Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Saturday, March 31, 2018

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes |  Aku kalau pergi kemana-mana mesti bawa tisu basah.. Bukan apa, untuk persediaan awal sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.. Contohnya, bila bawa anak ke pasaraya, aku pastikan troly yang aku bawa tu, dilap dahulu pemegang dan tempat duduk kanak-kanak dengan tisu basah supaya terhindar dari kuman yang membawa penyakit.. Kalau dulu aku cuma pakai tisu basah dari jenama biasa-biasa sahaja, sekarang tidak lagi sebab aku lebih percaya kepada jenama Carrie Junior kerana aku akan rasa bersih sepanjang hari dengan Carrie Junior Funtime Wipes.. Jom aku cerita serba sedikit tentang keistimewaannya.. 

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.  


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.  


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.  

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

 Cheeky Cherry

Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.   

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.


7 comments:

  1. Kak PC suka talcum dia Lea....hehe...wah tisu basah ni boleh beli ni...

    ReplyDelete
  2. bagus ni.. rasa mcm wipes carrie junior baru kan.. mcm sebelum ni takder lagi

    ReplyDelete
  3. wahhh patutlah wet tisuue rupanya..

    ReplyDelete
  4. Wet Tissue ni kalau dapat kat anak,memang habislah dia mengelap..Bagi eda kan,bila ada anak ni,benda ni memang wajib ada dalam handbag...memang eda akan bawa ke mana-mana...

    ReplyDelete
  5. cutenya bekas diaa.. wrna pun tertarik betul

    ReplyDelete
  6. packaging dia comel2, gmbr yg lea snap pun cantik dan jelas

    ReplyDelete