Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi

Thursday, May 3, 2018

Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi  |  Dah agak lama juga aku tak tukar jenama mandian aku.. Bukan tak nak tukar tetapi rasa macam tak boleh nak 'move on' dengan jenama lain.. Tak tahu kenapa, bila aku cuba jenama lain mesti tak habis aku guna dan kembali kepada jenama lama kembali.. Huhu.. Tapi tidak kali ini, aku dah jumpa jenama mandian baru yang boleh memberikan kesegaran semulajadi dan menjadikan saat mandi aku menjadi lebih bermakna.


SAFI  SHOWER  
“Rasai  kesegaran  semulajadi  SAFI  Shower  dari  dalam  bilik  mandi”

Selain  kekalutan  dan  tekanan  bekerja,  jangan  biarkan  kulit  anda  terdedah  dengan kotoran  dan  habuk  akibat  pencemaran!  Keadaan  cuaca  yang  tidak  menentu,  udara  yang  kering  akibat  penghawa  dingin,  kualiti  tidur  yang  merosot  serta  tabiat  pemakanan  yang  tidak  sihat  sering  menjadi  faktor  kulit  rosak  bagi  kebanyakan  individu  di  Malaysia.  

Bagaimana  kita  memanjakan  diri  adalah  cerminan  terhadap  cara  kita  memberi  layanan  terhadap  orang  sekeliling iaitu  keluarga,  ibu  bapa,  mahupun  rakan  sekerja.  Semakin  tinggi  kasih  sayang  kita  terhadap  diri,  semakin  tinggilah  juga  kasih  yang  di  sebarkan  sepanjang  hari.  Segalanya  bermula  dari  dalam  diri.    

Dari  kiri,  Mr.  Sriram  Krishnamurthy,  Ketua  Pegawai  Eksekutif  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms.  Pan  Choi  Yen,  Pengurus  Besar  -  Pemasaran  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms  Jessie  Wong,  Pengurus  Besar  -  Jualan  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn  Bhd  danPn.  Mahsuri  Sulaiman,  Pengurus  Pemasaran  (Safi)  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.  bersama  gel  mandian  pertama  Safi  Shower  untuk  seisi  keluarga  dengan  anti-bakteria

SAFI, rangkaian  produk  Halal  yang  sekian  lama  bertapak  di  pasaran  selama  30  tahun  merupakan  jenama  kecantikan  dan  penjagaan  diri  terkemuka  di  Malaysia kini  memperkenalkan  SAFI  SHOWER.  Seiring  dengan  namanya,  rangkaian  ini  amat  sesuai  untuk  seisi  keluarga!  Setiap  bilasan  pada  kulit  amat  berkesan  dalam  menyingkirkan  kuman  serta  memberikan  perlindungan  harian  kepada  seluruh  keluarga.  

Umpama  menikmati  ketenangan  biasan  jingga  saat  terbenamnya  matahari  di  ufuk  barat,  rangkaian  SAFI  SHOWER  merupakan  inspirasi  dari  keharuman  aroma  minuman  mocktail  yang  segar  dan  menenangkan  akibat  cuaca  panas  yang  mencengkam  kulit,  digabung  dengan  manfaat  alam  semulajadi  yang  dilengkapi  dengan  perlindungan  antibakteria.  


Masa  mandi  seringkali  dianggap  sebagai  rutin  biasa  dan  bukannya  saat  untuk  membelai  dan  memanjakan  diri  dari  tekanan  seharian.  Dengan  rangkaian  SAFI  SHOWER,  saat  mandi  anda  kini  lebih  bermakna!  Selangkah  ke  dalam  bilik  mandi  bagaikan  mencecah  kaki  ke  pasir  pantai  sambil  ditemani  hembusan  angin  yang  mententeramkan.  Setiap  buih  yang  terhasil  membawa  bersama  haruman  yang   menenang  serta  menyegarkan,  sambil  membelai  kulit  agar  lembut,  licin  dan  lembap.  

Nuansa  SAFI  SHOWER  hadir  dengan  keunikan  tersendiri.  Adunan  segar  kelazatan  mocktail  yang  hadir  dalam  botol  dengan  rona  tropika - kuning,  jingga,  merah  jambu  dan  hijau  sangat  menarik  perhatian  dan  menceriakan  suasana.  

Selain  itu,  bentuk  pam  yang  ekonomik  memberikan  anda  kawalan  menyeluruh  ketika  menggunakan  gel  mandian,  justeru  mengurangkan  pembaziran.  Sejumlah  kecil  gel  mandian  sudah  cukup  untuk  memberikan  anda  kesegaran  dan  perlindungan  yang  diingini  untuk  seisi  keluarga.  SAFI  SHOWER  juga  boleh  didapati  dalam  pek  isian  semula  bersaiz  850g.  

Rangkaian  terbaharu  ini  hadir  dalam  4  variasi  yang  diformulasi  secara  unik  bagi  melengkapi  keperluan  keluarga  anda.  Setiap  olesan  pada  kulit  dilengkapi  dengan  ciri-ciri  antibakteria  yang  membuatkan  kulit  anda  lebih  bersih.  


2  bentuk  formulasi,  iaitu  gel  dan  krim  mandian  telah  dihasilkan  bagi  melengkapi  citarasa  ramai.  Bagi  anda  yang  sukakan  tekstur  gel,  variasi  Serai  Lime  Splash  dan  Passion  Honey  Frost  merupakan  gel  mandian  bebas  sabun,  tanpa  alkohol,  bebas  paraben  dan  mempunyai  bacaan  pH  yang  seimbang.  Bagi  mereka  yang  gemarkan  tekstur  krim pula,  Kokonut  Shake  dan  Berry  Smoothie  sangat sesuai kerana diperkaya  dengan  kelembapan  tanpa  alkohol  dan  bebas  paraben.  Setiap  sentuhan  pada  kulit  mengandungi  tekstur  yang  sangat  lembut  seperti  menikmati  bisikan  halus  bayu  laut  semasa  bercuti  di  pulau  Hawaii!  

Ramuan  terbaik  SAFI  SHOWER  dipilih  dengan  teliti  agar  anda  dapat  menikmati  masa  mandi  umpama  menyedut  segelas  mocktail  yang  penuh  kelazatan  dengan  aroma  yang  menyegarkan!  

1. Serai  Lime  Splash


Untuk  ‘layanan’  ala  tropika  yang  sebenar,  gabungan  ramuan  segar seperti serai  dan  limau  purut  bukan  sahaja  bertindak  sebagai  bahan  anti-bakteria  semula  jadi,  tetapi  mampu  menenang  dan  melembutkan  tekstur  kulit.  Setiap  percikan  pada  kulit  bagaikan  tamparan  manja  sang  ombak  yang  menyegarkan  malah  mampu  membangkitkan  setiap  deria  anda!  

2. Passion  Honey  Frost


Bagi  yang  mengimpikan  belaian  romantis  ala  bulan  madu  di  pantai,  kemanisan  madu  yang  dipadankan  dengan  kesegaran  passion  fruit  bukan  sahaja  menghangatkan  suasana,  malah  memberikan  kulit  anda  kelembapan  berganda  apabila  dibilas  bersama  ketika  mandi.       

3. Kokonut  Shake


Berehat  dan  bermanja  tidak  lengkap  tanpa  merasai  kesegaran  minuman  air  kelapa.  Diperkaya  dengan  ramuan  detoksifikasi  semula  jadi,  ekstrak  kayu  manis  dan  kelapa  bukan  sahaja  dapat  menyegarkan  kulit,  malah  menjadikan  permukaan  kulit  anda  kelihatan  lebih  muda,  lembut  dan  cerah berseri!  

4. Berry  Smoothies


Buat  si  pengambara  yang  ingin  berasa  seperti  berada  di  tepi  kolam  renang,  gabungan  strawberi,  limau  dan  barli  memberikan  manfaat  pencerahan  semulajadi.  Kini,  anda  boleh  keluar  bersantai  sambil  menikmati  sinaran  matahari  dengan  lebih  yakin!  

Produk  ini  boleh  didapati  di  seluruh  negara  termasuk  pasaraya  besar  dan  pasaraya  hyper.  Setiap  variasi  berharga  RM18.90  (1kg)  atau  12.90  (850g  pek  eko  isian  semula). Selain  itu,  bagi  mereka  yang  mempunyai  jadual  harian  yang  padat,  anda  boleh  menjimatkan  masa  melalui  penghantaran  SAFI  SHOWER  terus  ke  pintu  depan  anda  dari  https://shopee.com.my/!  


Untuk  maklumat  lanjut  berkenaan  jenama  SAFI  sila  layari :-

Facebook  SAFI  

Instagram SAFI 

Youtube  SAFI

Website SAFI


7 comments:

  1. wah safi ada keluaran terbaru lah...mesti wangi2 ni...

    ReplyDelete
  2. Wah.. Best ini.. Bolehlah cuba nanti.. Mesti wangi je..

    ReplyDelete
  3. mesti wangi sgt2 ni..sukanya..:)

    ReplyDelete
  4. nanti nk jenguk la supermarket tgk produk safi ni

    ReplyDelete
  5. wah cantik botol dia. terbaik lah safi keluarkan mandian shower macam ni..

    ReplyDelete