WD-40® BIKE | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?

Tuesday, February 13, 2018

WD-40® | Bagaimana Untuk Memastikan Basikal Anda Dalam Keadaan Baik?  |  Membelanjakan wang beribu-ribu untuk sebuah basikal yang cantik bagi memperolehi perasaan yang begitu mengujakan dalam pengalaman menunggang basikal?  Dalam anda menikmati saat menunggang basikal dengan lancar, jangan dilupakan tiga perkara yang penting ini untuk menjaga dan memastikannya dalam keadaan terbaik.


Kali ini kita bercerita tentang KEBERSIHAN, PELINCIR dan PERLINDUNGAN. Setiap langkah adalah sangat penting, dan bagi setiap kaedah dan langkah yang digunakan membawa ke arah mengekalkan basikal anda sebagai mesin yang paling berkuasa, sama seperti saat pertama kali anda membelinya.


Oleh sebab itu, saya ingin perkenalkan kepada anda semua produk WD-40® yang telah dicipta secara komprehensif, yang merupakan produk untuk penjagaan basikal secara menyeluruh serta telah diuji dengan teliti untuk menyediakan pembersihan, pelinciran dan perlindungan yang terunggul bagi basikal kesayangan anda. 

Terdapat lima produk yang direka khas di bawah barisan penjagaan basikal ini, bagi memenuhi keperluan berbasikal dan penyelenggaraan yang berbeza.  Antaranya ialah :-

WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash



Dengan kesan surfaktan yang kuat, sama ada kotoran dan minyak mampu dihilangkan, menjadikannya berkilau bersih semula. Ia selamat untuk semua permukaan basikal, termasuk serat karbon, titanium, krom, aluminium keluli, getah, dan plastik.  


WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser


Dalam beberapa saat saja buih yang digunakan bertindak pantas membersihkan kotoran yang menempel pada permukaan dan menghilangkan minyak dan kotoran yang degil. Selamat untuk kemasan dan komponen basikal, tanpa perlu menggunakan pelarut sitrus atau asid.  



WD-40® BIKE Dry Chain Lube


Pelincir ini mengandungi formula polimer eksklusif yang mencipta filem kering untuk membuang habuk dan kotoran.. Sesuai untuk keadaan kering dan berdebu yang melampau.  

WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube


Pelincir berprestasi tinggi dan tahan lama untuk sebarang keadaan kering, basah atau berbeza-beza. Ia bagus untuk mengelakkan kerosakan geseran dan memanjangkan hayat rantai basikal.


WD-40® BIKE Wet Chain Lube


Sesuai bagi keadaan basah melampau dan bersalji, ini juga dicipta dengan formula eksklusif yang menghasilkan salutan tahan lama untuk menangkis air dan lumpur. 

Di sini juga saya sediakan beberapa tips untuk anda ikuti bagi mengekalkan basikal anda berada dalam keadaan baik.. Antaranya :- 

  • Jika anda hendak membersihkan rantai basikal anda, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal anda berada dalam keadaan statik, kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan dari masa ke masa boleh menyebabkan kegagalan.
  • Untuk menghilangkan minyak secara berkesan di rantai basikal, letakkan basikal anda di atas tempat kerja anda dan beralih kepada gelang rantai terbesar dan di tengah gigi gear. Sembur dengan WD-40® BIKE.
  • Penghapus dan Pembersih Rantai dalam rantai dan gelang rantai basikal. Gosok kotoran dengan berus yang agak keras. Bilas atau lap kering.
  • Apabila anda ingin melincirkan rantai basikal anda, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkannya di sepanjang rantai basikal. Bagaimanapun, pelincir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. Jadi pastikan rantai digosok dengan kain selepas pelincir dibiarkan seketika, kerana sebarang pelincir yang tertinggal di luar rantai akan menjadi magnet untuk kotoran.
  • Apabila membasuh basikal anda, jangan lupa bahagian rangka bawah dan sepit udang, di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur basikal anda dengan WD-40® BIKE, kemudian guna berus lembut dan sembur ke semua sudut dan celah untuk mengeluarkan kotoran.
Seperti mana-mana peralatan, permainan atau harta benda yang lain, penyelenggaraan adalah kunci untuk memastikan semuanya berfungsi bagi tempoh masa yang lama.

Untuk mendapatkan lebih banyak tips atau langkah terbaik bagaimana untuk menjaga basikal anda, boleh melayari laman web, www.wd40.asia atau emel ke wakil WD-40’s Bike Series representative di sales@2escape.bike atau menghubungi talian 03-2724 3808.



7 comments:

  1. Husband plan nak beli basikal tp tak tau bila. Boleh promote lubricant kalau beliau dah beli

    ReplyDelete
  2. ray selalu nampak ni kt kedai basikal but x penah tahu utk apa hahah

    ReplyDelete
  3. memang bagus n berguna wd-40 ini. teringin gak nak beli basikal utk senaman..

    ReplyDelete
  4. mountain bike yang beli harga ribu-ribu, kalo xde produk penjagaan camni, mudah rosak tu.

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Boleh maintain balik basikal sha nie..

    ReplyDelete
  6. orang yang suka aktiviti berbasikal mesti suka ni.. nak jaga nak maintain body basikal kasi lawa dan sentiasa baik..

    ReplyDelete
  7. Took me time to read all the comments, but I really enjoyed the article. It proved to be Very helpful to me and I am sure to all the commenters here! It’s always nice when you can not only be informed, but also entertained! Best Bike Chain Lubes Review

    ReplyDelete