Review Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim | Assalamualaikum wbt. Hi korang!! Tak best rasanya kalau dibiarkan blog bersawang terlalu lama.. Walaupun masih dalam pantang, rindu yang amat nak update blog.. Jadi, aku siapkan jugak entry yang dah lama dok dalam draft ni.. Novel pelaris karya Muhammad Fatrim ni sebenarnya dah lama aku beli tapi 31hb Ogos yang lepas baru berkesempatan aku baca.. Nampaknya, novel ni mampu menarik minat membaca aku... Nak tahu kenapa? Teruskan baca entry ni sampai habis ye..
Pelaris karya Muhammad Fatrim |
Dengan mengambil masa lebih kurang 2 hari lebih aku dapat habiskan baca keseluruhan novel ni... Bagi aku, novel ni mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi jalan ceritanya.. Bila disebut saja tentang pelaris, mesti korang dah tahu kan berkenaan apa... Novel ini mengisahkan sebuah kedai makan yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Mawar yang telah kematian suaminya menggunakan pelaris bagi melariskan kedainya yang pada awalnya hampir-hampir ditutup kerana tidak dikunjungi oleh pelanggan..
Jalan singkat yang diambil olehnye ini telah mengancam hidup dia dan anaknya serta hampir-hampir meragut nyawa anaknya.. Tanpa dia sedar pembantu kedainya yang berasal dari indonesia yang juga telah lama bekerja di kedai itu sebagai tukang masak sejak suaminya masih hidup lagi telah mengkhianatinya kerana tukang masak itu adalah isteri kedua suaminya.. Punca kedainya tidak berpelanggan adalah disebabkan oleh perbuatan jahat tukang masak yang juga merangkap madunya itu...
Setelah itu, datang seorang lelaki sebagai pekerjanya untuk membantu memperbetulkan keadaan.. Dengan usaha lelaki itu, segalanya dapat diselesaikan dengan baik... Dan akhirnye mawar dan anaknya terselamat daripada pelaris yang dibelanya..
Tulah serba sedikit jalan cerita novel ni yang dapat aku kongsi dengan korang... Bagi aku, aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis.. Penuh misteri sampaikan aku rasa pelaris tu ada disekitar aku... Hehe.. Kalau dulu-dulu aku ingat pelaris ni tidak mengancam nyawa si pemakainya/penggunanya.. Tapi sebenarnya, silap langkah akan memakan diri sendiri.. Banyak pengajaran juga dalam cerita novel ni.. Tak rugi baca sebab ianya dapat menyedarkan kita betapa bahayanya bila dah terjebak dengan ilmu pelaris ni..
Ok, macam biasa kalau novel dari Muhammad Fatrim memang aku akan beli terus dari penulisnya dan dapatlah aku tinta cinta dari beliau.. Haha!!
Kalau korang rasa nak baca jugak buku ni boleh la beli yek.. Baca la dulu sinopsisnya ni.. Baru boleh nilai sendiri best ke idok.. Karya dari Muhammad Fatrim ni, memang tak pernah mengecewakan aku... Semuanya best-best... Dok usha kat facebook beliau sekarang ni ada lagi buku baru nak keluar tu.. Kena dapatkan cepat la nampaknye ni.. Rugi tak baca.. Serius uolls!!
Ok la, nak kasi review dekat goodreads tak boleh ye sebab novel ni special edition dari penulis dan dikeluarkan sendiri oleh penulis tanpa ISBN... So, memang tak de la dalam goodreads.. Makanya, kene review sendiri aje..
Ok la, nak kasi review dekat goodreads tak boleh ye sebab novel ni special edition dari penulis dan dikeluarkan sendiri oleh penulis tanpa ISBN... So, memang tak de la dalam goodreads.. Makanya, kene review sendiri aje..
erm... menarik jalan ceritanya... kjp je lea baca...
ReplyDeleteSha tak baca lagi novel ini.. huhuhu
ReplyDeleteDah baca.. Best sangat..
Deletenice jugak jalan cerita Pelaris ni. bahaya gunakan pelaris ni..
ReplyDeletefuhh ni wajib beli ni! *_* Anyway, Nisha rasa buku HIJAB karya Aida Adia sesuai untuk awak hehe. Serius cerita tu best! Dia pasal kelebihan keenam. :*
ReplyDeletemenarik novel ni... SA suka betul cita berkenaan mistik.. heeee... Btw, bolehlah nak join penulis tu, kot kot dia nak amik cita seram SA pulak keee.. hiiiiiks
ReplyDeleteMenarik nmpk..mistikk~
ReplyDeleteada tips utk rajin membaca x? hehe
ReplyDeletemenarik cerita ni. pernah tengok drama kat tv, memang pelaris memakan diri.semoga jadi pengajaran untuk kita semua.
ReplyDelete* kak lea ditag kat sini http://www.maisarahsidi.com/2017/09/comeback-giveaway.html ;)
rabia tak minat baca novel..minat baca majalah je ..hehehe.bagus kak lea rajin membaca
ReplyDeleteAduhh Lea.. Awak saja jea nak bagi saya jeles kan.. Hihi nie yang rasa nak pegi ke kedai nie, sebab sipnosisnya macam kena sangat dengan selera bacaan saya.. =)
ReplyDeletefuh...baca novel gini ul 3 pagi meremang jer rasa
ReplyDelete