McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World

Sunday, July 29, 2018

McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World |  McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. 


Terbaru, McDonald's telah memperkenalkan satu lagi menu baru yang mempunyai citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.  

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.   

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.   

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.  

Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.  

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.  

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.  


Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.  


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/

12 comments:

  1. Blm try lagi tp strawberry collection dia mmg tak beli lah sb tak suka rasa strawberry tu

    ReplyDelete
  2. Terliur dah bro tengok gambar Burger tu

    ReplyDelete
  3. baru try yang stroberi pie.. burger belum. pie sangatlah sedap aaauch !!

    ReplyDelete
  4. tk try lg menu ni kt mcd...tp yg pie strawberry custard tu ada kwn update sedap

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa! Nak order lah kejap lagi

    ReplyDelete
  6. tergoda tengok pie strawberry dia

    ReplyDelete
  7. alamak..mesti try ni...

    www.ummicenter.com

    ReplyDelete
  8. kali ni..burger memamg tak mengecewakan.Memang sebijik seperti dalam gambar.. licin je permukaan roti tu.Puashati!! pedas pun.. sedapp. Thumbs up..

    ReplyDelete
  9. Memang sedapp burger baru ni dengan pie 🍓 tu

    Haihh bahaya betul lah menu baru di MCDONALD’S, semua best best

    ReplyDelete
  10. belum cuba lagi..tapi rasa tu dah mengamit2 bila tengok blog Lea ni..hehe

    ReplyDelete
  11. belum cuba lagi..tapi terliur tengok gambar tu..

    ReplyDelete
  12. Teringin nak mencuba..macam sedap je nampaknya tu

    ReplyDelete