Black Sparkling Box From Althea Korea | Wanita dan makeup memang tak dapat dipisahkan.. Sekarang ni tengah meletop-letop produk k-beauty.. Sana sini dok bercerita tentang k-beauty... Aku yang tak berapa suka makeup ni pun terjebak sama.. Yelah, bile tengok artis korea yang cun melecun tu sape la yang tak nak jadi cantik camtu kan.. Haha.. Boleh ke orang Malaysia jadi cantik macam artis korea? Alah tak jadi macam artis korea pun tak pe, janji dapat pakai produk makeup dari Korea.. Betul tak? Hehe.. Dekat mana nak shopping produk k-beauty yang best dan murah? Haruslah di Althea sebab produknya memang berkualiti, servis dipercayai dan penghantaran yang cepat.. Lagipun produk k-beauty ni sesuai untuk semua jenis kulit, natural dan bebas chemical..
Black Sparkling Box From Althea Korea |
Taddaaaaaaa... Dah selamat sampai pun Holiday Limited Black Sparkling Box daripada Althea Korea ni.. Excited bukan main aku terima kotak istimewa dari Althea.. Christmas box limited edition.. Cantik sangat kotaknya.. Itu baru kotak tau.. Belum lagi produk yang ada dalam kotak tu.... Kalau korang nak tahu, Althea kini sudah berada di 9 buah negara seperti Korea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina, US dan Rest Of World.. Memang worldwide kan Althea ni..
Rasanya bagi peminat k-beauty mesti dah familiar dengan Althea kan.. Althea sememangnya terkenal dengan barangan kosmetik dari korea yang didatangkan sekali dengan kotak yang menarik dan limited edition pada waktu-waktu yang tertentu.. Althea juga sentiasa up-to-date tentang musim perayaan di Malaysia. Setiap kali musim perasaan, althea akan memastikan pelanggan mereka mendapat promo atau diskaun hebat supaya dapat shopping sakan dengan lebih jimat.. Bestkan?
Eceli, ini firstime aku shopping di Althea dan pengalaman bershopping di Althea tak mengecewakan.. Semuanya berjalan lancar dan terbaikkkk.. Ok, jom tengok apa ada dalam Holiday Edition Box ni..
Black Sparkling Box.. Dah nama lagi Black Sparkling Box kan, haruslah item di dalamnya semuanya berunsurkan warna hitam... 'Nothing says classy and chic like Black'.. Hah gitu... Ini adalah Holiday Edition box sempena musim perayaan Christmas.. Sekarang ni pun masih berlangsung promo dan diskaun hebat di Althea tau.. Rugi tak grab..
Althea Black Sparkling Box ni ada 4 item kesemuanya.. Box ni harganya RM120.00 kalau loose harganya lebih kurang RM400++.. Murah gile kot.. Apa yang menariknya dengan koleksi black sparkling ni? Jom kita sama-sama tengok..
What's Inside Holiday Limited Black Sparkling Box?
SON & PARK All that Smoky Kit
APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 (2016 New) #23
MISSHA The Style 4D Mascara
RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black
ALL THAT SMOKY KIT
Son & Park
A smokey eyeshadow pallate for elegantly gorgeous eyes.. Create a sultry, smoky look by using brown or gray eye shadow. These rich shades come in both matte and shimmer finishes to create multiple looks for any accasion.
Aku suka gabungan warna yang ada dalam pallet eyeshadow ni.. Semuanya warna feberat aku.. Ada yang jenis matte dan juga shimmer.. Semuanya warna yang gorgeous... Bolehlah try make up smokey pulak lepas ni.. Tak pernah lagi try makeup smokey look... Tak pandai tak pe kita boleh belajar kan... Janji dah ada smokey eyeshadow pallate dari Son & Park ni dulu.. hehe..
MAGIC SNOW CUSHION 2.0 #23
April Skin
April Skins Magic Snow Cushion is a must-have in your beauty pouch! With a luxurious black case, this cushion contains more than 45% moisture serum that instantly gives you a moisturized, flawless finish. Keep your skin looking and feeling great this party season!
I luv it! Aku dah jatuh cinta dengan Magic Snow Cushion 2.0 dari April Skin ni.. Best sangat tau pakai.. Muka jadi lembut dan lembap.. Paling best muka nampak flawless sangat lepas pakai Magic Snow Cushion ni.. Code yang aku guna ni adalah #23... Memang sesuai dengan aku warnanya..
Kalau korang nak tahu, April Skin Magic Snow Cushion ni pernah memenangi Moneytoday Hit Awards 2016 kerana jualan produk ini telah menakluki pasaran dengan teknologi dan idea inovatifnya.. Wajib ada dalam koleksi make up korang juga ni..
THE STYLE 4D MASCARA
Missha
Finish your smokey eyes with fluttery lashes! Define, volumize and lengthen your lashes for a gorgeous finish to your sexy, edge look.
Aku memang tengah mencari mascara yang betul-betul boleh melentikkan bulu mata dan tidak comot.. Dan sekarang aku dah jumpa mascara yang menepati citarasa aku.. The Style 4D Mascara dari Missha ni best sangat tau.. Bila pakai, ofkos bulu mata lentik dan kelihatan lebat.. Paling seronok tak comot dan bergumpal-gumpal.. Itu paling best..
RIRE GEL EYELINER #01 KILL BLACK
Rire
Smudged eye, wterproof and point makeup.. No bad-girl look is complete without eyeliner. Define those eyes on both the upper and lower waterline. This pencil gel eyeliner is easy to apply and blend for bright, clear eyes.
Rire Gel Eyeliner ni banyak warna sebenarnya.. Yang aku ni warna Kill Black #01.. Pure hitam punya ni.. Kalau pakai memang nampak jelas sangat dan cantik.. Senang digunakan dan senang juga dibentuk.. Aku memang suka pakai eyeliner.. Rasa tak boleh hidup tanpa eyeliner sebabnya bila aku pakai eyeliner, secara automatik lebam bawah mata aku kurang sikit kelihatan.. Kalau tak, mesti orang ingat aku ni panda.. Haha..!!
Choose your colour - Rire Gel Eyeliner
Overall, aku memang suka sangat dengan koleksi makeup dalam Black Sparkling Box ni dan aku recommend sangat kat korang Althea Black Sparkling Box ni terutama yang suka dengan smokey look kerana set dalam kotak ni, memang di khaskan untuk korang makeup smokey look.. Satu lagi ofkoslah harganya sangat murah berbanding tempat lain dan itemnya sangat superb best sebab dari brand-brand yang terkenal di Korea...
Kalau korang shopping sekarang dan dapatkan Special Christmas Box untuk year end promo, korang akan dapat sekeping card secara random untuk korang nikmati diskaun hebat.. Kira atas nasib la kan dapat yang mana... Kalau dapat WIN50, korang boleh shopping sakan dengan potongan harga 50%.. Best tu weh..!!
Jadi, tunggu apa lagi tu.. Jom la pakat terjah laman web Althea ni untuk dapatkan Special Christmas Box.. Korang boleh pilih pelbagai produk di sana lengkap dengan skincare hinggalah ke barang makeup.. Semua ada di Althea..
Untuk maklumat lanjut, sila layari :-
Website
Facebook
Instagram
Blog
Youtube
both the box and products looks awesome
ReplyDeleteWow memang awesome la kak. Kinah pun suka dengan barang dari korea ni. Sesuai dengan kulit kinah
ReplyDeleteWow april skin. Serious april skin memang best. Kulit nampak dewy nampak glowing je ^^
ReplyDeleteWahh, April Skin.. Saya pun memang pakai dan produk nie bagus sangat, memang sesuai dengan kulit saya..
ReplyDeletewah2..bestnya
ReplyDeleteWow...mestilah best sebab warna tu sesuai sangat dengan kulit² asia ni kan...eda pun suka shopping kat Althea
ReplyDeletealaa mana muka lea bermekap dengan produk althea ni.. ingatkan ada.. heheheh
ReplyDeletewah,bestnyaaa
ReplyDeleteMacam menarik je mascara dia. Memang tengah mencari jugak ni. Okey noted dulu hihi
ReplyDeletewow banyaknya dapat syok la kak lea bermekap up ni
ReplyDeleteAll these items for rm120? Murah gila! Macam best je nak beli jugak lah hihi
ReplyDeletesemua dalam box tu, iolls suka...
ReplyDeleteBestnye!! Saya suka produk dari althea... murah2 produk kat situ... kunjunglh ke blog saya
ReplyDeletePuterihaifa7.blogspot.my
wow bestnyee set ni..
ReplyDeletewow wow wow.. itu jer nak cakap hihi. speechless tengok dalam box ni
ReplyDeleteWah,ada macam2 ye dalam box tu... Makin cantik bergaya ler...
ReplyDeleteLawa pula yang eye shadow tu.. smokey habis.. hehehe
ReplyDelete