Wajib Cuba! Makanan Sedap Di Mee Tarik Warisan Asli | Bulan lepas aku berkesempatan mencuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli dengan kengkawan pejabat aku.. Aku ni sebenarnya tukang ikut dorang jerk sebab aku jenis bukan suka cuba bende yang baru.. Tapi dah dorang ajak, boleh la merasa kan.. Haha!!
Sebenarnya Mee Tarik Warisan Asli ni ada 2 cawangan di Kuantan iaitu di Pantai Teluk Cempedak dan terbaru di Kuantan City Mall.. Untuk kali ni, kami terjah cawangan Mee Tarik Warisan Asli di Kuantan City Mall (KCM) kerana kebetulan kami ke KCM untuk cuci mata.. Sambil cuci mata kita cuci poket sekali.. Haha!!
Pada awalnya nak pekena makanan korea sedap, tetapi dek kerana lalu depan kedai Mee Tarik ni, terus melencong masuk ke kedai Mee Tarik.. Tak jadi nak berkorea.. Hiks.. Seperti biasa, aku dah pening nak pilih menu yang ada... Almaklumlah tak biasa dengan makanan baru, beginilah natijahnya.. Tapi hakak cuba jadi se-cool yang mungkin dik non.. Wahaha!! Nasib baik, nama menunya tak pelik sangat.. Kalau tak, mahu kene interview pekerja kat situ dulu sebelum order..
Bersedia untuk memilih menu yang ada
Eceli kami keluar jalan-jalan cari makan ni adalah pada hari jumaat.. Time rehat untuk hari jumaatkan panjang, jadi masa nilah kitorang nak lunch tempat spesel sikit pun.. Kalau hari biasa, memang tak sempat sebab tempat kerja kami jauh dari bandar.. Jom kita lihat apa yang aku dan kengkawan pilih untuk santapan lunch kali ini..
Mee Tarik Goreng adalah menu pilihan aku
Ini rupa sebenar Mee Tarik Goreng
Seperti biasa, aku mesti pilih menu yang paling selamat kalau aku tak biasa dengan sesebuah kedai makan tu.. Risau kalau tersalah order, tak tertelan dek tekak aku yang agak memilih ni.. Huhu.. Alhamdulillah, Mee Tarik Goreng ni memang sedap rasa dia.. Sampai licin aku bedal.. Nampak sikit kan, sebenarnya banyak ni tau.. Nak menghabiskannya tu, alahai bercita-cita hakak ni dik non!! Nasib baik sedap.. Hehe..
Mee Soup With Slices Chicken
Tu diaaa.... Penuh mangkuk..
Mee Soup With Slices Chicken ni pilihan Kak Era.. Dia memang peminat tegar sup.. Jadi, tak hairanlah dia memilih menu ini sebagai menu lunch dia kali ini.. Tapi yang menjadi masalah dia bila Cili Kicap tiada... Gelisah setaman dia.. Mula-mula tanya pekerja kat situ, katanya tiada.. Dah makan separuh, tetiba ternampaklah satu customer ni mintak Cili Kicap dan ada la pulak.. Terus aje Kak Era pergi kaunter mintak.. Rupanya, pekerja tu tak faham apa yang kami mintak tu.. Hadoiyai.. Apekeheyy lah.. Haha!! Lawak jerk..
Wet Mee With Mushroom & Meat
Banyaknye cendawannnn.. Nyummm!!
Kami bertiga, jadi menunya pun mestilah ada tiga.. Ini Menu ketiga, pilihan kawan aku yang bernama Eifah, Wet Mee With Mushroom & Meat.. Katanya tak ada selera tetapi terpaksa makan jugak sebab perut agak lapar.. Tak habis pun dia makan.. Huhu.. Bukan bermakna menu tak sedap tetapi tekak dia jerk yang kurang selera.. Menu ni agak kering sikit sebab tak berkuah..
Dah makan, mestilah ada air kan.. Air apelah agaknya kami order yek..
Ais Lemon Tea & Babao Tea
Aku dan Kak Era memilih air feberet kami iaitu Ais Lemon Tea.. Eifah biasalah, dia suka sangat cuba air pelik-pelik ni.. Babao Tea menjadi pilihan dia sebagai penghilang dahaga... Sedap ke? Hanya dia aje yang tahu sebab kami tak rasa pun..
Nampak tak makanan aku tak sampai lagi.. Selalu aje pergi makan mesti makanan aku lambat sampai... Huhu
Dah selesai isi perut, kami terus aje pulang ke pejabat... Perut dah kenyang baru senang hati nak sambung kerja.. Hehe..
Jadi, bagi korang yang nak cuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli ni, bolehlah terjah cawangan mereka di Kuantan.. Bermacam-macam menu makanan ada... Kalau nak cuba yang kami makan ni pun ok jugak sebab ternyata sedap..
Alamat
Mee Tarik Warisan Asli
Teluk Cempedak
25050 Kuantan, Pahang
Mee Tarik Warisan Asli
Kuantan City Mall (KCM)
GF 15 Kuantan City Mall Jalan Putra Square,
25300 Kuantan, Pahang
pernah makan mee tarik masa dating dulu2 je.
ReplyDeleteNampak special Babao Tea sedap tak? belum pernah makan di mee tarik warisan
ReplyDeletenanti bila pergi ke Pahang,eda nak try lah makan kat sini...
ReplyDeletePernah try kat Sri Gombak, tak berapa kena ngan tekak sebab xpedas even dah buh cili yg dia bagi... Tapi satu hidangan tu banyakkk... Boleh kongsi2... Cuma yang best nyer masa tu berpeluang tengok org tu buat mee tarik tu... Anak2 sangat teruja...
ReplyDeleteSha suka makan mee tarik nie.. Mee dia banyak.. Semangkuk boleh kongsi berdua.. Kikiki..
ReplyDeleteaida lom pernah try any mee tarik, lea.
ReplyDeletekat MP ada satu. tak pasti sama ke tak dgn lea review ni.
one day lah nak try.
ramai kata sedap sgt!
Kalau lalu kedai ni sronok tgok pekerja dia tarik2 mee tu. Rasa je xpernah lagi.
ReplyDeleteKat aeon kelantan ad jugak. Mek takot nk try sebab tk prnh bace review lg. Kua kua. Ni lea dh review boleh la try makan nnt.
ReplyDeletebelum pernah cuba makan mi tarik.
ReplyDeleteJanji Kita