Tips Memilih Jam Tangan Sesuai | Tak lengkap gaya sekiranya di pergelangan tangan tak terbelit seutas jam tangan.. Betul tak? Bagi aku sendiri, kalau keluar tanpa jam tangan, rasa macam tak cukup sesuatu.. Bukan setakat tak lengkap gaya, tetapi rasa hilang sesuatu iaitu 'masa'.. Susah kot kalau jam tak de nak tengok waktu.. Memang betul handphone ada tetapi tetap tak sama dengan seutas jam ditangan.. Jadi, dipendekkan kata jam tangan ni memang sesuatu yang sangat penting dalam hidup..
credit foto : http://trikfashion.com
Kalau nak diikutkan design, kat pasaran sekarang ni macam-macam design jam tangan ada di jual.. Hanya tunggu untuk dipilih sahaja.. Aku yakin, korang mesti banyak koleksi jam tangan kan? Almaklumlah sekarang dah banyak jam tangan yang murah-murah tetapi nampak macam mahal dan design pun superb ohsem cantik.. Jadi, tak hairanlah kalau korang adalah seorang pengumpul jam tangan yang berjaya.. Hehe..
Tetapi, korang beli jam tangan tu, sesuai tak untuk korang? Jangan main beli aje tau, sebab beli jam tangan pun kenalah tengok kesesuaian warna kulit dan bentuk tangan.. Kalau tersalah beli, mahunya korang akan nampak kepelikan di situ.. Jadi, kali ni aku nak kongsikan dengan korang tips memilih jam tangan yang sesuai..
Tips Memilih Jam Tangan Sesuai
credit foto : lifestyle.liputan6.com
1. Pemilihan jam tangan berdasarkan warna kulit.
Kulit Cerah
Bagi korang yang mempunyai kulit yang cerah, korang adalah antara insan dalam dunia ni yang sangat untung kerana tiada batasan untuk korang memilih jam tangan.. Korang boleh memilih jam tangan dari warna yang pelbagai sama ada warna gelap, cerah atau soft.. Semuanya sesuai tau.. Bestkan.. Lagi menarik jika korang yang berkulit cerah memilih jam tangan dari warna yang lebih berani seperti hitam, merah, biru tua atau coklat kerana dengan warna seperti ini, akan nampak lebih kontra dengan warna kulit yang cerah..
Kulit Gelap
Bagi pengguna jam tangan yang berkulit gelap pula atau lebih tepat sawo matang, korang boleh memilih warna yang lebih terang seperti kuning, hijau atau merah kerana warna seperti ini mampu membuatkan penampilan korang lebih menarik... Elakkan ye dari memilih jam tangan berwarna gelap..
Kulit Biasa Yang Sedang-Sedang
Macam mana tu kulit biasa yang sedang-sedang? Dah macam lagu aje kan.. Yang sedang-sedang sajaaaaaa... Haha.. Ok, Warna kulit sedang ni adalah warna kulit yang tidak cerah dan tidak juga gelap.. Ianya duduk dipertengahan.. Hehe.. Jika korang dikalangan warna kulit seperti ini, korang juga bebas memilih warna jam tangan... Jadi, korang tak perlu risau dengan ketidaksesuaian.. Pilih saja warna ape, pasti akan sesuai dengan korang..
2. Pemilihan jam tangan berdasarkan bentuk tangan.
Pergelangan Tangan Kecil
Cuba tengok pergelangan tangan korang sekarang!! Kecil ke besar? Haaa kalau kecil, korang sangat sesuai dengan tali jam bersaiz kecil kerana bersesuaian dengan saiz tangan korang.. Elakkan dari memakai jam tangan bertali besar atau lebar kerana ia akan mengundang rasa pelik nanti.. Haha!!
Pergelangan Tangan Besar dan Berlemak
Ok, bagi korang yang mempunyai pergelangan tangan besar dan berlemak, tidak sesuai sama sekali untuk memakai jam tangan bersaiz kecil kerana tangan korang akan kelihatan lebih besar dan kelihatan tenggelam di pergelangan tangan korang.. Sebaiknya, pilihlah jam tangan bertali sedang hingga lebar dan material tali tidak terlalu tipis
Bentuk Tangan Berotot
Wahh sape tu tangan berotot macam Zul Arifin? Hehe Korang sangat sesuai tau pakai jam tangan yang sporty dan maskulin bersesuaian dengan tangan korang yang berotot itu..
sumber : google
Semoga tips yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada korang yang sedang dalam dilema untuk memilih jam.. Jangan tersalah pilih tau, nanti nampak pelik pulak.. Hehe.
Ika kalau beli jam. Ikut suka hati dan ikut sedap mata mandang je kak lea. :p
ReplyDeleteItu la jadinya bila beli jam yang tak sesuai. Tangan besar dan berlemak, ika la tu haha. Thankyou kak sebab share. Good tips.
https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/book-review-barongan.html
good info. tq for sharing
ReplyDeletelama tak pakai jam.. nanti teringin nak beli jam boleh rujuk entri tip ni terima kasih kak lea
ReplyDeleterabia ada 3 jam dah... tapi nk beli yg baru pulak..
ReplyDeleteTips berguna untuk rujukkan ni Lea...kadang kita beli jam ikut citarasa tanpa ambil peduli sesuai atau sebaliknyakan...
ReplyDeleteLamanya la tak beli jam. mmg payah xde jam sbb payah nk tgok masa kan,harp ke phone,kang tiba2 abis btrii naye.he
ReplyDeletethanks Lea 4 the tips. :)
lama tak beli jam sebab susah nak dapat yang serasi last beli jam masa buat hantaran nasib masih berjasa lagi jam tu
ReplyDeleteNice tips lea..
ReplyDeleteSha dah lama tak beli jam..
tips yang sangat menarik...bole guna tips nie sbg guideline masa beli jam tangan nnt... :)
ReplyDeleteselalu beli jam tangan ikut mana berkenan je..tapi dah lama tak pakai jam tangan lepas malas nak ganti bateri..hehe
ReplyDeletesaya opt pada yang simple dan tak sarat sangat.. tapi suka tengok orang pakai ada batu2.. bila sendiri nak pakai rasa x ngam pula..
ReplyDeletepergelangan jenis kecil, memang beli jam kecil je. tapi sejak allergic dah tak pakai dah. huhu..boleh pakai selain besi.
ReplyDelete