Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan

Sunday, August 13, 2017

Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan  |  Aduiii terlalu banyak bende yang nak kene settle sebelum aku bersalin sampai tak de masa nak siapkan entry review novel Fixi Gantung by Nadia Khan ni... Dah lama kot terperam dalam entry ni.. hehe... Eceli aku start baca novel ni pada 24 Julai yang lalu dan settle menghadamnye dengan jaya pada 29 Julai... Lamanye aku amek masa nak habiskan  novel ni.. Padahal bukannye tebal pun novel ni berbanding Kelabu.. hehe..


Gantung... Firstime baca tajuknye, apa yang aku bayang adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang orang gantung diri.. Yesss, memang betul dalam buku ni ada kisah itu.. Pelajar yang kecewa dan gantung diri.. Cuma perlu diingatkan bahawa novel ini hanyalah untuk mereka yang dah cukup umur ye.. Atau lebih tepat untuk bacaan orang dewasa tak sesuai untuk mereka yamg masih dibawah umur iaitu remaja apatah lagi kanak-kanak... AMARAN KERAS ni tau!! 

Bagi aku novel Gantung ni jalan ceritanya agak bercelaru sikit kalau tak dibaca dengan teliti dan fokus betul-betul memang tak akan faham.. Apatah lagi kalau baca skip-skip.. Alamatnye memang tak faham teruslah jawabnye.. Agak struggle jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memerlukan penghayatan dan fokus yang lebih berbanding novel Nadia Khan sebelum ni yang pernah aku baca..

Novel ini mengisahkan sebuah kisah sekumpulan pelajar kolej yang agak sosial kehidupannye di dalam dan diluar kolej.. Kalau difikirkan balik, rasa macam tak logik aje kisah sebegini terjadi dalam kolej.. Tapi apa-apa pun tak mustahilkan di akhir zaman sekarang ni kan.. Tapi bila fikir sekali lagi, ehh tak de pemantauan ke dari pihak sekolah sehinggakan kegiatan yang tak bermoral terjadi dalam kolej itu.. huhuhu.. Naseb baik ini hanyalah cerita sebuah novel aje.. hehe...

Sekumpulan pelajar lelaki yang berstatuskan anak orang kaya yang menjadi tumpuan di dalam kolej tersebut.. Dengan ketampanan dan kefemesan mereka, jadi mereka menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej tersebut sehingga sanggup menyerahkan segalanya kepada mereka sedangkan mereka hanya sekadar ingin permainkan mereka sahaja selebihnya hanya untuk berseronok semata-mata... Dengan prinsip 'one for all' persahabatan mereka bertambah erat... 

Pendek kata novel ni terlalu daring... Terkejut jugak la aku baca sebab ia berlaku dikalangan budak sekolah.. Tak sesuai betul!!

Okeh, untuk bab seram pulak, boleh dikatakan novel ni agak seram.. Bermula bila mana seorang pelajar gantung diri kerana kecewa dipermainkan oleh sekumpulan pelajar lelaki tadi.. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Sememangnya kolej tu memang dah berhantu kot.. hehe.. Setiap kejadian seram yang berlaku, memang boleh membuatkan aku keseraman... Rasa macam ada yang memerhati semasa baca novel ni.. Kalau korang nak tahu lebih, kena lah baca yek novel ni..


Orite, jom baca review aku di goodreads pulak.. Kalau nak tahu sinopsisnya, boleh baca cover belakang novel ni kat atas..

REVIEW AKU DI GOODREADS

GANTUNG

My rating: 3 of 5 stars

Sebelum aku start review pasal novel Gantung ni, nak pesan ye novel ni tak sesuai utk mereka dibawah umur... Untuk bacaan DEWASA sahaja.. Huk!!

Orite, permulaan baca novel ni agak mengelirukan sebab jalan ceritanya berplot-plot.. Sekejap kisah tu.. sekejap kisah ni.. Adehh.. Mula baca memang pening dan tak faham jalan ceritanye.. siapa cikgu.. siapa khalil... (Khalil ke nama lelaki tu ekk. lupe dah aku.. malas nk belek blk buku..) Memang kene byk perah otak untuk faham satu² cerita.. ( atau aku sendiri yg susah nak faham.. hahahha )

Bila dah last² barulah dapat jawapan dari segala-galanye.. Twist yang menarik sebenarnya.. Tapi bab permulaan cerita tu mmg senak otak fikir.. So x dpt nk bagi byk bintang untuk novel ni.. Lebih best novel 'Kelabu' berbanding Gantung ni...

Bab seram pulak, tak dinafikan ada part² seram tu boleh meremangkan bulu tengkok.. haha.. Rasa diperhatikan.. Yg tu memang ohsemness dan boleh dipuji... Cuma jalan cerita aje memeningkan aku.. hiks..



4 comments:

  1. Yup.. Setuju sangat.. Novel ini untuk bacaan dewasa sahaja..

    ReplyDelete
  2. >̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡kay tertiba macam takut nak baca hahahahha.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Dah baca masa tahun 2014 tak silap... rajin baca buku fixi time tu salah satu novel ini.. memang sangat best jln cerita ni.. kalu saya bagi 5/5 bintang.. haha

    ReplyDelete