Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior | Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.
Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.
Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY - si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.
Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.
Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat | Nak sangat turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan pengambilan oat macam kengkawan yang lain, tetapi tekak pulak tak boleh nak terima makanan yang bernama 'OAT'.. Rasanya yang tak sedap dan teskturnya yang melekit-lekit tu memang tak tertelan la dek tekak ni.. Habis macam mana ni?? Mesti ada yang tengah ataupun pernah terperangkap dalam situasi yang macam ni kan.. Jangan bimbang, sebab sekarang ni dah ada oat yang sedap dimakan.. Jadi, lepas ni korang dah boleh capai hasrat untuk turunkan berat badan secara sihat dengan hanya mengamalkan pengambilan Kayliz Granola Oat.. Granola for fitness!!
Kayliz Granola Oat adalah sejenis snack atau kudapan harian yang semakin popular di Malaysia. Malah ia juga telah mendapat tempat dikalangan mereka yang kurang menggemari oat.. Granola Oat ini merupakan produk keluaran syarikat bumiputera iaitu Care Liz Resources yang bertapak di Negeri Sembilan sejak 16 September 2015 lagi.. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menghasilkan makanan kesihatan yang berasaskan oat... Kayliz merupakan bijirin oat dengan gabungan rasa ubi keledek ungu, chia seed dan juga madu...
4 Bahan Utama Kayliz Granola Oat
Bahan utama yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat ini adalah terdiri daripada bahan-bahan yang berkhasiat yang mampu memberi manfaat kepada tubuh badan kita.. Antara bahan utamanya ialah :-
1. Oat
Oat adalah antara bijirin yang paling sihat dan bebas gluten, mempunyai sumber vitamin penting, serat, mineral dan antioksidan berbanding bijirin yang lain.. Ianya mampu menjaga kesihatan dan juga jantung..
2. Sweet Potato (Ubi Keledek Ungu)
Sweet Potato adalah sumber vitamin yang sangat baik (dalam bentuk beta-carotene). Ia juga merupakan sumber vitamin C, manganese, copper, pantothenic acid dan vitamin B6 yang sangat baik...
3. Chia Seed
Chia Seed adalah bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang biasanya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.
Chia Seed merupakan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protien, serat, antioksida dan kalsium. Satu ouns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protien, 9 gram lemak, 12 gram karbohidrat dan 11 gram serat serta vitamin dan mineral..
4. Madu
Sepertimana yang kita ketahui, madu adalah makanan sunnah yang banyak khasiatnya.. Antaranya ialah mampu mengawal kadar gula dalam darah, untuk kulit lebih sihat, mencegah kanser dan masalah jantung, meningkatkan daya ingatan dan sebagainya..
Madu mengandungi tahap antioksida untuk menggalakkan kesihatan yang baik di dalam badan.. Antioksida dapat membantu menghalang radikal bebas dalam badan yang menyebabkan penyakit.. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegah terhadap sebarang penyakit yang boleh melemahkan..
Jom tengok video ni dulu!!
Tentang Kayliz Granola Oat
Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat
Sebenarnya aku sendiri pun bukan seorang penggemar oat.. Tak lalu tekak aku nak telan oat walaupun tahu manfaat oat untuk kesihatan.. Tapi lepas wujudnya Granola ni, aku adalah antara penggemar oat yang tegar.. Haha!! Tapi granola oat la ye, bukan oat yang semata-mata oat yang perlu dibancuh tu... Yang tu tetap tekak aku ni tak boleh nak terima.. Hiks..
Sekarang ni aku dalam proses menurunkan berat badan aku... Berat badan makin naik lepas bersalin ni.. Jadi, untuk turunkan berat badan aku ni secara sihat, aku mengambil Kayliz Granola Oat ni.. Bukan sahaja berat badan boleh turun tetapi kesihatan pun terjaga...
Pada awal diperkenalkan dengan Kayliz Granola Oat ni dulu, aku tak yakin aku boleh tersuka dengannya sebab kat dalam granola ni ada oat.. Jadi, aku buat andaian sendiri yang granola ni pun tak sedap sepertimana oat yang biasa tu... Huhu.. Tetapi bila kawan aku menyakinkan aku yang granola ni super sedap, aku pun try la.. Lepas sahaja cubaan pertama, fuhhh terus aku jatuh cinta.. Berpeket-peket aku repeat order.. Mula-mula dulu buat kudapan harian jerk.. Lepas tahu boleh turunkan berat badan, bertambah-tambah jatuh cinta dekat granola ni.. Haha!!
Manfaat Kayliz Granola Oat
Antara manfaat Kayliz Granola Oat adalah :-
Mampu menurunkan kolestrol dalam badan
Mengawal pencernaan
Membantu menurunkan berat badan
Meningkatkan kesihatan jantung
Meningkatkan tenaga
Mencegah anemia
Menggalakkan fungsi organ dalam badan berjalan sempurna
Menstabilkan tekanan darah
Meningkatkan aktiviti kognitif
Meningkatkan kualiti kulit
Membina tulang yang kuat
Mengelakkan kencing manis
Merangsang pertumbuhan tisu baru
Mencegah kanser
Itu dia 14 manfaat yang dapat kita perolehi daripada pengambilan Kayliz Granola Oat ni.. Bukan saja boleh turunkan berat badan, malah banyak lagi manfaat yang lain kita perolehi dengannya.. Ianya tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan, tiada gula tambahan dan kurang gula... Kalau korang nak tahu, granola ni sangatlah sedap rasanya.. Boleh dimakan dalam pelbagai cara.. Ikut selera masing-masing... Makan macam tu saja pun sedap tau..
Cara Makan Kayliz Granola Oat
Korang juga boleh makan bersama susu segar, yougurt, campuran buah-buahan ataupun boleh dibuat kudapan dimakan begitu sahaja.. Macam aku sendiri lebih suka makan macam tu aje buat snack tanpa campur bahan-bahan lain.. Rasanya sedap dan sangat rangup... Makan dengan susu segar pun best tapi pilihan aku lebih kepada makan terus tanpa campuran.. Hehe..
Granola + Susu Segar
Tekstur Granola masih lagi rangup meskipun terendam dalam susu segar
Kayliz Granola Oat ni sangat sesuai untuk meraka yang menjalani gaya hidup yang sibuk terutamanya wanita yang bekerjaya, student dan atlet. Kalau korang adalah seorang terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk menguruskan jadual makan, korang boleh jadikan granola ni sebagai makanan segera korang.. Ia mudah disediakan dan boleh dimakan begitu sahaja.. Disamping itu juga, dapat menjaga kesihatan dan memberi tenaga kepada korang... Granola ini juga bagus untuk sistem pencernaan tau sebab ia kaya dengan serat.. Sistem pencernaan bagus, berat badan pun dapat turun dengan baik.. Hehe..
Kayliz Granola Oat Rasanya Terlebih Sedap!!
Overall, aku suka rasa Kayliz Granola Oat ni.. Rasanya lain dari yang lain dan tak sama langsung dengan oat yang biasa yang tak sedap tu.. Haha.. Korang yang tak suka makan oat tu patut cuba granola ni.. Aku yakin korang mesti sukakan rasanya.. Disulam pula dengan rasa rangup sweet potato.. Perghh memang terangkat habisss... Sampai tak sedar dah habis 1 peket.. Hehe..
Kebiasaannya aku akan ambil granola ni semasa sarapan pagi dengan susu segar... Waktu malam pula aku akan buat kudapan sambil tengok tv.. Time tu, kami 3 beranak akan berebut-rebut makan sebab sedap sangat... Haha!! Jadi, aku sangat recommend kat korang untuk cuba granola ni.. Serius sedap.. Makan sepeket gerenti tak cukup.. Percayalah!!
Dapatkan Kayliz Granola Oat Sekarang!!
Dengan Kayliz Granola Oat ni korang bukan saja boleh kurus tetapi boleh menjaga kesihatan korang disamping mengamalkan diet yang sihat.. Jadi, untuk mencuba granola super sedap ini, korang boleh dapatkannya sekarang dengan harga yang sangat berbaloi-baloi...
Harga
RM 17.90
Sekarang tengah berlangsungnya promosi.... Jadi korang boleh dapatkannya dengan harga RM15.90/pack.. Cepat sebelum promosi berakhir...
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Giveaway souvenirs Pulau Jeju By SitiYangMenaip Dan SalbiahM | Terasa sangat renggang perhubungan aku dengan blog aku ni sejak akhir-akhir ini.. Hehe.. Untuk tidak merenggangkan lagi hubungan aku ni, aku kena buat sesuatu.. Apakah? Yesss aku nak join Giveaway souvenirs Pulau Jeju By SitiYangMenaip Dan SalbiahM ni.. Kehkehkeh!!
Klik banner kalau rasa nak join ye!
Disebabkan hadiah yang menarik, jadi aku nak join giveaway ni.. Apa hadiahnya? Meh semak sesama ye..
SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN
3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)
5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)
Nampak tak apa yang aku highlight kan tu.. Hehe.. Aku ni kan pengumpul FM.. Jadi, kalau ada yang buat giveaway hadiahnya FM, mesti aku akan join.. Lagi teruja kalau FM dari tempat-tempat yang jauh seperti luar negara.. Bertambah teruja aku nak join.. Hiks..
Orite, jom pakat join ramai-ramai ye.. Cepat tau sebab beberapa hari lagi giveaway ni akan tamat.. Rugi tak join..
Tawaran Hebat Cuci Kedai Dari Syaqist Patchwork! | Syaqist Patchwork menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi.. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah seperti cadar, karpet, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi.. Yang menariknya, semua design yang ditawarkan sangat cantik dan warnanya pula menawan kalbu..
Set Premium Cadar Patchwork Syaqist
Material cadar Syaqist ini adalah 100% cotton.. Sekiranya ada yang beli dan kualiti materialnya bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru.. Jaminan kualiti cadar Syaqist ini memang tip tip! Jenis cadarnya pula adalah dari jenis cantuman dan sulaman tampal.. Ini adalah antara perbezaan yang korang boleh lihat untuk memastikan sama ada yang asli mahupun yang palsu.. Set cadar ini mengandungi 3 item iaitu 1 Cadar Quilt yang tebal dan 2 Sarung Bantal Berzip.
Kelebihan Cadar Patchwork Syaqist
Jahitan lebih halus dan kemas
Material kain pure cotton berkualiti tinggi
Lebih tebal dari cadar yang biasa
Kain sejuk dan selesa dipakai
Melekap dan terletak di atas katil
Jahitan corak bunga nampak timbul
Bilik akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya
Mudah diurus dan di bawah dengan mesin basuh
Tebal dan boleh dipakai lama
Menambah keempukan tilam
Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang.
Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin
Peluang Menyertai Team Syaqist
Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan Membership & Loyalty Program untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini adalah :-
Diskaun semua item termasuk item promo
Hadiah hari jadi
Rebate RM50 untuk belian ke-11
Tidak perlu memperbaharui keahlian
Yuran keahlian hanya RM30 sahaja untuk seumur hidup dan hanya terhad kepada 100 orang terawal sahaja..
Promosi Kosong Kedai
Syaqist dalam proses berpindah ke kedai yang baru.. Jadi, untuk memudahkan urusan perpindahan, mereka sedang mengadakan promosi bermula 27 hingga 31 Januari 2018.. Korang bolehlah grab peluang ini untuk memiliki cadar patchwork premium pada harga yang lebih rendah... Rugi tau tak grab.. Peluang macam ni bukannya selalu ada... Hehe
Harga
Harga Biasa : RM195
Harga Promosi : RM185
Postage
Free Postage ke semenanjung
Sabah & Sarawak : RM15
Dapatkan Sekarang Patchwork Dari Syaqist!!
Ok, untuk mendapatkan produk patchwork dari Syaqist ini pada harga yang terendah, korang bolehlah dapatkan sekarang kerana promosi telah bermula pada hari ini iait 27 Januari 2018.. Jadi jangan lupa untuk dapatkan patchwork idaman korang sekarang juga..
Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan | Dulu sebelum ada anak, tak pernah ambil tahu pun tentang ruam mahupun ekzema ni.. Tapi sekarang bila dah ada anak ni, serba sedikit tentang ruam dan ekzema perlu ambil tahu sebab senang untuk hadapi masa-masa akan datang.. Tetapi mintak dijauhkanlah dengan sebarang penyakit kulit ni kan.. Pernah la aku lihat sendiri betapa deritanya pengidap ekzema ni.. Sampai tahap kulit dah menggerutu akibat biji-biji ruam dan tidak selesa akibat kegatalan yang melampau... Kesian bila tengok keadaannya yang sebegitu.. Bagaimana nak merawat ruam dan ekzema ni? Ye, jangan risau aku nak kenalkan dengan korang semua, losyen yang boleh merawat ruam dan ekzema dengan berkesan iaitu Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion...
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion dirumus khas untuk melegakan kegatalan kulit dan kerengsaan dengan gabungan unik minyak kelapa dara, minyak zaitun dan 6 jenis essential oil terpilih menjadikan losyen Ranessa ini begitu istimewa.. Ia juga mengandungi lidah buaya dan shea butter yang berfungsi menghidratkan kulit.. Losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Rumusan yang unik ini sangat ringan, bebas kimia dan sesuai untuk bayi, dewasa malah seluruh keluarga... Dihasilkan di Australia untuk memberikan kualiti yang terbaik..
Tahukah anda?
Beza Antara Ruam Dan Ekzema
Kalau korang nak tahu ekzema ni sebenarnya adalah sejenis ruam tetapi berbeza dengan ruam biasa... Apakah? Meh aku terangkan..
Ruam Biasa
Kulit cuma akan naik merah-merah dan gatal
Akan hilang
Berlaku dimana-mana bahagian badan
Ekzema
Kulit akan naik merah dan bintik-bintik merah, gatal, kering dan berair serta kulit juga akan terasa kasar dan tebal
Lambat hilang atau lebih tepat susah nak hilang
Bertompok-tompok di satu-satu tempat dan sering berlaku di bahagian pelipat badan seperti siku, lutut, belakang lutut, leher dan pergelangan tangan.
Itulah beza antara ruam biasa dengan ekzema.. Jika korang mengalami kulit yang sangat kering, berbintik, bersisik dan berair, itu menandakan korang menghadapi ekzema yang kronik.. Jadi, sebab itulah pentingnya losyen bila ada ekzema ni bagi menghilangkan gatal dan melembapkan kulit..
Dilema yang sering dilalui oleh seseorang yang ada ekzema ni adalah penggunaan steoid.. Steroid memang elok untuk jangkamasa pendek tetapi untuk jangkamasa panjang, ramai yang dah lalui kesan yang tak diingini seperti kulit semakin menipis, ekzema semakin teruk dan kulit jadi macam berpanau.. Oleh sebab itulah, ramai yang mencari alternatif lain untuk merawat ekzema mereka dengan mencuba produk dipasaran yang berasaskan bahan semulajadi dan lulus KKM supaya lebih selamat digunakan tanpa kesan sampingan..
Tetapi perlu diingat bahawa, bukan semua produk di pasaran sesuai dengan kulit kita.. Jadi, kita perlu cuba terlebih dahulu kesesuaiannya dengan kulit kita.. Sebagai contoh, mungkin kulit korang sesuai dengan produk Sebamed tetapi dia pula lebih sesuai dengan produk Buds.. Begitu jugalah dengan Lotion Ranessa ni.. Jadi, korang perlulah mencuba terlebih dahulu kerana tiada ubat dan skincare yang spesifik untuk ekzema.. Korang yang kena cari keserasiannya dengan kulit korang sendiri.. Tetapi yang pastinya Losyen Ranessa ini memang dirumus khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Untuk tahu serasi ke idokkkk.. Korang cubalah dulu... Hehe..
Keistimewaan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Kalau korang nak tahu, losyen Ranessa ni adalah losyen 100% natural dan mempunyai banyak keistimewaannya.. Antaranya adalah :-
100% bebas daripada bahan kimia, alkohol dan bahan pengawet
Telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT170505065K)
Diperkaya dengan Essential Oil yang terpilih untuk manfaat kulit yang sangat menakjubkan bagi menenangkan kerengsaan julit dan keradangan serta menghalau serangga dan nyamuk dengan berkesan..
Diformulasikan dengan tambahan 2 bahan utama iaitu Shea Butter dan Aloe Vera untuk melembapkan kulit
Tidak berminyak atau melekit
Didatangkan dalam botol jenis pump yang sangat mudah digunakan..
Losyen Ranessa Mampu Merawat Pelbagai Masalah Kulit
Sepertimana yang aku terangkan sebelum ni, losyen Ranessa ini mampu merawat ekzema dengan berkesan.. Selain itu juga, losyen ini boleh merawat pelbagai masalah kulit lain seperti :-
Ruam Lampin
Ruam Panas
Ruam Susu
Gigitan Serangga
Kulit Sensitif
Radang Kulit
Gatal-Gatal
Losyen ini juga boleh digunakan sebagai losyen badan, diaper cream dan sangat berkesan untuk melegakan gatal kulit serta menghalau serangga seperti nyamuk... Jimat kan..!! Dengan hanya sebotol losyen sahaja tetapi bertindak multipurpose.. Paling best losyen ni tak berminyak dan tak melekit...
Aku suka bau losyen ni.. Baunya sangat menenangkan kerana mengandungi minyak pati lavender, minyak kayu putih dan minyak lemon.. Kalau nak pergi travel pun mudah kan.. Hanya perlu bawak sebotol losyen Ranessa ni aje untuk cover semua kegunaan seperti menghalau nyamuk, diaper cream dan baby lotion.. Lagi best satu keluarga boleh pakai.. Jimat betul!!
Cara Pakai Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
Apply losyen Ranessa ini secara berhati-hati di bahagian badan yang diperlukan... Boleh dipakai di muka dan badan.
Sapu secara perlahan-lahan di kawasan yang dikehendaki sehingga meresap kedalam kulit..
Dapatkan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Sekarang Untuk Merawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan!!
Dengan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni, korang boleh rawat ruam dan ekzema dengan berkesan kerana losyen ini dihasilkan daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia serta selamat digunakan oleh semua golongan.. Tak kira sama ada dewasa mahupun baby.. Satu family boleh guna..
Berapa harganya? Jangan risau, kerana harga losyen Ranessa ini tidaklah mahal mana dan masih harga yang mampu milik.. Lagi pun losyen ini tahan untuk penggunaan sebulan walaupun dipakai 2 atau 3 kali sehari.. Berbaloi-baloikan..? Dah la boleh pakai satu family, multipurpose pulak tu.. Oklah, kalau korang berminat untuk mendapatkan losyen aromaterapi ini bolehlah dapatkannya dengan harga :-
Harga
RM 69.00 (50ml)
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Jom Sertai Traveloka Fly & Win CNY ContestDan Menangi Hadiah Menarik! | Holaaaaa!! Aku ada berita baik buat korang semua ni.. Bagi yang kaki contest ataupun giveaway bolehlah berkumpul ramai-ramai depan PC, laptop dan smartphone korang untuk membaca berita yang akan aku sampaikan ini.. hehe.. Mesti korang tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu berita baik yang aku bawa ni kan? Ok, kepada kaki-kaki contest korang bolehlah bersiap sedia fizikal dan mental untuk join contest anjuran Traveloka nanti iaitu Traveloka Fly & Win CNY Contest kerana hadiah menarik menanti anda!! Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca sampai habis ye.. Hiks..
Add caption
Sepertimana yang korang sendiri ketahui, Traveloka adalah salah satu laman e-dagang pelancongan dalam talian yang utama di Asia Tenggara yang menyediakan penerbangan termurah ke semua destinasi dan tawaran hotel yang terbaik... Jadi, sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Traveloka akan menganjurkan sebuah contest yang bertajuk Traveloka Fly & Win CNY Contest yang akan menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi..
Apalah hadiah yang bakal dimenangi itu agaknye ye? Kalau korang tengok tajuk contestnya, pasti korang dah dapat agak apakah hadiahnya.. Betul tak? Apatah lagi penganjurnya adalah Traveloka yang dah sememangnya terkenal dengan pelancongan dan penerbangan.. Jadi, hadiah yang disediakan haruslah Trip Percutian ke destinasi terpilih pelbagai negara.. Best sangat wehhh!! Sape yang tak join sangatlah rugi hokeh!!.. Boleh bercuti free kalau menang..
Ok, aku cerita sikit tentang contest yang bakal dianjurkan oleh Traveloka ni ye.. Contest kali ini adalah berbentuk mini game.. Kalau korang kaki game, pasti korang teruja nak join contest ni sebab game untuk contest ni simple sahaja dan peluang untuk korang menang adalah sangat cerah.. Nak tahu macam mana nak join? Meh aku ajarkan.. Hehe..
Cara Join Traveloka Fly & Win CNY Contest
Step 1
Layari laman web : https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
Step 2
Untuk join contest ini korang kena masuk melalui facebook.. Klik "Login With Facebook"
Step 3
Akan keluar paparan seperti dibawah dan korang bolehlah login facebook korang.. Kalau yang belum ada akaun facebook, bolehlah buat new account ye.. Macam mustahil pulak korang tak de akaun facebook kan.. Haha!!
Step 4
Ok, lepas korang login facebook korang, akan keluar paparan seperti di bawah ini.. Korang bolehlah tengok syarat-syaratnya, instrustions game dan juga boleh mulakan game dengan klik "Start Game"...
Step 5
Lepas dah klik "Start Game", paparan seperti dibawah ini akan keluar...
Get Ready!!!
Yeahhh korang dah boleh mulakan game tersebut.. Untuk permainan ini, korang hanya perlu tap-tap sahaja supaya kapal terbang tersebut tidak terhempas dan dalam perjalanan tersebut korang kena grap angpaw yang berterbangan serta melepasi halangan-halangan yang ada seperti bangunan tinggi, awan, layang-layang dan sebagainya.. hehe.. Mudah kan?
Sekiranya korang dapat grap angpaw dengan banyak, maka tinggilah score korang dan jika korang dapat melepasi halangan-halangan yang ada, korang juga akan dapat markah untuk score korang.. Gile senang kot!!
Step 6
Last sekali, bila dah tamat game tersebut, korang perlu submit score korang dengan klik "Submit Score"... Jika korang masih tak berpuas hati dengan score yang korang perolehi, korang tak perlu lagi submit score sebaliknya korang masih boleh replay dan replay permainan untuk dapat score yang terbaik... Lepas dapat score yang paling cantik, barulah korang submit score... hehe...
Rasanya dah jelas step yang aku berikan tu.. Mudah sangat game untuk contest ni kan? Aku rasa bagi mereka yang memang kaki game, mesti boleh capai score yang tinggi.. Alah, bukan kaki game jerk yang boleh capai score tinggi tetapi korang yang bukan dikalangan yang minat game pun boleh capai score tinggi sebab permainan ni sangatlah mudah.. Semudah ABC.. Cuma perlu kontrol kapal terbang aje agar tak terjunam dan tak melanggar halangan yang ada.. Hehe..
Cara nak main game ni korang dah tahu.. Jadi, macam mana? Ada bran tak sahut cabaran ni? Rugi tau kalau tak join.. Hadiah semua best-best belaka.. Boleh bercuti ke pelbagai negara terpilih antaranya Seoul, Phuket dan Langkawi.. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memenangi voucher yang bernilai RM1000... Perghhh best gile.. Aku pun tak sabar nak join ni.. Mane tau boleh menang pakej percutian ke Seoul ke kan.. Bolehlah feeling k-pop.. Haha..!! Jom tengok full hadiah untuk dimenangi...
Hadiah-Hadiah Traveloka Fly & Win CNY Contest
Antara hadiah yang disediakan untuk contest ini adalah :-
Tempat Pertama
6 Hari 5 Malam di Seoul
(Penerbangan dan Penginapan)
Tempat Kedua
5 Hari 4 Malam di Phuket
(Penerbangan dan Penginapan)
Tempat Ketiga
4 Hari 3 Malam di Langkawi
(Penerbangan dan Penginapan)
2 Hadiah Saguhati
Voucher Traveloka bernilai RM1000
Hadiah keseluruhan dah pun korang tahu... Jadi, jangan lupa ye untuk sertai CNY 2018 Contest ni... Hadiah yang disediakan akan membuatkan korang lebih berusaha untuk dapatkan score yang paling tinggi,... Hehe.. Aku pun tak nak lepaskan peluang ni dan akan turut serta dalam contest anjuran Traveloka ini.. Moga-moga ada rezeki untuk aku menang.. Kalau takde rezeki untuk menang penginapan dan penerbangan, manelah tahu menang voucher RM1000 tu kan.. Haha.. Berangan sangat aku.. !!
Traveloka Fly & Win CNY Contest ini akan berlangsung lebih kurang selama sebulan iaitu bermula pada 22 Januari 2018 dan akan tamat pada 28 Februari 2018... Korang semua dijemput untuk join contest ini beramai-ramai bagi merebut hadiah menarik yang ditawarkan oleh Traveloka.. Jangan lupa ye tarikh 22 Januari 2018.. Jom pakat join contest ni.. Moga ada rezeki untuk kita menang.. Insya-Allah..
Balm Tasneem Naturel Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema Dan Batuk | Hollaaaa!! Hi uollss.. Aku gembira hari ni sebab semalam anak aku dapat tidur dengan selesanya dan aku pun dapat tidur dengan aman.. hehe..Nak tahu sebabnya? Nak dijadikan cerita, malam kelmarinnya, anak aku meragam tak nak tidur dan merengek aje.. Mula-mula cuak jugak sebab tak tahu apa puncanya.. Lampin dah tukar, buaian pun tip top sentiasa on, kipas pun terpasang.. Buntu aku dibuatnya.. Lastnya, barulah terfikir nak check perut dia.. Yeahhh dia kembung perut hokeh!! Nasib baiklah ada penyelamatnya.. Apa lagi kalau bukan Baby Balm Tasneem Naturel yang mampu mengatasi masalah anak kembung perut, selesema dan batuk.. Alhamdulillah..
Eceli, sebelum ni memang anak aku tak pernah terkena kembung perut sejak dia dilahirkan September 2017 yang lalu.. Cewaahh siap mention bulan kelahiran tu.. Haha!! Kelmarinlah kali pertama dia kembung perut.. Mungkin sebab dah 2, 3 hari tak sapu minyak telon kat perut dia dek kerana minyak telon dah habis tak terbeli lagi.. Nasib baiklah aku teringatkan Balm Tasneem Naturel yang memang dah berada dalam simpanan aku untuk kegunaan bila kecemasan.. Kalau tak memang gelabah unta jugak aku nak mencarik minyak telon malam-malam buta kan.. Hehe.. Lepas sapu Balm Tasneem Naturel, alhamdulillah beberapa jam lepas tu dia dah ok..
Jadinya, malam semalam untuk mengelakkan kejadian sama berulang, lepas aje mandikan dia, aku terus sapukan Baby Balm Tasneem Naturel kat perut dan tapak kaki dia.. Oh ya, Baby Balm Tasneem Naturel ni sebenarnya ada 4 jenis kesemuanya iaitu T-Rub, CF-Rub, Calm Time dan Sleep Time.. Nama balm pun dah comel, inikan pula packagingnya... Double comel gituu!!
Sebelum ni aku kerap guna Sleep Time.. Sebelum tidur, aku sapu dulu pada anak aku supaya anak aku dapat tidur lena dan selesa.. Kelmarin barulah aku cuba T-Rub untuk legakan kembung perut anak aku tu.. Alhamdulillah sangat berkesan.. Lepas ni tak perlu lagi minyak telon yang lain, cukuplah dengan T-Rub sahaja sebab T-Rub ni pun bertindak sebagai minyak telon sebenarnya.. Korang nak tahu tak keistimewaan setiap satu balm Tasneem Naturel ni? Meh aku cerita..
Keistimewaan Baby Balm Tasneem Naturel
Yang menjadikan Balm Tasneem naturel ni istimewa adalah balm ini dirumus khas daripada bahan semula jadi serta kombinasi essential oil yang bermutu tinggi menjadikan balm ini mampu mengatasi masalah anak kerana essential oil ini berfungsi menghasilkan bauan yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.. Bukan baby aje tau boleh guna balm ni, kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, pendek kata semua golonganlah boleh menggunakannya..
Paling penting, balm ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna serta telah mendapat kelulusan KKM... Jadi, ianya selamat digunakan pada baby tanpa perlu ada rasa was-was.. Aku sendiri pun guna tau.. Bila time selesema atau hidung tersumbat, memang aku akan sapu balm ni dekat hidung aku.. Lega je rasa.. Lagi satu, aku suka sangat dengan packagingnya yang superb comel.. Rasanya tak pernah lagi sebelum ni aku jumpa packaging balm secomel ni.. Nak guna pun rasa sayang tau.. Haha!!
Oklah, tak nak bebel panjang lebar dah... Sekarang ni aku nak cerita pulak kat korang fungsi dan cara nak guna balm Tasneem Naturel ni... Manelah tahu kot nanti korang terrrrrrbeli jugak balm ni untuk kegunaan anak-anak korang dan tak tahu pulak fungsi dan cara gunanya.. Jadi, korang bolehlah rujuk kat sini.. Hehe..
Fungsi Balm Tasneem Naturel Dan Cara Penggunaannya
T-Rub
'Sedia payung sebelum hujan'... Itu perumpamaan yang tepat untuk masalah yang menimpa aku tempoh hari.. Hehe.. Yelah, nasib baik ada Balm Tasneem Naturel ni.. Kalau tidak, macam manalah aku nak atasi masalah kembung perut anak aku tu yek.. Ok, dengan Tasneem Naturel T-Rub ni masalah kembung perut anak dapat diatasi dengan mudah.. Bukan sahaja kembung perut malah sakit perut dan cirit birit pun boleh diatasi dengan menggunakan T-Rub ni.. Insya-Allah..
Tasneem Naturel CF-Rub ni pula dapat membantu mengatasi secara semulajadi masalah batuk dan selesema... Kalau anak terkena selesema dan batuk memang satu ujian yang cukup besar kepada ibubapa.. Mane tak nye, untuk pulih sepenuhnya bukannya dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama.. Naik runsing bila anak terkena selesema atau batuk.. Silap-silap tak tidur malam kita dibuatnya..
Jadi, itulah pentingnya CF-Rub ni.. Sekurang-kurangnya dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping memberikan keselesaan kepada anak kita.. Aku, kalau nampak tanda-tanda anak nak diserang selesema atau batuk, cepat-cepat aku sapukan CF-Rub ni kat dada dan hidung mereka.. Risau weh kalau anak tak sihat...
Fungsi Tasneem Naturel CF-Rub
Membantu kurangkan selesema
Membantu mencarikan kahak
Membantu melegakan asma
Membantu mengurangkan suhu ketika demam
Cara Guna
Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada..
Tasneem Naturel Calm Time ni pun bagus juga sebenarnya kerana mampu memberikan ketenangan kepada anak semasa mereka berada dalam keadaan meragam atau tantrum.. Kalau anak meragam je mesti mak ayah dah tak tahu nak buat apa kan.. Di pujuk-pujuk pun tak jalan, jadi kita cuba alternatif lain dengan menyapu Calm Time ni.. Insyaallah anak akan tenang dengan sapuan dan urutan serta baunya.. Aku sendiri pun suka baunya.. Hehe
Fungsi Tasneem Naturel Calm Time
Memberikan keselesaan
Mengurangkan tekanan
Mengurangkan keletihan
Membantu anak lebih tenang
Cara Guna
Guna Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Kandungan
Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile Cara
Sleep Time
Yang ni paling aku suka sebab anak aku dapat tidur dengan lena lepas aku sapu Sleep Time ni.. Tasneem Naturel Sleep Time ini dapat membantu anak tidur dengan selesa dan lena sampai pagi.. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat menyeimbangkan hormon tidur dan hormon sedar anak.. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti kepada anak-anak.. Sejak ada Sleep Time ni, memang memudahkan kerja aku.. Anak aku dapat tidur dengan damainya.. Memang terbaikkk..
Fungsi Tasneem Naturel Sleep Time
Membantu anak tidur lena
Membantu anak supaya mudah tidur
Membantu anak bangun dalam mood ceria
Memberikan tidur yang berkualiti
Cara Guna
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Dengan Balm Tasneem Naturel Anak Selesa Ibu Gembira
Kombinasi keempat-empat balm Tasneem Naturel ni memang memudahkan aku sebagai seorang ibu dalam menguruskan anak-anak.. Hanya dengan 4 jenis balm ini sahaja dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang anak hadapi.. Bila anak selesa, ibu pun gumbireeeee... Jadinya, lepas ni aku akan terus setia dengan baby balm dari Tasneem Naturel ni sebabnya aku dah merasai kesan positifnya.. Sangat bagus untuk baby dan bagus jugak untuk seisi keluarga.. Boleh dipakai satu family.. Bukan aku aje yang berpuashati dengan balm ni.. Ramai lagik yang dah guna balm Tasneem Naturel ni dan suka akannya.. Kalau tak percaya, meh tengok testimoni pengguna balm ini..
Testimoni Pengguna Balm Tasneem Naturel
Untuk lihat testimoni pengguna yang lain boleh klik di SINI
Dapatkan Sekarang Baby Balm Tasneem Naturel Untuk Atasi Masalah Anak Kembung Perut, Selesema dan Batuk
Bagi korang yang ada anak kecil, aku sangatlah recommend korang beli dan cuba produk Tasneem Naturel ni sebab ia dapat membantu menyelesaikan masalah demam, batuk, selesema, sakit perut, tantrum dan masalah tidur anak-anak korang... Keselesaan anak itu sangat penting.. Jadi, cegah sebelum parah.. hehe.. Untuk dapatkan produk ni, korang boleh rujuk detail seperti dibawah ini ye..
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta | Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!!
Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi..
Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang..
Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..
Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..
Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..
TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni..
Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat
Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..
Senang Ke Jadi Blogger Ni?
Best la ko jadi blogger... Dapat barang free..
Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job...
Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..
Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah..
Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..