Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 | Minggu lepas, mood membaca aku kembali menggila.. Sampaikan meroyan dok usha buku fixi... Dah kenapa!! Buku yang belum baca pun berlambak lagik kot.. Huhu.. Biasalah kalau dah mood membaca dah pulih, mula la mood membeli pun kembali mendatang.. Adehh.. Sabar dulu... Tunggu bila ada duit lebih baru beli... Okeh, baru-baru ni aku selesai baca novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2... Belinya dah lama tetapi bila mood membaca tak kunjung tiba, memang kasi peram dulu la jawabnya.. Alhamdulillah, minggu lepas aku berjaya khatam novel ni..
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 |
Baca Juga :-
Aku ambil masa 3 hari untuk khatam novel ni.. Terdapat 4 kisah seram yang terkandung didalamnya.. 3 kisah yang ada di dalam novel ni berjaya membuatkan aku rasa seram semasa menghadam setiap cerita yang ada...Manakala 1 kisah lagi, aku rasa penulis agak tergesa-gesa dalam garapan ceritanya dan seolah-olah jalan ceritanya menyamai kisah filem pemburu hantu.. Huhu.. Itu pendapat aku aje la.. Korang aku tak tahu la ye.. Walaupun cenggitu, aku rasa tak rugi lah beli buku ni sebab 3 cerita daripadanya best dan memang seram... Sampaikan aku stop baca bila time waktu malam.. Haha!!
Ini antara cerita yang terdapat dalam novel ni.. Jom tengok review penuh aku tentang novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 ini... Hiks..
REVIEW AKU DI GOODREADS
My rating: 4 of 5 stars
Ada 4 kisah seram dalam sebuah buku..
1. Bidan Sumiah - Suzani Nadzir
Mengisahkan tentang seorang bidan yang memiliki saka turun temurun dari keturunannya.. Setelah kematiannya, saka itu mencari tuan baru yg juga dari keturunan bidan sumiah... Kisah ini berjaya mengganggu gugat perasaan aku semasa membaca.. Sampai aku berhenti baca bila waktu malam.. Huhuhu.. Tahniah kepada penulis kerana menggarap sebuah cerita yg terkesan keseramannya..
2. Alya - Aida Adia
Alya pula mengisahkan seorang student sebuah kolej yg telah mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri setelah dirogol secara beramai-ramai dan dibakar hidup² oleh mereka dan ditaman disebuah hutan di ulu yam.. Mayatnya tak diketemui sehinggalah kaki pancing menjumpai rangka mayatnya ditaman ditepi sebuah sungai semasa mereka memancing.. Cerita ni pun berjaya membuatkan aku rasa suspen dan seram.. Jalan cerita disusun dengan baik..
3. Hutan - Noorfadzillah
Hutan, kisah yang bila aku baca seperti aku sedang baca novel karya Ramlee Awang Murshid kerana berkaitan dengan hutan di sabah sarawak sana.. Cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku baca dengan tekun dan penuh perhatian.. Aku suka cerita ni.. Kisah tentang pembunuhan yg dilakukan oleh penunggu hutan dari kaum keturunan org terdahulu.. Pembunuhan kejam yg dilakukan dengan memakan jantung segar manusia untuk menjadi lebih berkuasa dan juga utk menamatkan sumpahan.. Menarik ceritanya..
4. Kem Motivasi - Helmi Effendy
Kisah ke-4 ni aku tak berapa suka jalan ceritanya.. Mengisahkan sebuah kem motivasi yg ditutup hampir 5 tahun kerana gangguan dan dibuka semula setelah 5 tahun ditutup... Semasa program dijalankan, berlakulah gangguan.. sehingga menyebabkan beberapa kematian.. Sehinggakan 2 org pemburu hantu dtg menyelamatkan keadaan.. Adehh dah mcm filem omputeh jerk gayanya.. Tak seram langsung.. Memang tak memberi kesan pd aku cerita ni... huhuhu.. Jalan cerita yg membosankan dan tergesa-gesa..
haish kalau baca teringat sis...
ReplyDeleteAna tak pernah baca kisah seram lg sebab masa gile kumpul novel dulu novel fixi takde lagi. Skrg kalau nk beli novel kena cari yg betul2 kena dgn jiwa. Cth novel RAM. Hehe
ReplyDeletekesian Alya, lepas dirogol dibakar pula hidup2 😠nauzubillahminzalik
ReplyDeletefuh..takut pun baca juga..huhu
ReplyDeleteWalaupun seram, ada pengajarannya kan lea..
ReplyDelete