Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan | Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dah lama rasanya LA tak bersenang-senang menaip entry makan-makan.. Kali ni LA nak kongsikan dengan korang sebuah restoran yang menyajikan Asam Pedas paling sedap di Kuantan.. Dimana? Semestinya di Dapur Asam Pedas Kukus yang beralamat B8030 Ground Floor Block B Sri Square, Jalan Teluk Sisek,
25250 Kuantan, Pahang... Berhampiran Hotel Seri Malaysia, Kuantan.
Firstime LA ke restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni time lunch.. Dah lama tau, bulan disember tahun lepas lagi.. Dah berbulan-bulan lamanya cerita ni tetapi baru hari ni berkesempatan untuk update.. Ngeee!! Bila Asam Pedas di restoran ini menjadi buah mulut orang sekeliling LA, jadi LA tak senang duduk mesti nak kena cuba juga.. Almaklumlah peminat tegar Asam Pedas la katakan... Tetapi, haaaa ada tetapi tu... Bukan semua Asam Pedas yang LA craving.. Cuma Asam Pedas Ikan Pari sahaja menjadi pujaan hati ini.. Haha!!
Dapur Asam Pedas Kukus ni memang menyajikan Asam Pedas Ikan Pari.. Sebab itulah LA sanggup pergi walaupun agak jauh dari tempat LA... Alhamdulillah, masakannya memang tak menghampakan.. Sedap!! Itu aje mampu LA katakan.. Sebelum ni memang tak pernah lagi rasa Asam Pedas Kukus.. Agak lain sikit dari asam pedas yang biasa LA rasa..
Muka lapar tetapi masih boleh senyum tu.. Asam Pedas Ikan Pari punya pasal..
Time ni, LA pergi 3 orang aje.. Kebetulan masa ni ada tugasan luar yang perlu diselesaikan.. Dah masuk waktu lunch terus aje singgah Dapur Asam Pedas untuk isi perut dulu sebelum sambung balik kerja.. Banyak kali jugalah LA layan Asam Pedas kat sini selepas tu.. Memang tak boleh move on.. Kalau pergi bandar kuantan aje dengan encik suami, mesti singgah untuk pekena Asam Pedas Ikan Pari disini.. Memang menepati citarasa LA..
Penantian itu satu penyiksaan.. Betul tak? Walaupun tunggu tak lama untuk makanan sampai dimeja, tetapi bila perut lapar, 1 minit pun rasa lama.. Haha!!.. Masa Asam Pedas Ikan Pari ni dah terhidang depan mata, macam nak menitik air liur atas meja.. Wahaha over aku ni!! Tengok rupa dah sedap, belum lagi rasa tu.. Dan bila dah rasa, indah khabar indah rupa akhirnya.. Alhamdulillah.. Sangat berselera hokeh LA makan.. Sampai licin.. kehkeh!!
Sebelum makan wajib selfie dulu...
Asam Pedas Kukus ni memang pekat dan rasanya sedikit seperti kari.. Kata kawan LA, dia panggil asam pedas ni, Asam Pedas Kari.. LA pun tak pasti sama ada Asam Pedas Kari dan Asam Pedas Kukus ni adalah menu yang sama.. Sungguhpun begitu, memang Asam Pedas Kukus ni memberi kelainan dalam menu Asam Pedas itu sendiri.. Yang pastinya, menu pilihan LA haruslah Asam Pedas Ikan Pari dan tak pandang yang lain dah walaupun banyak lagi menu asam pedas yang lain disediakan.. Hehe..
Restoran ini menyediakan ruang memasak di hadapan kedai.. Jadi, korang boleh lihat sendiri penyediaan asam pedas tersebut sementara ianya sampai ke meja korang untuk di santap.. Jika, korang tak suka dengan Ikan Pari, korang boleh pilih menu lain seperti Asam Pedas Ayam, Kembong, Udang dan Daging..
Antara menu asam pedas yang ada
Kalau nak order asam pedas, korang boleh terus oder set asam pedas yang didatangkan sekali dengan air dan juga nasi... Untuk air, korang boleh pilih sama ada sirap atau teh 'o' ais.. Harga pun LA rasa berpatutan iaitu RM12.90 untuk 1 set... Tak kiralah korang order apa, semuanya harga sama..
Jadi, jika korang peminat asam pedas, bolehlah cuba di Restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni.. Bagi LA memang sedap dan menepati citarasa LA.. Bagi korang tak tahu la.. Selera masing-masing kan.. Jadi, belum cuba belum tahu.. Dah cuba pasti datang lagi bertalu-talu macam LA sendiri.. Haha!! Okla, sampai sini dulu ye kita sembang pasal makan.. LA tengok gambar pun dah rasa kecur air liur... Nasib baik encik suami kerja, kalau tak memang harussss start kereta pergi pekena asam pedas lagi malam ni.. Hiks..
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-
Facebook
Instagram
Alamat
Dapur Asam Pedas Kukus
B8030 Ground Floor Block B Sri Square,
Jalan Teluk Sisek,
25250 Kuantan, Pahang
Serius mmg nmpak sedap la
ReplyDeletesedapnyaaa, terliur pulak tengok post ni malam-malam. hehe.
ReplyDeleteWah sedap ni.. heheheh jue suka asam pedas
ReplyDeleteboleh cuba nanti kalau ke kuantan. hehe
ReplyDeleteYa Allah nampak sedap kemain Asam pedas ikan pari tu kak Lea lagi pun tengok harga okay je.. Takde la mahal sangat
ReplyDeletekena masuk dalam wishlist tempat makan best ni,,
ReplyDeleteUghhh tliur tgk tho bkn pminat tegar asam pdas 😁
ReplyDeleteHari tu ada pergi Kuantan tapi tak sempat nak cakap. kejap sangat perginya. Huhu. Macam menarik kedai ni. Dahlah Siqah suka asam pedas.. Sedapp!!
ReplyDeleteYa tuhannn sdapnyee.. Mmg craving laa
ReplyDeleteSedapnyaaa asam pedas. Ikan pari memang paling best masak asam pedas :)
ReplyDelete