Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan

Tuesday, February 6, 2018

Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan  |  Sejak kebelakangan ni mata aku sering terasa letih, kering dan tak selesa.. Lebih memburukkan lagi sampai kelihatan lingkaran hitam disekeliling mata.. Ini mungkin disebabkan aku terlalu lama mengadap skrin komputer.. Mana tak nya kerjaya aku sekarang ni memang memerlukan aku mengadap skrin komputer sepanjang hari bagi menyiapkan segala tugasan hakiki.. Tambahan pula, kini aku menjadikan dunia blogging sebagai kerjaya sampingan aku yang juga memerlukan aku menghabiskan masa yang panjang di hadapan skrin komputer.. Nak tak nak terpaksalah aku hadap jugak kan.. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, aku telah mencuba satu produk kesihatan mata iaitu Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan.. Bagus tau produk ni.. Meh aku cerita...


Apa itu Berry Bright Eye Nourishing Drink

Sebelum tu aku nak cerita yang sebenarnya produk ni kawan aku yang perkenalkan kepada aku sebab aku selalu sangat mengeluh tentang masalah mata aku ni.. Jadi, dia cadangkan supaya aku cuba Berry Bright ni sebab katanya produk ni sangat bagus untuk kesihatan mata.. Dan dengan pantasnya aku grab produk ini untuk dicuba.. Hehe.. Ok, jom aku cerita serba sedikit tentang produk mata ini ye..

Berry Bright merupakan supplemen mata yang berasaskan bahan semulajadi yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung didalamnya ialah :-


1.  NZ Antosianin Blackcurrant
  • Melegakan keletihan mata dan mengurangan lingkaran hitam pada mata
  • Merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan

2.  Ekstrak Eyebright
  • Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional
  • Digunakan untuk merawat penyakit mata dan membantu melegakan mata kering


3.  Ekstrak Marigold
  • Sumber yang kaya dengan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin
  • Melindungi retina mata dan melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya


4.  Vitamin C
  • Antioksidan larut air
  • Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas
  • Meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata


5.  Ekstrak Billberi Eropah
  • Kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan Flavonoid
  • Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah


6.  Stevia
  • Pemanis tanpa kalori yang 100% semula jadi
  • Terbukti selamat untuk pengidap kencing manis

Khasiat Berry Bright Eye Nourishing Drink


Tak dinafikan di pasaran sekarang banyak supplemen untuk kesihatan mata ada di jual.. Dari pelbagai jenama dan diperbuat dari pelbagai bahan utama.. Jadi, sebelum membeli kena semak dulu detail pembuatannya agar tak tertipu dan tak terkandung badan yang berbahaya.. Jadi, kalau korang ada masalah mata letih, kering dan tak selesa macam aku ni, bolehlah cuba produk Berry Bright ni sebabnya produk ni diperbuat daripada sumber asli dan tiada bahan kimia berbahaya.. Selamat digunakan.. Antara kebaikan lain yang ada pada Berry Bright ini adalah :-

1.  Meningkatkan Kesihatan Mata dan Penglihatan

Produk ini mengandungi empat jenis antosianin yang unik dalam Beri Cassis (Blackcurrant) yang  telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, meningkatkan kelembapan mata serta meningkatkan tahap penglihatan.. 

2.  Tinggi Kandungan Antioksidan

Kalau korang nak tahu, Blackcurrant New Zealand yang terkandung dalam Berry Bright ni mengandungi 4 kali ganda antosianin berbanding Blueberry Amerika Utara, 25 kali ganda Vitamin C berbanding Billberry Eropah dan 2 kali ganda kandungan antioksidan berbanding Blueberry Amerika Utara.. 

3.  Melindungi Mata Daripada Sinaran Biru Yang Berbahaya

Berry Bright mengandungi Lutein dan Zeaxanthin serta Karatenoid yang berfungsi sebagai antioksida dan mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang berbahaya yang datang daripada telefon pintar, tv, komputer dan lain-lain yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepatkan proses penuaan mata.

4.  Mengurangkan Pembentukan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Berry Bright ini diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan penglihatan yang lebih segar dan jelas.


Siapa Yang Boleh Minum Berry Bright Eye Nourishing Drink?


Ok, kalau korang nak tahu Berry Bright ni boleh diambil oleh semua golongan bermula dari kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke atas.. Haaa kanak-kanak pun boleh ambil tau.. Ini bermakna, produk ini memang selamat diamalkan.. Produk ini juga telah mendapat sijil Halal dari JAKIM Malaysia.. So, korang tak perlu risau akan status halalnya kerana telah terbukti HALAL.. Hiks..

Berry Bright ini sangat disyorkan dan sesuai bagi korang yang :-
  • Menggunakan contact lens
  • Berhadapan dengan skrin komputer, smartphone atau tv dalam jangka masa yang panjang 
  • Mata yang kering dan letih
  • Memandu untuk jangka masa yang panjang
  • Membaca untuk jangka masa yang panjang
  • Pendedahan yang berpanjang terhadap cahaya matahari
  • Kemerosotan tahap penglihatan
  • Rabun malam
  • Sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas

2 Perisa Berry Bright Eye Nourishing Drink Yang sedap

Berry Bright ini didatangkan dalam 2 jenis perisa iaitu Berry Bright Original dan Berry Bright Stevia.. Mesti korang tertanya-tanya apa keistimewaan kedua-dua jenis Berry Bright ni kan.. Meh aku terangkan satu persatu pada korang semua..


Berry Bright Original

Berry Bright Original ni mengandungi fruktosa semulajadi dan kandungan gulanya adalah bersamaan dengan setengah biji epal.. Untuk setiap hidangan Berry Bright Original ni mengandungi 38 kalori bagi setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas..


Berry Bright Stevia

Bagi Berry Bright Stevia pula, ofkos tidak mengandungi gula tambahan kerana menggunakan stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis.. Setiap hidangannya mengandungi 31 kalori dan diperkaya dengan antosianin Billberry Eropah dan Berry Campuran.. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas.. Berry Bright Stevia ini sangat disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis..

Di dalam setiap kotak Berry Bright ini mengandungi 10 sachet dan setiap sachet dapat memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant.. Korang kena tahu bahawa Berry Bright ini sangat tinggi kandungan Vitamin C iaitu setiap sachet mengandungi 500mg Vitamin C bersamaan 10 biji buah oren.. Perghhh terbaik!! Yang bagusnya lagi tentang Berry Bright ni, ianya tiada bahan pengawet dan tanpa pewarna tiruan serta sangat sesuai bagi korang yang Vegetarian.. Paling penting HALAL!! hehe

Cara Penyediaan Berry Bright Eye Nourishing Drink


Orite, aku ajar korang tentang cara penyediaannya pula ye.. Untuk cadangan penggunaan Berry Bright bagi penjagaan umum adalah korang boleh mengambilnya 1 hingga 2 sachet sehari.. Sebelum makan.. Manakala bagi pesakit yang mempunyai penyakit mata serius adalah 2 hingga 4 sachet sehari..


Cara Penyediaan Yang Simple
  • Sediakan 150ml air pada suhu bilik atau sejuk.. Aku lebih suka air sejuk.. Sedapppp!!
  • Tambah 1 sachet Berry Bright
  • Kacau dan minum segera bagi mengelakkan pengoksidaan..

Kenapa Perlu Cuba Berry Bright Eye Nourishing Drink

Kenapa korang perlu cuba Berry Bright ni? Korang perlu cuba sebab produk ni telah memenangi beberapa anugerah.. Antaranya ialah :-


  • Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, anjuran bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memenangi kategori "Makanan Kesihatan"(Health Food)
  • Natural Health Reader's Choise Award 2017, 2015, 2014 dengan memenangi kategori "Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik" (Best Natural Eye Care Supplement) 
  • Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 dengan memenangi kategori "Penjagaan Mata" (Eye Care).

Feedback Aku Selepas Seminggu Amalkan Berry Bright


Orite, kat sini aku nak kongsikan jugak feedback dari aku sendiri selepas seminggu mengamalkan Berry Bright ni.. Kiranya testimoni dari aku la kan.. Hehehe.. Ini bukan omongan kosong tau, selepas seminggu aku amalkan Berry Bright ni, aku dapat rasakan yang mata aku dah kurang letih macam sebelum ni walaupun aku mengadap komputer 24 jam.. Penglihatan pun semakin fokus dan paling best mata kembali selesa dan tak kering lagi macam sebelum ni.. Oh ya, satu lagi yang aku perasan, lingkaran gelap bawah mata aku ni dah berkurangan.. Walaupun tak sepenuhnya, sekurang-kurangnya nampak lah sikit perubahannya.. Seronok gile kot..

Jadi, lepas ni aku kena lebih konsisten mengambil Berry Bright ni supaya mata aku sentiasa sihat dan bersinar... Paling penting dapat mencegah masalah rabun dari awal.. Almaklumlah, umur pun semakin meningkat risau juga masalah rabun membelenggu penglihatan aku nanti.. So, baik kita cuba cegah dari awal.. Tapi perlulah konsisten.. 

Dapatkan Berry Bright Eye Nourishing Drink Untuk Mata Sihat dan Bersinar


Dapatkan sekarang Berry Bright Eye Nourishing Drink hari ini untuk penjagaan kesihatan mata dan penglihatan korang agar lebih sihat dan bersinar.. Jika korang ingin dapatkan produk Berry Bright Eye Nourishing Drink ini, korang boleh membelinya secara online atau boleh juga didapati di farmasi seluruh Malaysia..

Harga

Berry Bright Eye Nourishing Drink Original
RM 44.90

Berry Bright Eye Nourishing Drink Stevia
RM 49.90

Berita baik buat semua follower Blog Lea Azleeya...  Bagi yang ingin membeli produk ni, korang boleh gunakan kod diskaun yang akan aku berikan di bawah nanti untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% bagi pembelian Berry Bright terpilih dengan membuat pembelian melalui website sahaja iaitu di https://euryka.my/collections/influencer-campaign ... Kod diskaun ini sah sehingga 15 Mac 2018 sahaja ye.. Jadi, cepat-cepat buat pembelian sebelum terlambat..

Kod Diskaun
leaazleeyadc01

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram




10 comments:

  1. woww..bagus betul ada stevia dalam supplement ni ya.. dan bahan bahan lain pun sangat bagus juga. Orang kata anti oksida ni memang terbaik untuk elak penuaan organ.

    ReplyDelete
  2. macam nak try je ni lea...lagipun kesihatan mata pun kena jaga jugakkan

    ReplyDelete
  3. Wah ada discout kena rebut peluang ne nak mata cantik dan segar

    ReplyDelete
  4. Mata kinah pun dah mula pedih mungkin terlalu banyak sangat tengok laptop. Kena try jugak la ni

    ReplyDelete
  5. semakin bersinar2 lah mata lepas ni.. bestkan rasa blackcurrant semulajadi.. nak habis dah

    ReplyDelete
  6. rasa berries mesti sedap kan.. baik untuk mata elokla cuba mana tau power kurang. salah satu ikhtiar =D

    ReplyDelete
  7. Menarik ni . Disebabkan tiap2 hari kerja hadap pc boleh consume produk supplement ni

    ReplyDelete
  8. Wah.. ohsem ini.. Minuman untuk mata..

    ReplyDelete
  9. Baru dpt..tak cuba lagi..hope membantu la masalah lingkaran gelap bawah mata ni..

    ReplyDelete
  10. Baru dpt..tak cuba lagi..hope membantu la masalah lingkaran gelap bawah mata ni..

    ReplyDelete