Kembara Jom Jimat Elektrik | Pada 27 Julai 2017 yang lalu seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik
Puan Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
Jom kita amalkan...tapi betul...iron baju biar sekaligus banyak...rasanya iron baju salah satu penyumbang besar naiknya kadar bil...huhuhu...
ReplyDeleteKadang- kadang kita x buat pun tips tu kan...pas tu bising bil letrik tinggi...bagus program ni mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat setempat
ReplyDeleteBagus program mcm nih diadakan. Sekurang kurangnya beri kesedaran kepada masyarakat
ReplyDeletebagus nie program untuk selalu di adakan
ReplyDeletebagus program ni..ni kat umah pun boleh bergaduh gak sbb nak jimat letrik hahahahaha
ReplyDeletebagus program macam ni kan kakk lea. fuhh da jgn membazir lagi.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Jom kita amalkan tips yang diberikan.. jimatkan elektrik bermakna jimatlah perbelanjaan kita..btul tak..?
ReplyDelete