5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta

Sunday, June 24, 2018

5 Syawal (19 Jun 2018) Dia Pergi Jua Mengadap Sang Pencipta |  Bulan Jun adalah bulan yang selalu aku tunggu-tunggu setiap tahun kerana bulan Jun adalah bulan kelahiran aku dimana menjadi penanda bagi usia aku yang semakin meningkat setiap tahun.. Pada Tahun ini juga, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun iaitu 15 Jun 2018.. Sedang kami semua bergembira menyambut hari raya, Syawal yang ke-5 kami dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang kami sayangi perginya mengadap Sang Pencipta.. 19 Jun 2018 (Selasa) adalah hari yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan..


Di usia 43 tahun, dia telah kembali kepada Penciptanya.. Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan kembali.. 5 hari telah berlalu tetapi aku masih lagi belum mampu untuk move on sepenuhnya.. Ada masa aku teringat akan kenangan lalu bersamanya, pasti mengalir air mata.. Kadang kala teringat betapa seksa kehidupannya di dunia, menempuhi liku-liku kehidupan yang tak mampu untuk aku bayangkan, pasti mengalir air mata ini.. Pergilah wahai abang.. Tenanglah disana.. Aku akan sentiasa doakan dirimu mendapat kebahagiaan yang tak pernah dirimu dapat di dunia ini..

Dia mengidap penyakit Lelah.. Lelah yang dihidapinya sudah ditahap yang kronik.. Dia pernah melalui saat-saat getir dimana jantungnya terhenti seketika yang boleh menyebabkan nyawanya terputus dari badan.. Tetapi kekuasaan Yang Maha Esa itu melebihi segalanya, bila jantungnya kembali berfungsi.. Allahuakbar.. Alhamdulillah..

Dia juga pernah menghuni bilik ICU di HTAA beberapa kali dek kerana gagal bernafas dengan baik akibat dari penyakit lelahnya.. Itulah rumah keduanya semasa di dunia.. Berulang alik antara rumah dan hospital.. Lebih menyedihkan dan aku tak dapat maafkan diri aku sendiri, dia hidup sendiri semasa di dunia.. Aku tak mampu untuk membela nasibnya.. Aku tak mampu untuk membantu dia semasa di dunia dek kerana keadaan yang tak mengizinkan.. Tak perlulah rasanya aku bercerita disini sebab-sebabnya.. Cukuplah kami sekeluarga tahu keadaannya.. Yang aku mampu, setiap kali solat pasti aku panjatkan doa buatnya agar dirinya dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH dan dapat keluar dari kesengsaraan yang dia alami..

Namun, tuhan lebih menyayanginya.. Dia pergi jua.. Pergi kembali kepada Sang Pencipta pada 5 syawal yang lalu.. Alhamdulillah dia pergi dalam keadaan yang baik dan terlalu mudah.. Wajahnya tenang setenang air yang mengalir dan seolah-olah dia sedang tidur.. Wajahnya seolah-olah menggambarkan segala beban dan seksa yang ditanggung selama ini telah terlepas semuanya.. Sangat tenang.. Subhanallah..

Ku titipkan doa ini buatmu wahai abang di setiap solat ku.. Insyaallah..

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa abangku Muhammad Azli bin Embong sama ada dosa besar atau kecil yang pernah dilakukannya dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.. Kasihanilah dia, lindungilah dia, rahmatilah dia dan maafkanlah dia Ya Allah.

Ya Allah..
Muliakanlah keadaannya dan tempat kembalinya, lapangkanlah dan terangilah kuburnya.. Mandikanlah dia dengan air, salju dan air yang dingin.. Bersihkanlah dia dari segala kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari segala kekotorannya.

Ya Allah..
Gantikanlah kepadanya rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia ketika disana kelak.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMU Ya Allah dan peliharalah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

Amiin YRA..




16 comments:

  1. Salam Takziah Kak Lea. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah LEa n family... semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang bertaqwa...

    ReplyDelete
  3. Takziah kak sekeluarga, jangan la akak terus menghukum diri akak macam tu tak adil. Mesti abang akak sedih kalau dia tahu. InshaaAllah ada tempat yang terbaik untuk arwah disana. Aamiin:)

    ReplyDelete
  4. Kak Lea dah dah la sedih...kalau arwah abang akak tahu ni mesti dia sedih, mesti dia tak tenang kat sana. Setiap yang hidup mesti akan mati. Takziah buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Takziah Lea.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  6. Takziah kak Lea. Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup ni, hidup mesti diteruskan. Semoga roh Arwah dicucuri oleh RahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  7. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

    Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Salam takziah kepada kak Lea sekeluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  8. yang membacanya pun nak mengalirkan air mata,inikan pulak yang menanggungnya.Jika itu sudah ditulis untuknya,maka redhalah akan pemergiannya dimana ianya lebih baik jika di sana.Berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikulnya,bila ianya terlalu perit untuk dilihat ,apatah lagi yang menanggungnya lea.Salam takziah eda ucapkan.Moga lea terus tabah menghadapinya.Mungkin itu yang terbaik untuk abg lea.

    Al-fatihah
    amin

    ReplyDelete
  9. salam takziah..alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  10. Takziah Lea sekeluarga...Al Fatihah.
    Moga dia tenang di sana.

    ReplyDelete
  11. Sangat sakit bila kehilangan orang yg kita syg kan.
    Semoga k,lea dan family kuat n tabah
    al fatihah untuk arwah

    ReplyDelete