ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Saturday, August 12, 2017

ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona  |  Semalam aku dikejutkan dengan satu bungkusan yang tak di sangka-sangka.. Bila tengok alamat pengirim, oh! ok dah tahu dari siapa tetapi belum tahu isi dalamnya.. Agak surprise disitu ye.. Kemain tak sabar aku nak balik rumah untuk selongkar bungkusan itu.. Hehe.. Sampai aje rumah tak sempat buat apa-apa, terus aje terkam bungkusan dan bukak.. Agak gelojoh ye di situ.. Haha.!! Dan bila aku bukak bungkusan tersebut, alangkah wanginya dunia aku dengan haruman yang keluar dari sebuah kotak baldu berwarna peace bersama taburan bunga-bungaan yang membuatkan pandangan mata aku nyaman dan indah dihidangkan dengan ENCHANTEUR Stunning serlahkan aroma keanggunan mempesona... Dengan haruman memikat terasa diri ini begitu berharga.. Wahhh drama sangat ayat aku kan hari ni.. Hiks..!! Jom mewangi bersama aku dengan haruman terbaru dari Enchanteur ni.. 

Box eksklusif dari Enchanteur

Inilah box yang aku katakan tu.. Sangat exclusive.. Kotak baldu berwarna peace ni bukan sebarangan kotak tau.. Ia boleh dijadikan kotak menyimpan barang make-up atau aksesori... Jom kita bukak kotak ni tengok apa ada didalamnya pula... 

Enchanteur Stunning
ENCHANTEUR Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Cuba korang tengok tu... Camne aku tak keluarkan ayat 'drama' aku kat atas tadi kan.. Berbunga-bunga dalam kotak baldu ni.. Haruman yang keluar tak payah cakap la.. Memang semerbak harum.. Wangian dari Enchanteur tak pernah mengecewakan aku.. Sebab itu aku setia dengan Enchanteur sampai sekarang... Harumannya pun kekal lama... Aku suka!! Ok, jom kita sama-sama belek satu persatu apa yang ada dalam kotak ni..


Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. 

ENCHANTEUR Stunning Eau De Toilette
Boleh didapati pada harga RM 28.20 (termasuk GST) bagi setiap botol 50ml


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR Stunning Perfumed Body Lotion
Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM 5.40 hingga RM 17.60


 ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Roll-On
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.


ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Mist
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.


ENCHANTEUR Stunning Perfumed Talc
Boleh didapati  dari harga RM 4.40 hingga RM 11.80



ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.  

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri ENCHANTEUR boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari :-

Website

  Facebook 


13 comments:

  1. Wahhhh.. Bestnyaa.. Kalau kita beli 1 set and sekali kotak ni boleh ke kak?

    ReplyDelete
  2. Siqah peminat Echanteur jugak! Suka yang warna purple. Hehe.

    ReplyDelete
  3. ERMMMM...SAMPAI SINI LA LEA BAU DIA....HIHI

    ReplyDelete
  4. Betul..seprais sgt msa dpt parcel ni...bukak2 je,berbunga2 mata..hehe

    ReplyDelete
  5. Warna cantik,mesti wangi ni...nanti nak try bauan dia la

    ReplyDelete
  6. sekotak tu diorg ada jual tak? bestnya.. nak dengan kotak2 sekali.. huhu

    ReplyDelete
  7. Wanginya blog akak. Kinah berkenan dengan minyak wangi tu. Macam best

    ReplyDelete
  8. ghau ghau bau dia... lawa pulak tu.. gerammm! :D

    ReplyDelete
  9. aummm. cntiknya kak leaaaa.. busyra tak pernah tnggal pakai bedak dri Echanteur!. malam2 pakai best wangi.. selalu pakai wrna ungu ja. fevret!

    ReplyDelete
  10. Wangi sangat-sangat.. Sha suka..

    ReplyDelete
  11. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Cantik lak tuu Botol dia

    ReplyDelete