Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita

Tuesday, June 1, 2021

Review Novel | The Unsung Hero By Melur Jelita | Hadiah dari seorang sahabat blogger untuk aku... Apakah?? Novel ni la.. Hadiah dari Blogger Siqah.. Katanya novel ni tebal sangat dan tak larat nak habiskannya.. Jadi, aku dipertanggungjawabkan untuk habiskan novel ni.. Hehe.. Agak lama jugak aku ambil masa untuk selesaikan baca novel ni.. Setanding dengan ketebalannya.. 

novel best, best seller, novel preloved, novel cinta, novel terbaik, the unsung hero, melur jelita
The Unsung Hero By Melor Jelita

The Unsung Hero by Melur Jelita.. Sebuah novel yang pada awalnya aku ingat novel inggeris.. Hehe.. Masa Siqah nak bagi aku tu pun aku siap tanye dulu, novel inggeris ke? Rupanya tidak.. Tajuk aje omputeh, isinya melayu.. Hiks... Kalau novel omputeh aku memang tak baca sebab tak larat nak perah otak dan google translate untuk fahamkan satu-satu.. Haha!!.. Biasa la, dulu time cikgu mengajar dekat depan, aku 'tido' kat belakang.. Kohkohkoh!!


Novel ni tersangatlah tebal.. Mengandungai 151 chapter dan 1156 muka surat... Perghhh.. Bukan Melur Jelita kalau novel tak tebal.. rasanya semua novel beliau mempunyai ketebalan yang melampau.. Hiks.. Mula-mula terfikir jugak, apalah yang ditulisnya sampaikan tebal macam tu sekali novel ni.. Banyak betul idea.. Mesti membosankan dan pastinya cerita yang berulang akan ditulis..

Rupanya tanggapan aku tu semuanya salah.. Yang betulnya, beliau memang banyak idea.. Itu jerk yang betul... Jalan ceritanya pun tak membosankan sebab novel ni jalan ceritanya mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang diselit.. Ilmu pengetahuan tentang sains, sejarah, geografi, agama dan bagai-bagai lagi.. Bukan tu saja malahan skop tugas sebagai polis, askar dan lain-lain penjawat awam pun ada diterangkan dengan baik sekali.. Aku memang betul-betul kagum dengan penulis novel ni.. Banyak betul ilmu beliau..


Kalau korang nak baca sinopsis, boleh klik gambar atas ni ye..  Ok, aku ceritakan serba sedikit tentang jalan cerita novel ni ye.. Mesti korang nak tahu kan...

Novel ni mengisahkan seorang gadis kelantan bernama Maryam a.k.a adik chik a.k.a blackswan yang hidupnya terlalu dikongkong oleh ayahnya.. Dia tinggal bersama Bak (ayah) dan juga bunda (adik perempuan ayahnya)... Ibunya telah lama meninggal dunia.. Dek kerana terlalu risau dan sayangkan Maryam, tanpa sedar ayahnya yang seorang pesara askar terlalu berhati-hati dalam membesarkan anaknya dengan terlalu tegas sehinggakan si anak hidup dalam tekanan.. Sungguhpun begitu, anaknya tetap patuh dan menjadi anak yang mendengar kata dan baik.. Dia juga pengidap asma yang kronik..

Watak hero dalam novel ni dah tentu-tentulah the unsung hero, Irvan a.k.a deraman a.k.a Hero sepupu kepada Maryam bertugas sebagai Vat 69 yang telah sekian lama menyimpan perasaan terhadap Maryam semenjak kecil lagi dan menganggap bahawa Maryam adalah masa depannya.. Berjayakah Irvan menawan hati Maryam? Yang tu kene baca sampai habisla baru tau kisahnye.. hehe.. Terselit juga kisah sedih, Irvan terpaksa menghadapi detik-detik sukar dalam hidup dengan kehilangan orang tersayang iaitu seluruh ahli keluarganya maut dalam kemalangan jalan raya.. Bagaimana dia menghadapai detik sukar ini? Berjayakah dia? Adakah dia akan menjadi gila? Nak tahu, kena baca sampai habis jugak... Hahaha!!

Watak lain yang aku suka dalam novel ni ialah Haziq.. Watak yang tiba-tiba muncul dengan membawa sinar dalam hidup Maryam.. Siapa Haziq? Haziq, adik beradik susuan Maryam.. Dia hadir dalam hidup Maryam sebagai penghibur hati Maryam dan sentiasa buat Maryam tersenyum.. Seorang yang berperwatakan lembut tetapi 'lurus' ya pakkk!! hehe.. Dia banyak membantu Maryam dalam urusan sehari-hari dan dia juga adalah pendengar setia serta penyimpan rahsia Maryam...

Watak yang aku tak berapa nak suka dengan kewujudannya ialah Riyaz iaitu tunang si Maryam yang telah mengganggu gugat usaha Irvan untuk memikat Maryam.. Irvan ni pun satu jugak, slow sangat, dah melepasss!! huhu.. Riyaz ni juga adalah seorang Vat 69, anak buah Irvan.. Kebetulan pulak kan... Hiks..

Eh Maryam dah bertunang.. Macam mana dengan Irvan? Haaa nak tahu kesudahannya, korang kene baca sendiri yek.. Aku cite takat tu jerk la.. Yang pastinya cerita ni happy ending... Oklah, jom baca review aku dekat goodreads pulak...


LEA AZLEEYA'S REVIEWS - THE UNSUNG HERO AT GOODREADS


The Unsung Hero (The Unsung Hero, #1)The Unsung Hero by Melur Jelita
My rating: 4 of 5 stars

The Unsung Hero... Novel yang tak mengecewakan jalan ceritanya.. Cuma novelnye agak tebal.. Tebal yang melampau.. hehe..

The Unsung Hero by Melur Jelita ni bukanlah novel biasa-biasa seperti novel lain yang agak klise dengan jalan cerita cintanya.. Novel ni banyak terisi dengan ilmu pengetahuan yang kita boleh ambil.. Banyak bende yang aku tak tahu pasal lebah, dah aku tahu serba sedikit.. Terselit juga ilmu agama di dalamnya yang mungkin boleh memberi kesedaran pada kita.. Tentang tempat-tempat menarik diluar negara mahupun dalam negera.. Dapat memahami budaya da adat resam orang kelantan kerana kisahnya berkisarkan kisah orang kelantan.. Tentang buku juga banyak diceritakan dalam novel ni.. tentang kekeluargaan.. percintaan jarak jauh dan pelbagai lagi lah.. Kiranya terlalu mewah dengan ilmu novel The Unsung Hero ni..Mungkin sebab itulah ketebalannya melampaui batas.. hehe..

Yang mengaitkan cerita dengan tajuknya The Unsung hero adalah berkenaan Komando Vat 69 yang tidak diketahui kewujudannya.. Pekerjaan ini dirahsiakan kerana ianya sangat sulit dan merbahaya jika diketahui umum.. Banyak diceritakan tentang Vat 69 ni kerana hero dalam cerita ni iaitu Irvan adalah seorang komando Vat 69, wira yang tidak didendang..

Dengan novel ni, kita juga dapat menyelami hati seorang gadis bernama Maryan yang sangat baik, lemah lembut, sopan santun dan boleh dikatakan wanita akhir zaman yang terlalu patuh dan menurut sahaja kata ibu bapanya tanpa sebarang bantahan sehinggakan jiwanya tertekan dan memberontak akibat terpaksa patuh juga pada apa yang dia tak suka.. Huh, aku yang membaca ni pun rasa tekanannya tau.. Sampaikan nak sambung belajar pun dihalangnya.. Adehh.. Terkongkong...

Aku suka watak haziq yang lembut.. Dia abang susuan Maryam.. Dialah penghibur hati Maryam dan sangat memahami Maryam... Aku sendiri pun terhibur dengan watak haziq yang gila-gila tu..

Hurmm aku baca novel ni seolah-olah novel ni hidup.. Seolah-olah novel ni adalah kisah benar dan semua watak tu benar.. Tahniah penulis kerana menghasilkan karya yang sangat menarik ini... Ilmu yang terlalu banyak didalamnya.. Boleh feel dengan ceritanya sekaligus kutip ilmu yang ada didalamnya.. Terbaik!!

View all my reviews



12 comments:

  1. betul tu! tak Melur Jelita lah kalau tak tebal. Rasanya dalam penerbitan karya seni, novel dia paling tebal antara novel-novel lain. Dah setaraf ensiklopedia dan kamus dah.

    but walaupun tebal, tetap menarik dan terbaik jalan ceritanya

    ReplyDelete
  2. Congrats Lea sebab berjaya habiskan novel yang tebal ini.. Nanti Sha nak cari dan baca.. Kalau tak silap ada sambungan kan..

    ReplyDelete
  3. wow... 1000++ ms... akak mampu baca novel remaja jer he he he,,biar hati berbunga2 muda jee .. uwaa

    ReplyDelete
  4. bace sinopsis die macam best..

    ReplyDelete
  5. tebalnya... suspennya citer pun... tak terbaca la saya.... hukhuk

    ReplyDelete
  6. Dhsat la sis..novel tebal2 pun hbis dibaca

    ReplyDelete
  7. Tahniah sis lea.. Semangat nak membaca gak bila tengok sis lea habis baca novel ni

    ReplyDelete
  8. tahniah kak lea.. semangat membaca akak tu salute..

    ReplyDelete
  9. Tebal macam ni jenuh membaca

    Tapi lagi jenuh yang menaip tu

    ReplyDelete
  10. Cerita kalau hapy ending, memang bestlah.ehhehe

    ReplyDelete
  11. Novell ni mmg best,, dan susah nak carik lagi...

    ReplyDelete