Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Sunday, September 10, 2017

Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog  |  Alhamdulillah sempat juga update entry tentang shawl halfmoon Hajra hadiah giveaway CiklaPunyeBelog ni sebelum aku bersalin.. Hadiah ni atas kemenangan aku dalam menyertai Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my pada 03 Ogos 2017 yang lalu... Tak sangka juga sebenarnya aku terpilih sebagai pemenang sebabnya memang ramai sertai giveaway ni.. Mungkin dah tertulis kot rezeki ini untuk aku.. Alhamdulillah.. 

shawl, halfmoon, hajra, shawl bersulam, shawl cantik, hadiah giveaway,
Shawl Halfmooh Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Hadiah ni baru sampai petang kelmarin... Kemain excited aku bukak parcel sebab nak tahu warna apa yang aku dapat.. Akhirnya dapat jugak warna yang aku harapkan.. Biru.. Yep, bila diumumkan nama pemenang, aku dah simpan dalam hati agar aku ada rezeki untuk dapat shawl yang berwarna biru.. Tak sangka, betul-betul dapat warna biru.. Hehe...

Apa-apa pun thankz to Cik La sebab pilih aku sebagai pemenang dan sekali pakej kasi hadiah shawl warna yang aku hajati.. Hiks.. Aku doakan moga CikLa selaku penganjur giveaway tersebut, sentiasa berada dibawah lindunganNYA dan sentiasa dibuka pintu rezeki yang luas serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal..

Aku suka shawl ni.. Kualiti kain memang terbaik.. Tebal tau shawl dari Hajra ni.. So, bila pakai tak de la risau tentang jarang kainnya.. Dan juga senang dibentuk.. Sulamannya pun kemas dan cantik.. Tak sabar aku nak cuba.. Tak berkesempatan lagi untuk menggayakannya.. Insyaallah, nanti aku gayakan dan tempek gambar kat IG, FB dan juga disini.. Hehe..


24 comments:

  1. cantik lea tudung nya...warna favourite kak lina ni...warna biruuuu...tahniah lea...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lea. Dapat Shawl baru lah nampaknya untuk sambut tahun baru hijrah tahun ni

    Hehe

    Lawa biru tu. Mama pun tertarik sebab warna nampak berseri

    ReplyDelete
  3. Banyak buat tangan jadi blogger ni ya

    Asalkan rajin masuk segmen

    ReplyDelete
  4. Wow, bestnya, tahniahh...tengah tunggu shawl jugak ni.hehehe~

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah! Cantik shawlnya *_*

    Anyway, Assalammualaikum dan haii! :D
    Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
    Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
    Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
    Lagi ramai lagi meriah! hehe :*

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html

    ReplyDelete
  6. Rezeki Lea..alhamdulillah tahniah.

    ReplyDelete
  7. tahniah kak lea. cantik warna tu..

    ReplyDelete
  8. Lumayan dapat shawla lawa berbunga macam ni

    Boleh pilih warna ya Lea

    Shawl kosong macam ni lawa kan kalau kita pakai dengan baju bercorak

    ReplyDelete
  9. Tahniah Lea, bestnya dapat tudung... dan tahniah diucapkan kerana awak menjadi salah sorang top commentor dalam jurnal saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/top-commentor-ogos-september-2017.html

    ReplyDelete
  10. Join Giveaway Nona lak..jommm3!
    http://nonasani.blogspot.com/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete
  11. tahniah lea... cantik. pas pantang blh la melawa... hehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak lea :)

    Singgah sini dan follow

    #BloggerPantaiTimur
    akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete