunang.. Dalam pada tu, dia berkenalan dengan mama Nasih Mikael tanpa mengetahui siapa sebenar wanita itu dalam satu situasi yang tak diduga.. Sehinggalah membawa perkenalan kali ke-dua di rumah mama Nasih atas urusan kerja..
Semasa pertemuan kali pertama lagi mama Nasih dah berkenan dengan si Alisa ni untuk dibuat menantunya.. Sampaikan dia sanggup mengupah orang untuk menghancurkan tali pertunangan Alisa untuk menjayakan rancangannya menyatukan Alisa dan Nasih.. Sedangkan dia tak tahu sama sekali yang Alisa dan Nasih masing-masing dah mengenali antara satu sama lain.. Dalam masa yang sama Nasih Mikael sedang menagih kasih Alisa kembali walaupun dah tahu Alisa ni sudah bertunang.. Bila tali pertunangan telah terlerai akibat perbuatan mama Nasih, Nasih mengambil peluang yang ada untuk menggantikan si tunang Alisa dalam majlis perkahwinan Alisa supaya majlis tersebut tetap berlangsung tanpa memalukan keluarga Alisa.. Masa majlis tersebutlah mama Nasih terkejut gadis yang dikahwini anaknya itu adalah gadis yang dia nakkan menjadi menantunya.. Gembira bukan kepala kerana dia ingat rancangan dia gagal.. Huhu.. Jahat betul kan.. Haisss..
Tapi tula, kalau dah jodoh tak kemana kan.. Larilah jauh mana pun, ia tetap datang pada kita.. Sebab tu aku suka qoute dalam novel ni... Siap up kat blog lagi.. hehe..
Kalau Allah SWT sudah takdirkan dia untuk kamu sejak tercatat di lohmahfuz lagi, datanglah pelbagai halangan sekalipun, kamu dan dia tetap akan bersatu juga. Sebab tiada sesiapa dapat menghalang kuasa Allah SWT.. Tetapi andai kata dia bukan milik kamu, ikhlaskan hati dan redalah dengan ketentuanNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.. - The Greatest of destiny! by Al-WahyuBaca sini : Jodoh Yang Ditakdirkan
Banyak lagik liku-liku dalam novel ni sebenarnya.. Kalau aku cerita habis, tak best la kan.. Korang kenalah baca sendiri baru ada feel... Bukan takat kat situ aje ceritanya.. Ada suka, duka yang korang kena lalui dalam novel ni.. Jom tengok sinopsis novel ni pulak..
Sinopsis The Greatest Of Destiny! by Al-Wahyu
Nampakkan sinopsis tu.. Kalau tak nampak korang besarkanlah gambar tu.. Malas aku nak taip kat sini satu-satu.. Haha!! Jom tengok review aku tentang novel ni dekat goodreads pulak..
REVIEW AKU DI GOODREADS
My rating: 4 of 5 stars
The Greatest Of Destiny!, novel cinta yang pada aku biasa-biasa aje jalan ceritanya tetapi masih boleh dilayan.. Ada babak² cinta, kecewa, dengki, dendam, sabotaj, pembunuhan dan happy... Aku suka baca kisah pembunuhan dalam novel ni kerana olahan penulis dalam bab ni agak teratur dan menarik.. Last sekali dah semestinya happy ending... Biasa kalau baca novel, kalau endingnye happy, dah boleh agak jalan ceritanya camne.. Semua novel lebih kurang jerk kisahnya bila ending cerita.. Huhuhu..
Kisah sabotaj yang ditonjolkan oleh penulis juga agak menarik... Mungkin ada berlaku dalam masyarakat kite hari ni.. Seorang ibu yang inginkan seorang gadis yang sudah bertunang menjadi menantunya sampaikan sanggup sabotaj pertunangan mereka sehingga terlerai.. Perghhh kejam..!! Kuang hajoooo betol... hehe..
Kiranya novel ni best la jugak jalan ceritanya.. Yang penting tak bosan.. Itu yang paling penting bila baca sesebuah novel..
View all my reviews
Kenali Penulis Al-Wahyu
mula tengok taajuk ingatkan novel berbahasa inggeris,rupanya dalam bahasa melayu.Agak tragik juga kisahnya ya,tapi best juga bila ada bab perkenalan mula-mula di melbourne tu dan berjumpa lagi kan.Kalau jodoh tidak akan kemana-mana.
ReplyDeletePerghh.ad target bca buku.kagum.good luck kak! Boleh dijdikn conth nie..btw..x sukanya jln citenya..kacau tunang org.kan haram tu..huhuu..smpai putus..hmm
ReplyDelete.jahat2😥
saya sekarang sedang baca novel breathe
ReplyDeleteLea minat baca novel ya.. Kak Sue minat baca buku cerita seram.. lepas tu mulalah nak bergerak kemana pun takut.. hahaha..
ReplyDeletetak dapat kumpul novel lagi, dapat bace sinopsis die pun okay dah.. huhu
ReplyDeleteSeriusly...dah lama tak baca novel...nak baca asyik kena kacau dengan dak tecit ni aje...hahaha
ReplyDeleteSha baca dah.. Okaylah.. Menarik..
ReplyDeletenais lah sinopsis dia. srs nak pi beli nanti 😋
ReplyDeletealaaaa bila laa nak dapat baca novel ni. masa tu takde betul la.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Tipah tertipu, ingatkan awak baca novel Inggeris, hihi sekali novel melayu dahhh.. Nanti nak list kan pembelian buku kat library saya.. Boss, tambah list nie satu, pliss...
ReplyDeleteBagus novel ni
ReplyDelete