7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Wednesday, December 9, 2020

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya  |  Kasih sayang seorang ibu pada anaknya boleh dilihat pada semua keputusan yang dibuat untuk anaknya. Soal botol susu baby pun tak terkecuali (source). Bayangkan, Tommee tippe, pigeon, MAM, Philips Avent dan pelbagai lagi botol susu pun ada bermacam warna dan bentuk, belum cerita soal puting lagi. Harga botol susu jenama mahal ni mak tak kisah pun keluarkan asalkan anak sihat. Kalau kita perhalusi, seorang ibu akan sentiasa memberikan yang terbaik dengan sumber yang ada. Atas sebab itulah, dari segi undang undang syariah, sekiranya terjadi sesuatu kepada rumahtangga yang dibina sehingga menyebabkan perpisahan keduanya, keutamaan untuk child custody / hak menjaga anak akan jatuh ke tangan ibu dahulu dan keluarganya, kemudian barulah pada keluarga si bapa. Mahkamah syariah akan meneliti syarat-syarat yang digariskan oleh agama kita, korang rujuklah kat laman web peguam syarie wanita (Hafizah Haron & Associates) yang biasa mengendalikan kes perebutan anak ni.

Ada tak yang mengalami keadaan ini.. Bila baki cuti bersalin dah nak sampai ke penghujungnya, mulalah rasa cuak kalau masalah anak tak nak minum susu botol sedang melanda.. Anak reject botol susu? Bagaimana cara melatih anak minum susu botol dengan jayanya? Setiap baby tak sama ragamnya.. Ada yang mudah menerima bila diberikan susu dengan botol dan ada juga yang sangat sukar untuk menerima melainkan menyusu secara 'direct'.. Ini akan memberi tekanan kepada ibu-ibu yang akan kembali bekerja.. Jadi, kita harus mencari jalan penyelesaiannya.. Di sini aku ingin kongsikan dengan korang 7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya...

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya, Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol, tips latih anak minum susu botol, anak tak nak susu botol, cara ajar anak minum susu botol


7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

1.  Latih Awal 2 Minggu Sebelum Kembali Bekerja

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Tip pertama ini sangat penting dalam menjayakan penyusuan botol bagi baby anda.. Jadi, anda disarankan untuk mula melatih baby anda minum susu dengan menggunakan botol seawal 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.. Cara membiasakan bayi minum susu botol..

Menurut Dr. Sears, pada peringkat awal selepas kelahiran adalah sangat penting untuk baby memahirkan cara lekapan pada payudara ibunya terlebih dahulu. Jika terlalu awal diberi susu botol, baby mungkin akan mengalami keliru nipple confusion kerana dia masih lagi belum mahir untuk menyusu badan. Malah, kekeliruan ini boleh menyebabkan baby anda tidak mahu menyusu badan langsung sehingga susu badan anda mengering sendiri.  Jika terlalu lewat pula, baby akan menjadi lebih sukar menyesuaikan diri. Anda juga akan mengalami masalah untuk mengagak waktu serta jumlah penyusuan yang sesuai untuk memberi panduan kepada pengasuh anak anda nanti
2.  Pastikan Bukan Ibu Yang memberi Susu Botol

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Sepertimana yang kita tahu, hubungan antara ibu dan baby sangatlah kuat.. Untuk memudahkan penerimaan baby terhadap susu botol, anda perlu meminta tolong orang lain untuk susukan baby anda.. Anda juga perlu ingat bahawa baby sangat bijak kerana mereka dapat merasakan kehadiran ibunya jika anda berada berhampiran dengannya.. 

Jadi, cara terbaik untuk membantu baby anda menerima susu botol, anda perlulah menjauhkan diri anda sejauh-jauhnya agar dia tidak merasakan kehadiran anda dan suami anda adalah pilihan terbaik untuk bagi menjayakan penyusuan botol ini.. 

Susu terbaik untuk anak-anak yang masih bayi adalah susu ibu. Hands down. Jadi cubalah sedaya upaya untuk berikan susu badan kepada anak kita selama 2 tahun penuh. Dalam surah luqman, Allah SWT ada menyatakan si ibu bersusah payah menyusukan anaknya, kalau perkara ni tak penting takkan Allah SWT sebutkan dalam Al Quran. Sebab tu peranan seorang ayah sangatlah penting dalam menjayakan program susuan anak ini Berjaya. Kenalah rajin menolong isteri di rumah. Meringankan beban yang ditanggungnya. Andai kata dah usaha tapi susu ibu tak juga keluar nak tak mahu barulah pakai susu formula. List dalam blog susuformulaterbaikmalaysia.blogspot.com ni bagus untuk mak-mak baca. Ingat ya, susu baby terbaik ialah susu badan. Jangan ambil jalan pintas guna susu tepung untuk bayi. Tak berbaloi

3.  Pilih Puting Botol Yang Sesuai

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Ada sesetengah baby sangat memilih puting botol.. Di pasaran sekarang pun terdapat pelbagai jenis puting.. Ada juga yang menyerupai puting ibu.. Jadi, anda perlu pandai memilih puting yang sesuai untuk baby anda.. Pastikan anda memilih flow yang paling perlahan supaya baby tidak mudah tersedak sekaligus membuatkan mereka takut untuk menyusu..

Paling baik, anda pilih puting yang mirip dengan puting ibu supaya baby selesa, mudah melekap dan senang menerimanya.. Jika baby anda tidak dapat menerimanya setelah dicuba beberapa kali, anda boleh menukar puting dari jenis yang lain pula.. Bak kata omputih, try and error! 


4.  Beri Susu Sebelum Baby Terlalu Lapar

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Pastikan baby anda berada dalam keadaan yang tenang dan bukan dalam keadaan yang terlalu lapar sehingga mereka menangis kelaparan.. Hal ini akan merumitkan lagi proses penyusuan.. Sepertimana pengalaman aku sendiri, aku lebih suka beri susu botol kepada baby semasa baby dalam keadaan yang mengantuk.. Cara ini sangat berkesan dan baby akan minum susu dengan mudah..

5.  Pastikan Posisi Menyusu Betul

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Bukan ibu yang sedang menyusu sahaja yang perlukan posisi menyusu yang betul ketika menyusu, tetapi baby yang dilatih minum menggunakan botol susu juga memerlukan posisi yang betul agar mereka selesa semasa menyusu..

Anda boleh bereksperimen dengan menukar posisi sekiranya baby anda nampak tidak tenang dan selesa semasa mereka sedang belajar minum susu botol.  Daripada duduk di riba, mungkin anda boleh berdiri, berjalan, atau berbaring di atas katil bersama bayi. Jadi posisi menyusu bayi menggunakan botol juga sangat penting..

6.  Memberi Susu Ibu Yang baru Di Pump Atau Yang Tidak Dibekukan

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Untuk permulaan pembelajaran penyusuan botol, sebaiknya anda menggunakan susu ibu yang fresh yang baru di pump atau anda juga boleh menggunakan susu yang disejukkan tetapi bukan yang dibekukan kerana susu yang telah dibekukan (frozen) rasanya berubah dan kurang sedap.. Ini menyebabkan baby akan menolak untuk minum susu botol..

Jadi, ibu-ibu perlulah rajin untuk menyediakan susu ibu yang fresh untuk baby diawal proses pembelajaran mereka.. Hehe.. Dah macam masuk sekolah je yek.. Ini juga adalah dari pengalaman aku sendiri.. Penerimaan baby lebih mudah dengan memberi susu ibu yang fresh.. 


7.  Konsisten Dan Mengikut Jadual Yang Betul

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

Anda perlu konsisten dalam mengajar baby minum susu botol.. Anda boleh mula secara pelahan-lahan tetapi perlu konsisten.. Anda juga boleh membuat jadual penyusuan agar  masa menyusu lebih tepat setiap masa.. Ini sangat membantu untuk anda mencapai misi anda.. Paling penting anda jangan cepat putus asa dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk baby anda..

sumber foto di atas : google

7 tips yang boleh korang try and error.. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol yang korang alami... Alhamdulillah aku dah selamat melalui detik-detik sukar menyusukan anak aku satu masa dahulu dengan mempraktikkn 7 tips di atas.. Jika anda juga mengalami masalah seperti aku, bolehlah try ye tips yang aku kongsikan ini.. Pengalaman anak tidak mahu susu botol sudah aku lalui.. Korang macam mana pula? ok, selamat mencuba!



11 comments:

  1. Good info. Bole jadi rujukan satu hari nanti. Thansk for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Yang paling penting jangan putus asa. miza dulu anak sulung xde pengalaman pening jugak bila dah masuk anak no 2 alhamdulillah senang nak ajar minum pakai botol

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Walaupun surirumah sepenuh masa, tapi nak ajar anak minum susu botol juga lah sebab nanti senang bebila nak kena tinggal dengan ayahnya ker tak susah hati lah

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni,alhamdulillah..masa Naura takde masalah bagi puting

    ReplyDelete
  6. Thanks kak Lea kerana bagi rujukan yang sangat berguna pada saya suatu hari nanti, nak-nak bila ada jadual untuk pemberian susu botol..

    ReplyDelete
  7. good info.. semoga nanti boleh digunakan bila dah ada anak nanti.

    ReplyDelete
  8. Masa ajar ank susu botol mmg senang. Agaknya die lapar xkesah mane2. Hehe. Masa keje siang hntar pengasuh ajar botol, mlm direct bf.. tp lepastu lama2 die xnak dah direct bf.. suka botol pulak..

    ReplyDelete
  9. Artikel bagus, yuk kungjungi website kami

    ReplyDelete