Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik

Monday, September 30, 2019

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik  |  Alhamdulillah, pada 19 Mei 2018 yang lalu aku dijemput sekali lagi oleh Ancasa Royale Pekan, Pahang untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan. Majlis ini telah diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang dalam suasana yang cukup meriah dan serta penuh dengan keinsafan.

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan, hotel yang hebat ini dengan penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Disamping itu, ianya juga salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk sekitar daerah Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Uda, YBhg. Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak-anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Anak-Anak dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan menerima sumbangan daripada Ancasa Royale Pekan, Pahang
- foto credit : Blog Seorang Syed-

Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mengeratkan lagi kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat," ujar beliau.

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik

Usai sahaja azam Maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampong Boy' yang disediakan oleh chef berpengalaman di hotel bertaraf antarabangsa yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka puasa dengan masakan bonda. Apa menu yang ada? Jom kita lihat..

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Antara lauk pauk yang ada

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Lauk pauk.. Semua sedap-sedap belaka

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Bergedil , Tauhu Sumbat

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Kerabu, Ikan Masin

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Keropok

Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-Anak Yang Kurang Bernasib Baik
Kambing Bakar

Satay Ayan & Daging

Murtabak, Roti Canai & Mee Goreng

Beraneka Mee

Churos & Jemput-Jemput

Buah-Buahan

Desert

Bubur Lambuk

ABC

Antara Air yang dihidangkan
Banyak lagi sebenarnya menu yang ada di Ancasa Royale Pekan, Pahang.. Lebih 120 jenis juadah dihidangkan.. Tak terambil semua gambar.. Cukuplah yang ada ini untuk tatapan korang.. Itu pun rasanya dah cukup untuk buat korang terliur.. Hahaha.. Alhamdulillah kali ni aku puas hati makan di Ancasa Royale kerana selera aku cukup baik tahun ini.. Banyak menu yang aku cuba walaupun tak kesemuanya.. Kalau aku rasa semua menu, rasanya tak bangun aku kekenyangan.. hehe..

Juadah yang paling aku nanti-nantikan adalah Kambing Bakar.. Tak boleh tidak sebab aku memang penggemar Kambing Bakar.. Kiranya Ancasa Royale Pekan ni memang menepati citarasa aku.. Lagi satu menu yang menarik perhatian aku adalah Churos... Serius, aku tak pernah makan sebelum ni.. Hanya dengar cerita orang aje.. Bila berkesempatan untuk merasa, ternyatalah makanan itu sedap dimakan bersama coklat... Paling terkilan aku tak dapat rasa Shell Out sebabnya aku malas nak bersusah payah kopak kulit ketam, udang dan sebagainya.. Jadi, aku tahankan hati.. Haha..

Antara rakan blogger yang hadir

Bergambar kenangan bersama Cik Aliah
Kali ni ramai juga rakan blogger yang hadir berbanding tahun sebelumnya.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya meriah sikit majlis kan.. Syukur juga sebab dapat bertemu dengan orang yang bertanggungjawab menjemput rakan media ke majlis tersebut, Cik Aliah.. Ramah orangnya tau.. Seronok berborak dengan beliau seolah-olah dah lama kenal.. Sangat friendly..


Okeylah, kepada korang yang ingin merasai sendiri masakan persis air tangan ibu, korang boleh dapatkan baucer Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

No. Telefon
09-424 6600

atau layari

Website



5 comments:

  1. Bahagia membahagiakan ni Lea...

    ReplyDelete
  2. dessert tu mengancamnyaaaaa...

    ReplyDelete
  3. kalo ke buffet ramadhan sure rambang mata mn nk mkn kn....sbb byk sgt menu yg dihidangkan...selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah bagus hotel ni kongsikan rezeki dengan anak2 yang kurang bernasib baik

    ReplyDelete
  5. Uish.. Banyak betul menu dia.. Aktiviti yang bagus, berkongsi rezeki..

    ReplyDelete