Review Novel | Mesej Dari Anna Lee

Wednesday, September 6, 2017

Review Novel | Mesej Dari Anna Lee  |  Karya kedua dari Anna Lee yang aku baca.. Sebelum ni pernah baca Terukir Cinta dan membuatkan aku terus mencari novel karya daripada beliau.. Penulisan yang sangat menarik.. Novel kedua ni bertajuk MESEJ... Tajuk pendek tapi kisahnya panjang dan menarik.. Rata-rata aku baca review tentang novel ni, kebanyakannya menyukai jalan cerita Mesej.. Begitu jugalah aku.. Aku tertarik dengan jalan ceritanya...

novel, novel preloved, novel prolog media, prolog med, novel best, best seller, novel seram, novel cinta, mesej by anna lee, penulis anna lee, mesej
Mesej Dari Anna Lee

Mengisahkan sebuah percintaan antara Aria dan Jason yang mana perjalanan kisah cinta mereka agak pelik dan unik.. Garapan Anna Lee kali ini cukup sempurna membuatkan kisah ini berbeza dan menarik.. Walaupun kisahnya agak tidak logik dan susah diterima akal tetapi untuk sebuah novel, ianya memberikan kelainan dan membuatkan aku sebagai pembaca seronok menghadamnya sampai habis.. Apa yang menariknya novel ni? Time Travel... Itu yang membezakan novel Mesej ini dengan novel yang lain... Korang kena baca..!! Hiks..


Malas nak taip banyak-banyak, sila baca sinopsisnya dulu ye.. Walaupun hanya secebis sinopsis yang dititipkan kat kulit belakang buku ni, ianya dah memberi kesan kepada pembaca.. Cewahh... Jom baca review aku kat Goodreads pulak.. Ahakz..


REVIEW AKU DI GOODREADS


MesejMesej by Anna Lee
My rating: 4 of 5 stars

Sebuah karya dari penulis Anna Lee yang aku rasa BEST!!.. Jalan cerita yang berpusing-pusing tapi menarik.. Tentang time travel... Kehidupan di masa lalu dan dimasa akan datang.. Sangat menarik!!

Bila fikir balik cam tak logik, tp untuk sebuah novel ataupun sebuah filem, ianya sangat mengagumkan.. Sebuah cerita cinta yang sangat luar biasa kisahnye.. Kisah cinta antara jason dan aria yang berpandukan dari 'mesej' dalam sebuah buku pink.. Mesej ringkas tetapi penuh bermakna dalam menyatukan dua hati yang berada jauh antara satu sama lain..

Jalan ceritanya sungguh menarik dan romantik.. Rugi tak baca MESEJ...

View all my reviews


4 comments:

  1. Siqah suka sangat novel ni! Best 😍

    ReplyDelete
  2. my feveret novel.. ohsem sangat kisah Aria dan Jason tu..

    ReplyDelete
  3. novel melayu kurang menyentuh hal time travel ni, percubaan yang berani

    ReplyDelete
  4. Penulisan Anna Lee memang best2, one of top seller juga dia ni ;)

    ReplyDelete