Review Movie | Tombiruo - Penunggu Rimba | Wohaaa!! Akhirnya dapat jugak tengok movie yang sememangnya aku nanti-nantikan kemunculannya iaitu Tombiruo - Penunggu Rimba.. Walaupun agak terlewat untuk mengetahui jalan cerita yang digarap dari sebuah novel karya penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid ini tetapi semangat untuk menonton tu tetap ada.. Hehe.. Best ke? Haaa nanti aku cerita pandangan aku tentang movie viral ini ye.. Hiks..
Tombiruo - Penunggu Rimba |
Walaupun tak berkesempatan untuk menonton dipawagam tempoh hari dek kerana aku masih dalam tempoh berpantang, jadi baru-baru ni aku telah menebus kekecewaan itu.. Eceli, koleksi novel Tombiruo telahpun aku baca dan hadam iaitu Tombiruo, Tombiruo Terakhir dan Semangat Hutan... Dari jalan cerita novelnya, aku sangat kagum dengan penulis kerana dapat menghasilkan sebuah karya yang sangat mantap dan meninggalkan kesan kepada pembaca sehinggakan aku mencari-cari lagi koleksi novel beliau untuk dijadikan bahan bacaan aku.. Pendek kata, jalan ceritanya sangat menarik dan mendebarkan..
Pandangan Aku Tentang Movie Tombiruo
Untuk movie pula, aku boleh katakan ianya tidak sehebat novel.. Kalau tak silap aku banyak jalan ceritanya diubah.. Mungkin aku terlupa jalan ceritanya? Ternyata tidak, kerana aku juga ada bertanya kepada peminat setia novel Ramlee Awang Murshid yang juga telah menonton movie ini iaitu bff aku sendiri Yatt.. Dia juga sependapat dengan aku.. Mungkin juga untuk memendekkan cerita tersebut sebab itulah diubah dan diolah balik jalan ceritanya..
Bagi aku yang dah baca novelnye, agak terkilan jugak sebab aku mengharapkan ianya sama hebat dengan novel yang aku baca.. Tetapi bagi yang belum membaca novelnya lagi, mungkin pandangan mereka berbeza dari pandangan aku.. Sungguhpun begitu, aku tetap suka akan movie Tombiruo ni walaupun jalan ceritanya agak berbeza sedikit.. Banyak aksi-aksi menarik di dalam filem ini dengan lakonan mantap dari setiap pelakon.. Tak la rasa kecewa sangat... Hehe.. Ini pendapat aku aje la ye sebagai penonton.. Jangan pulak kecam mak yeee.. Haha!!
Berapa Bintang Dari 5 Bintang Yang Tersenyum?
Kredit foto : Sinar Harian
Watak Yang Aku Suka?
Eceli, ramai pelakon yang aku suka berlakon dalam filem ni.. Paling suka ofkos la watak Tombiruo atau Ejim itu sendiri yang dilakonkan oleh hero malaya, Zul Ariffin.. Tapi sayang sekali, Zul harus mengenakan topeng dalam filem ni, jadi tak terasa sangatlah kehadiran Zul dalam filem ni.. Adeh.. Apa-apa pun lakonannya sentiasa mantap gitu..
Watak kedua, aku suka watak Pondolou yang dilakonkan oleh Faizal Hussien.. Aku memang suka tengok dia berlakon.. Mungkin sebab lakonannya menjadi kot bagi setiap watak yang diberikan.. Farah Ahmad pun best memegang watak Monsiroi.. Real kot.. Seram jugak tengok.. Hehe..
Adakah filem ini ada sambungannya? Harap-harap cenggitulah kan.. Sebab ikut cerita novel, Ejim akan memiliki paras rupa yang elok selepas membuat pembedahan.. Huhu.. Tapi yang tak bestnya, rupanya sama seperti kembarnya Amiruddin yang dilakonkan oleh Farid Kamil.. So, ini bermakna watak Ejim akan digantikan oleh Farid Kamil la kalau ikut pada novel.. Tu pun kalau ada sambungan.. Zul Ariffin apa cite?? Haha.. Alah, kalau ada sambungan mesti jalan cerita diubah dan diolah lagikkan.. Takan nak kuburkan watak Zul Ariffin.. Tak bestla.. Huhu.. Berangan jerk aku ada sambungan kan.. Haha..
Nak Tengok Filem Terkini Di Pawagam Sekarang?
Haaa kalau nak tengok filem apa sedang ditayangkan dipawagam sekarang dan nak tengok sekali trillernya, anda boleh terus ke website https://www.showtimes2u.com/ untuk lihat senarai pawagam dan waktu tayangan filem dipawagam berhampiran dengan korang.. Banyak tau movie terbaru yang best-best sekarang.. Map ke pawagam pun disertakan sekali dalam website tu.. Sangat membantu...
oo..ada gak baca sinopsis tombiruo ni, ramai bagi positif komen..terutama watak Zul Ripin tu..Dalam filem ni, dia kan tak tunjuk muka ensem dia tu jadi mmg orang tgk lakonan dia 100% je buka bersandar pada rupa...
ReplyDeletewahhh.. kita tak tengok pon. Suami tak suka cita cemni.. huhuhuhu. mampu baca review lea jelahh. Btw, nampak mcm sedap jalan cita ni
ReplyDeleteYup.. memang ada perubahan.. tapi still best..
ReplyDeleteMmg tak sama dgn novel.. Sbb kalau baca novelnya pun.. Susah ooo nak dijadikan sbg filem... Tapi dpt juga buat akhirnya walaupun susah.. Tahniah buat crew produksi filem aksi hebat ini... Tapi mmg baca novel lagi best la sebenarnya...
ReplyDeleteWah lea pun dah tgk ke. Ana tak sempat tgk lg. Huuhu
ReplyDeletethey said this movie was good but x smpt lg nak tgk. huukhuk
ReplyDeleteSiqah suka filem ni! Dan setuju dengan cakap Lea. Filem tak setanding novel sebab ada yang diubah. Mungkin sebab nak singkatkan cerita. Tapi paling Siqah suka bila part last tu. hehe. Seronok bila ada ura-ura Laksamana Sunan juga ke panggung. Tak sabar! :D
ReplyDeleteSekarang, Siqah tengah baca Legasi Tombiruo. Lea dah baca ke?