Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh | Allahuakbar.. Punyalah lama nak review novel ni.. Tapi tak jugak terbuat.. Dok dalam draft dah lama sebenarnya.. Masa untuk mengarang ayat aje tak de.. Terlalu sibuk menyiapkan entry yang urgent.. Tengahari ni ada masa terluang sikit, bolehlah siapkan entry review novel Semusim Di Mahsyar by Hadi Fayyadh ni..
Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh |
Alhamdulillah, kali ni beli buku dapat sekali dengan tandatangan dari penulis.. Menjadikan buku ini ada sentimental value tersendiri.. Kali ini juga buku disertakan sekali dengan bookmark.. So, tak perlu dah nak pakai bookmark sendiri.. hehe...
Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang jalan cerita novel Semusim di Mahsyar ni, bolehlah baca sinopsis dalam gambar atas ni yek.. Eceli, novel ni dah lama aku baca dan mengambil masa yang tak terlalu lama untuk menghadam hasil penulisan Hadi Fayyadh ini.. Mungkin kerana terlalu admire dengan penulisannya membuatkan aku membacanya secara berterusan... Bagi aku, karya beliau kali ini tak sehebat karya-karya beliau sebelum ini yang mampu membuatkan aku gerun, insaf, menangis dan sedar akan kuasa tuhan dihari pembalasan nanti.. Sungguhpun begitu, Semusim Di Mahsyar ini tetap membuatkan aku insaf dan sedar akan kekhilafan sebagai seorang manusia yang akan dihitung dihari pembalasan kelak.. Walaupun impaknya tidak sehebat novel Semusim Di Barzakh dan Ketika Azazil Berputus Asa...
Orite, jom baca review aku tentang novel ini di Goodreads..
REVIEW AKU DI GOODREADS
My rating: 4 of 5 stars
Start : 29.07.2017 Finish : 30.07.2017
Novel dari penulis yang memang aku kagumi dan minati.. Penulisannya memang sampai ke hati.. Sebelum ni dah baca 2 buah buku hasil karyanye dan ini adalah yg ketiga..
Untuk novel Semusim Di Mahsyar ni, aku rasa tak sehebat penulisannya yang sebelum ni.. Yang sebelum ni lebih terkesan dihati aku.. Sungguhpun begitu, buku kali ni tetap memberi byk pengajarannya dan bagus untuk dibaca oleh semua golongan..
Kali ini novelnye mengisahkan seorang anak perempuan yang derhaka terhadap org tua nye... Dia diuji dgn pelbagai ujian hidup sehinggakan dia menyalahkan kedua org tuanye lalu menderhakainya.. Allahuakbar.... Rasa geram sgt bila baca part dia derhaka tu.. Haisss...
Satu ujian besar menimpanya dimana dia disangkakan telah meninggal dunia dan ditanam selama 5 hari.. Sepanjang perjalanan dialam kuburnye dia didatangi mimpi yg panjang.. Dalam mimpinye itu dia menjalani kehidupan alam kubur yang penuh penyiksaan sehinggalah dia tersedar kembali dan kuburnya digali semula oleh penduduk kampung..
Selepas dikembalikan ke dunia, segalanya telah berubah.. Ayah dan ibunye telah pergi mengadap ilahi tanpa sempat dia meminta keampunan.. Keinsafan yang dia alami telah terlambat utk dia menebus segala dosanya terhadap kedua ibubapanye.. Malahan lebih teruk, selepas segalanya yg berlaku, barulah dia tahu cerita sebenar kehidupannya yang dia bukanlah anak liar nikah seperti dihebohkan penduduk kampung.. Menyesallah dia tidak berpenghujung kerana telah menyalahi kedua ibubapanye selama ini atas sebab itu dan sanggup derhaka kepada mereka.. Allahuakbar..
Walaupun buku ni x sehebat penulisan penulis yang lepas, tapi tetap memberikan kesedaran dan keinsafan bila membacanye... Recommended utk dibaca oleh semua..
Uit..seram tuh diangka mati selama 5 hari. Mesti mcm mcm blsan die dpt mse dlm alam kubur
ReplyDeleteBaca sinopsis dan review lea menarik jalan cerita dia...
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar & salam isnin yang ceria sis lea
Amboi bukan main lagi tajuk novel tu
Mahsyar ni nak selamat kena dapat rahmat Allah swt
Insyaallah masa ni ada 7 golongan saja dapat naungan
Hehe
lea best cerita ni..kena masuk dalam list ni
ReplyDeletenak kena baca jugak ni nanti.. hhehe
ReplyDeleteseramnya baca sinopsis dia kak lea. nak kena cari jugak ni. kena rajin mcm kak lea baca novel.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
kisah yang penuh pengajaran
ReplyDeleteJanjiKita
Rasa meremang plak bulu roma bila Iqlima menceritakan tentang seksaan kubur..nak kena cari novel nie..baru perasan, ada nama Salsabila la, nama anak sedara kita..hihi
ReplyDeleteSiqah tak pernah lagi baca karya penulis ni. Siqah masukkan dalam list dulu ye. Baca review kat GR pun, ramai yang cakap penulis ni best.
ReplyDeleteaduh...bilalah dapat baca buku2 karya penulis ni....tk mampu lagi nak beli...xD
ReplyDeleteMemang best novel ni......cerita dy memang sdih gila....
ReplyDeleteMemang best novel ni......cerita dy memang sdih gila....
ReplyDelete