Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator Penyelamat Ketika Tayar Pancit

Saturday, March 17, 2018

Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator Penyelamat Ketika Tayar Pancit  |  Kalau masalah tayar pancit ni memang sangat merisaukan aku.. Mana taknya, aku manalah pandai nak tukar tayar sendiri.. Kalau buat-buat pandai pun, belum tentu terbuka skru tayar tu aku pusing... hehe.. Pernahlah mengalami beberapa kali tayar pancit tetapi time tu bersama encik suami.. So, tak de la risau sangat kan.. Tapi sekarang ni, encik suami dah bekerja shif, jadi aku terpaksalah hadapi hari-hari aku secara bersendiri.. Disebabkan itu, sebagai langkah berjaga-jaga aku akan pastikan dalam kereta aku sentiasa ada Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator sebagai penyelamat jika berlakunya tayar pancit.


Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator Penyelamat Ketika Tayar Pancit

Memandangkan jalan ke tempat kerja aku kini agak teruk kondisinya dek kerana lori-lori balak menggunakan laluan yang sama menyebabkan jalannya hancur.. Tak dinafikan juga terdapat paku-paku dan skru-skru 'sesat' di sepanjang jalan masuk ke tempat kerja aku tu.. Ini merunsingkan aku kerana peratus untuk menghadapi tayar pancit sangat tinggi.. Tetapi sejak aku diperkenalkan dengan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ni, aku dah boleh berlapang dada sikit.. Sekurang-kurangnya bila berlakunya tayar pancit, aku dah ada alternatif lain sebagai penyelamat untuk aku gunakan bila kecemasan bagi membantu aku ke bengkel berdekatan.. Kiranya, produk ini adalah produk yang wajib ada dalam setiap kereta.. 


Kalau korang nak tahu, Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ini merupakan produk keluaran DKS International Sdn. Bhd untuk pasaran di Malaysia sahaja.. Ia didatangkan dalam botol paling besar yang terdapat dipasaran iaitu dalam saiz 650ml.. Untuk harga pengenalan, mereka menawarkan dengan harga mampu milik iaitu RM49.99 sahaja berbanding dengan harga asal RM69.99.. Rugi sangat kalau korang tak grab sekarang kerana korang boleh jimat sebanyak RM20 sebelum ia kembali ke harga asal.... Murah gile wehh!!.. 



Kelebihan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator
  • Tidak perlu tukar tayar
  • Senang untuk digunakan
  • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
  • Tidak memerlukan sebarang peralatan
  • Tidak merosakkan yatar dan rim kereta
  • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  • Diperbuat daripada 100% polimer organik
  • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  • Waranti 2 tahun

Cara Penggunaan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator

Ok, cara untuk menggunakan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ni sangat mudah ye, semudah ABC gitu.. Produk ni sangat friendly dengan kaum wanita.. Hehe.. Tak yah korang nak berpeluh-peluh pulas-pulas skru tayar untuk tukar tayar.. Korang hanya perlu pam Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ni aje ke dalam tayar kereta korang.. Lepas tu dah boleh bawak kereta ke bengkel yang berdekatan.. Jom tengok cara penggunaan yang betul.. 



Video Cara Penggunaan




Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator


Dalam penggunaan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ini, ada beberapa perkara penting yang korang perlu tahu dan ambil tahu.. Apakah? Ok, buat pengetahuan korang semua, produk ini boleh menampal lubang sehingga 6mm dan ia digunakan hanya untuk penampalan sementara sahaja.. Selepas menggunakan produk ini, korang perlu ke bengkel yang berdekatan untuk mendapatkan servis tampal tayar yang lebih sempurna dan kekal.. Jangan risau, Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ini tidak akan merosakkan tayar dan rim korang... 

Peringatan untuk korang!!! Korang adalah dilarang sama sekali membawa kereta melebihi had laju 130kmj selepas menggunakan produk ini dan korang akan mengalami sedikit getaran semasa pemanduan disebabkan oleh cecair di dalam tayar. Kalau korang nak tahu, cecair latex ini boleh tahan di dalam tayar untuk beberapa hari dan boleh dicuci dengan senang.. 

Dapatkan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator Sekarang !!


Bagi aku, setiap kereta perlu ada Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ini sebagai persediaan bagi menghadapi masalah tayar pancit.. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'... Banyak kelebihannya dan juga boleh membantu bila diperlukan.. Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator ini sekarang dengan harga promosi RM49.99 (650ml) sahaja!!

Berita baik buat korang semua.. Untuk bulan Mac ini, pembeli bertuah akan membawa pulang Lattissima Touch Nepresso Coffee Maker bernilai RM1699.00.. Gile best wehh!! Jangan lepaskan peluang ini, jadilah pembeli bertuah itu sekarang juga..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

WhatsApp

Email
inquiry@keystons.com

Contact No.
011-2607 3633


5 comments:

  1. Menarik ni, tak la teruk berpeluh tukar tayar...

    ReplyDelete
  2. Dah standby 1 dalam bonet. Alat ne macam talian hayat bila tayar pancit

    ReplyDelete
  3. There is so little effort involved on your part, you would hardly believe it. Some units are said to be a little noisy, but for a five minute job to get you out of a hole, I don't think that you can go wrong. I have also heard that some units do vibrate quite a bit as well. If your unit does this, you might need to hold it whilst it works, but again, for a quick and easy result to a potentially disastrous problem, you cannot go wrong with this little gadget. best portable tyre inflator in India

    ReplyDelete
  4. I am impressed. I don't think Ive met anyone who knows as much about this subject as you do. You are truly well informed and very intelligent. You wrote something that people could understand and made the subject intriguing for everyone. Really, great blog you have got here. Cheap Tyres

    ReplyDelete
  5. That is really nice to hear. thank you for the update and good luck. Cheap tires online

    ReplyDelete