Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat! | Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini. Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung adalah punca utama kematian dikalangan wanita dan bukan kanser payudara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang.
Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki.
Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindungan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pembedahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.
Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsung pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang di penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini.
Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal. Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**!
Kenapa Limau Gedang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gedang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawa makanan yang ditambah dengan limau gedang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida.
Kenapa Timun? Rendah kalori, kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.
Kenapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah.
Kenapa Lobak Merah? Lobak merah adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diproses oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juga mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata.
Kenapa Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari.
Jadi, dengarlah suara hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat!
- Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaran / baucar yang lain
- Minuman bermusim ini hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017.
- Sementara stok masih ada
- Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.
oo. bagus jugak. rasenya kat kelantan takde juice ni
ReplyDeletewah!favourite anak-anak gee ni!
ReplyDeleteBagus minuman ni boleh g cari nanti ni
ReplyDeleteWOo
ReplyDeleteListen to my heartbeat! Mesti berdegup2 jntg minum air nie..hehe..nmpk mables!
Nampak sedap jea jus nie..
ReplyDeleteMacam sedap jer...
ReplyDeletetak pernah try juice tapi selalu juga minumm boost sebab konsep lebih kurang.
ReplyDeletenanti boleh try nie
tergoda nampak iklan ni.. rasa juice yang sebenar
ReplyDeletelimau gedang ni sunkish ke lea... haduiiii ni pun sy tak tahu....
ReplyDeleteWife saya suka sgt juicework. Saya pulak xbrp boleh suka. Saya lebih suka minuman tradisional je. Haha
ReplyDeletebagus ni.
ReplyDeletenampak macam sedap je. tapi kat sini macam takde la huhu
ReplyDeletedah lama dah nak try juice works ni
ReplyDeleteSedap eh.. Nak cuba tapi kat sini tak ada..
ReplyDelete