Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat

Sunday, January 28, 2018

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat Nak sangat turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan pengambilan oat macam kengkawan yang lain, tetapi tekak pulak tak boleh nak terima makanan yang bernama 'OAT'..  Rasanya yang tak sedap dan teskturnya yang melekit-lekit tu memang tak tertelan la dek tekak ni.. Habis macam mana ni?? Mesti ada yang tengah ataupun pernah terperangkap dalam situasi yang macam ni kan.. Jangan bimbang, sebab sekarang ni dah ada oat yang sedap dimakan.. Jadi, lepas ni korang dah boleh capai hasrat untuk turunkan berat badan secara sihat dengan hanya mengamalkan pengambilan Kayliz Granola Oat.. Granola for fitness!!

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat, oat, granola, kayliz, cara turunkan berat badan berkesan, turunkan berat badan, diet sihat, diet untuk kurus

Kayliz Granola Oat adalah sejenis snack atau kudapan harian yang semakin popular di Malaysia. Malah ia juga telah mendapat tempat dikalangan mereka yang kurang menggemari oat.. Granola Oat ini merupakan produk keluaran syarikat bumiputera iaitu Care Liz Resources yang bertapak di Negeri Sembilan sejak 16 September 2015 lagi.. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menghasilkan makanan kesihatan yang berasaskan oat... Kayliz merupakan bijirin oat dengan gabungan rasa ubi keledek ungu, chia seed dan juga madu...


4 Bahan Utama Kayliz Granola Oat 

Bahan utama yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat ini adalah terdiri daripada bahan-bahan yang berkhasiat yang mampu memberi manfaat kepada tubuh badan kita.. Antara bahan utamanya ialah :-

1. Oat


Oat adalah antara bijirin yang paling sihat dan bebas gluten, mempunyai sumber vitamin penting, serat, mineral dan antioksidan berbanding bijirin yang lain.. Ianya mampu menjaga kesihatan dan juga jantung..


2. Sweet Potato (Ubi Keledek Ungu)


Sweet Potato adalah sumber vitamin yang sangat baik (dalam bentuk beta-carotene). Ia juga merupakan sumber vitamin C, manganese, copper, pantothenic acid dan vitamin B6 yang sangat baik...


3. Chia Seed


Chia Seed adalah bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang biasanya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.

Chia Seed merupakan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protien, serat, antioksida dan kalsium. Satu ouns (kira-kira 2 sudu besar) mengandungi 139 kalori, 4 gram protien, 9 gram lemak, 12 gram karbohidrat dan 11 gram serat serta vitamin dan mineral..


4. Madu 


Sepertimana yang kita ketahui, madu adalah makanan sunnah yang banyak khasiatnya.. Antaranya ialah mampu mengawal kadar gula dalam darah, untuk kulit lebih sihat, mencegah kanser dan masalah jantung, meningkatkan daya ingatan dan sebagainya..

Madu mengandungi tahap antioksida untuk menggalakkan kesihatan yang baik di dalam badan.. Antioksida dapat membantu menghalang radikal bebas dalam badan yang menyebabkan penyakit.. Ia juga meningkatkan sistem imun, bertindak sebagai pencegah terhadap sebarang penyakit yang boleh melemahkan..

Jom tengok video ni dulu!!

Tentang Kayliz Granola Oat

Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kayliz Granola Oat


Sebenarnya aku sendiri pun bukan seorang penggemar oat.. Tak lalu tekak aku nak telan oat walaupun tahu manfaat oat untuk kesihatan.. Tapi lepas wujudnya Granola ni, aku adalah antara penggemar oat yang tegar.. Haha!! Tapi granola oat la ye, bukan oat yang semata-mata oat yang perlu dibancuh tu... Yang tu tetap tekak aku ni tak boleh nak terima.. Hiks.. 

Sekarang ni aku dalam proses menurunkan berat badan aku... Berat badan makin naik lepas bersalin ni.. Jadi, untuk turunkan berat badan aku ni secara sihat, aku mengambil Kayliz Granola Oat ni.. Bukan sahaja berat badan boleh turun tetapi kesihatan pun terjaga... 

Pada awal diperkenalkan dengan Kayliz Granola Oat ni dulu, aku tak yakin aku boleh tersuka dengannya sebab kat dalam granola ni ada oat.. Jadi, aku buat andaian sendiri yang granola ni pun tak sedap sepertimana oat yang biasa tu... Huhu.. Tetapi bila kawan aku menyakinkan aku yang granola ni super sedap, aku pun try la.. Lepas sahaja cubaan pertama, fuhhh terus aku jatuh cinta.. Berpeket-peket aku repeat order..  Mula-mula dulu buat kudapan harian jerk.. Lepas tahu boleh turunkan berat badan, bertambah-tambah jatuh cinta dekat granola ni.. Haha!!

Manfaat Kayliz Granola Oat



Antara manfaat Kayliz Granola Oat adalah :- 
  • Mampu menurunkan kolestrol dalam badan
  • Mengawal pencernaan 
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung 
  • Meningkatkan tenaga 
  • Mencegah anemia  
  • Menggalakkan fungsi organ dalam badan berjalan sempurna
  • Menstabilkan tekanan darah  
  • Meningkatkan aktiviti kognitif  
  • Meningkatkan kualiti kulit  
  • Membina tulang yang kuat  
  • Mengelakkan kencing manis  
  • Merangsang pertumbuhan tisu baru  
  • Mencegah kanser


Itu dia 14 manfaat yang dapat kita perolehi daripada pengambilan Kayliz Granola Oat ni.. Bukan saja boleh turunkan berat badan, malah banyak lagi manfaat yang lain kita perolehi dengannya.. Ianya tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan, tiada gula tambahan dan kurang gula... Kalau korang nak tahu, granola ni sangatlah sedap rasanya.. Boleh dimakan dalam pelbagai cara.. Ikut selera masing-masing... Makan macam tu saja pun sedap tau..

Cara Makan Kayliz Granola Oat


Korang juga boleh makan bersama susu segar, yougurt, campuran buah-buahan ataupun boleh dibuat kudapan dimakan begitu sahaja.. Macam aku sendiri lebih suka makan macam tu aje buat snack tanpa campur bahan-bahan lain.. Rasanya sedap dan sangat rangup... Makan dengan susu segar pun best tapi pilihan aku lebih kepada makan terus tanpa campuran.. Hehe.. 

Granola + Susu Segar

Tekstur Granola masih lagi rangup meskipun terendam dalam susu segar

Kayliz Granola Oat ni sangat sesuai untuk meraka yang menjalani gaya hidup yang sibuk terutamanya wanita yang bekerjaya, student dan atlet. Kalau korang adalah seorang terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk menguruskan jadual makan, korang boleh jadikan granola ni sebagai makanan segera korang.. Ia mudah disediakan dan boleh dimakan begitu sahaja.. Disamping itu juga, dapat menjaga kesihatan dan memberi tenaga kepada korang... Granola ini juga bagus untuk sistem pencernaan tau sebab ia kaya dengan serat.. Sistem pencernaan bagus, berat badan pun dapat turun dengan baik.. Hehe..

Kayliz Granola Oat Rasanya Terlebih Sedap!!



Overall, aku suka rasa Kayliz Granola Oat ni.. Rasanya lain dari yang lain dan tak sama langsung dengan oat yang biasa yang tak sedap tu.. Haha.. Korang yang tak suka makan oat tu patut cuba granola ni.. Aku yakin korang mesti sukakan rasanya.. Disulam pula dengan rasa rangup sweet potato.. Perghh memang terangkat habisss... Sampai tak sedar dah habis 1 peket.. Hehe..

Kebiasaannya aku akan ambil granola ni semasa sarapan pagi dengan susu segar... Waktu malam pula aku akan buat kudapan sambil tengok tv.. Time tu, kami 3 beranak akan berebut-rebut makan sebab sedap sangat... Haha!! Jadi, aku sangat recommend kat korang untuk cuba granola ni.. Serius sedap.. Makan sepeket gerenti tak cukup.. Percayalah!! 

Dapatkan Kayliz Granola Oat Sekarang!!

Dengan Kayliz Granola Oat ni korang bukan saja boleh kurus tetapi boleh menjaga kesihatan korang disamping mengamalkan diet yang sihat.. Jadi, untuk mencuba granola super sedap ini, korang boleh dapatkannya sekarang dengan harga yang sangat berbaloi-baloi...

Harga
RM 17.90

Sekarang tengah berlangsungnya promosi.... Jadi korang boleh dapatkannya dengan harga RM15.90/pack.. Cepat sebelum promosi berakhir...


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Whatsapp
011-10906902 / 019-6255010


11 comments:

  1. wow... bestnya entry lea... bagus sangat!

    ReplyDelete
  2. sedapnya. ni kalau makan saja pun sedap

    ReplyDelete
  3. Berkhasiat dan memudahkan..warnanya pun menarik di samping kandungannya yang lengkap untuk keperluan badan.

    ReplyDelete
  4. amboi sian kat oat plain asyik mengumpat kat dia.. haa.. tapi yang granola ni lagi sedap.. makan saja pun sedap crunchy2 gitu

    ReplyDelete
  5. Okay nak try...tq Lea share this <3

    ReplyDelete
  6. tgh bahannya mmg boleh promote turun berat badan ni

    ReplyDelete
  7. suka sgt makan oat. bagusla kalau boleh turunkan berat badan

    ReplyDelete