Althea Turn 3 | Althea Angels Welcome Gift Box With Real Fresh Skin Detoxer

Monday, August 6, 2018

Althea Turn 3 | Althea Angels Welcome Gift Box  With Real Fresh Skin Detoxer  Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. Happy Birthday to Althea.. Happy Birthday to you.. Yeyyyyy!! Tak sangka usia Althea dah menjangkau ke angka 3 pada tahun ini.. Rasa macam baru semalam mengenali Althea.. Ini bermakna aku belum puas lagi bersama Althea.. hehehe.. Ada yang belum kenal ke dengan Althea? Althea ni sebenarnya sebuah website yang menjual pelbagai jenis produk K-Beauty yang diterbangkan terus dari Korea. Yang mane peminat K-Beauty, patut berkenalan dengan Althea ni.. Korang pasti jatuh cinta nanti.. Hehe..

Althea Angels Welcome Gift Pinky Box

Sempena Althea Turn 3 ini, Althea telah memperkenalkan sebuah komuniti iaitu Althea Angels... Alhamdulillah aku adalah salah seorang yang terpilih sebagai Althea's Beauty Ambassador Community di dalam komuniti Althea Angels.. Bukan semua orang boleh sertai Althea Angels ni tau.. Mereka yang terpilih adalah terdiri daripada Vloggers, Beauty Bloggers, Youtubers atau Influencers. Aku bersyukur sangat kerana terpilih.. Teruja gila!! Mana tak terujanya, Althea ni adalah salah satu nama besar dalam dunia kecantikan yang dikenali bukan sahaja di Malaysia malah terkenal juga di Singapore, Thailand, Indonesia, Filipina dan juga USA.

Keistimewaan Sebagai Althea Angels


Jangan tak tahu ye, menjadi sebagai salah seorang Althea Angels ni banyak keistimewaan yang akan diperolehi dan dinikmati.. Hehe.. Nak tahu apakah keistimewaannya? Meh kita check sama-sama.
  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaway
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Review
  • Studio Access
  • dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik
Bila dah terpilih sebagai Althea Angels, keistimewaan pertama yang aku perolehi ofkoslah Welcome Gift.. Teruja tak payah nak cakap la bilamana sebuah parcel pembalutnya berwarna pink sampai depan muka pintu rumah.. Senyum masa tu dah cecah ke telinga.. Haha!! Tak sabar nak buka Althea Angels Welcome Gift Box berwarna pink yang diterbangkan khas dari Korea ini.. Aku memang teruja setiap kali box dari Althea sampai sebab aku memang pengumpul tegar box Althea.. Comel weh!! Ok, tak nak sembang banyak sangat, jom kita lihat apa yang ada dalam Althea Angels Welcome Gift Pinky Box comel ni.. 


Dah tonton video unboxing kat atas ni? Haa yang mana tak boleh nak tonton disebabkan line internet sangkut-sangkut atau kuota dah habis (alasan kan? Tamo kawan.. Hahaha), tak pe aku up juga kat sini gambar produk yang ada dalam box comel ni.. Hehe.. Semua best-best tau!! Jom kita lihat apa yang adaaaaaa!!


Tu diaaaa.. Banyak kan.. Orite, antara barangan yang ada dalam box pink comel ni adalah :-
  • Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose
  • Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea
  • Tote Bag #AltheaTurns3
  • "Spread Your Wings" Make Up Bag
  • "Spread Your Wings" Hand Magic Mirror
  • Cute Small Origami Present Box
  • Discount Card Super Saver!
  • Welcome Card
"Spread Your Wings" Make Up Bag & Tote Bag #AltheaTurns3

Cute Small Origami Present Box

Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea

Banyak gile barang yang ada dalam box pink comel tu.. Happy sangat..!! Ok, kalau korang nak tahu, Althea telah melancarkan satu lagi produk baru sempena Althea Turns 3 ni. Aku memang suka produk keluaran Althea ni. Sebelum ni aku telah mencuba Althea Bare Essentials dan ia sangat sesuai dengan kulit aku.. Sampai sekarang aku masih setia dengan Althea Bare Essentials.. Kali ni aku teruja pula untuk mencuba satu lagi produk keluaran Althea yang terbaru iaitu Real Fresh Skin Detoxer yang kini boleh didapati di website Althea!.. Ehh Real Fresh Skin Detoxer ni ada dua jenis tau iaitu Real Fresh Skin Detoxer Rose dan Green Tea.. 

Untuk keluaran terbaru ni, Althea telah bergabung dan bekerjasama dengan Get It Beauty (Rancangan TV K-Beauty No.1 di Korea)  untuk memperkenalkan produk Althea kepada semua peminat K-Beauty yang akan bersiaran pada bulan September nanti di GIB's TV. Pastikan anda menonton ye nanti!!

Real Fres Skin Detoxer


Real Fresh Skin Detoxer ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Mask 10 saat ini dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk memastikan kulit kekal sihat dan bersih setiap hari. Real Fresh Skin Detoxer ini didatangkan dalam dua jenis iaitu :-
  • Real Fresh Skin Detoxer Rose
  • Real Fresh Skin Detoxer Green Tea

Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining)

Real Fresh Skin Detoxer Rose dihasilkan daripada 100% kelopak bunga Ros May yang dipetik dengan menggunakan tangan sepenuhnya sekali dalam setahun dalam bulan Mei di Grasse, Selatan Perancis. Fungsi Kelopak Ros May ini adalah ia membantu menghaluskan kulit wajah sehalus kelopak mawar dan membuatkan kulit kelihatan berseri dalam masa 10 saat sahaja! Manakala bahan pembersihnya pula berasal dari Ekstrak kelapa yang meresap perlahan-lahan kedalam kulit tanpa kerengsaan.



Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining) bertindak untuk menapis. Sangat sesuai digunakan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur kerana ia berfungsi membantu melindungi dan mengawal keseimbangan tahap pH kulit, membersihkan dan memperbaiki peredaran darah, memastikan kulit kekal segar, lembut dan cerah. 

Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying)

Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini pula mengandungi Teh Hijau Muda dari Ladang Pulau Jeju yang berfungsi bagi melegakan kulit yang sensitif dan membersihkan kulit dalam masa 10 saat. Bahan pembersihnya juga berasal dari Ekstrak Kelapa yang dapat melembutkan kulit tanpa memberikan kerengsaan pada kulit.



Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying) ini pula sesuai digunakan pada waktu malam kerana ia bertindak membersihkan kulit secara sempurna. Jadi sebelum tidur, pastikan detox dulu muka korang dengan Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini kerana ia mengandungi bahan semulajadi iaitu daun Teh Hijau Muda yang mempunyai lima kali lebih vitamin C dari Lemon dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV yang berbahaya. Selain itu, ia juga mampu mengawal minyak dan membersihkan segala kotoran yang ada pada kulit. 

Cara Penggunaan Real Fresh Skin Detoxer

  • Picit sedikit Real Fresh Skin Detoxer di atas tapak tangan kemudian sapu secara nipis ke seluruh wajah. Biarkan sebentar selama 10 saat.
  • Seterusnya, basahkan tapak tangan dan urut wajah dalam gerakan bulat sehingga keluar buih.
  • Akhir sekali, bilas dengan air bersih.
Serius, selepas cuci muka dengan Real Fresh Skin Detoxer ni muka segar lain macam.. Memang best gile!! Paling best, muka nampak bersih sempurna dan berseri.. Bukan itu sahaja tau, baunya pun sangat wangi sekaligus dapat menenangkan perasaan.. Serius weh aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Real Fresh Skin Detoxer ni.. Kenapalah Althea keluarkan produk semuanya best-best belaka.. Tak tidur lena lah jawabnya selagi tak dapatkan produk-produk terbaik Althea ni.. Haduiyai.. Haha!!

Jom Dapatkan Real Fresh Skin Detoxer Sekarang!


Ok, bagi korang yang mana rasa muka kelam jerk tu, meh pakat beli Real Fresh Skin Detoxer ni di Althea.. Korang pakai ni, gerenti muka korang tak kelam lagik dah sebab produk ni dapat detox muka kita dengan sempurna cuma dalam masa 10 saat sahaja.. Gile terbaik weh!! Kakak-kakak, abang-abang K-POP yang gilakan K-Beauty, boleh jugak try Real Fresh Skin Detoxer ni.. Korang gerenti suka punye..

Berapa harga Real Fresh Skin Detoxer ni? Dekat mana nak beli?


Harga 
Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea (Set)
RM86 Sahaja!!


Untuk pembelian, boleh terjah link dibawah ini :-


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website


Instagram


11 comments:

  1. Lea dah guna ke 2 product tu? akak x guna lagi...sama plak kita punya entry hari ni

    ReplyDelete
  2. cantiknya makeup bag dia. Produk banyak tu boleh beli dengan harga murah wowww

    ReplyDelete
  3. beads dalam each product tu nampak best je kalau tepek kat muka! :D

    ReplyDelete
  4. Bestnya Lea terpilih jadi Angle Althea.. tahniah tau.. ❤

    ReplyDelete
  5. Meriahnya box Althea tu 😊

    ReplyDelete
  6. seronok kan dpt..untung sgt terpilih jadi althea angel tau.. #fliphair

    ReplyDelete
  7. Seronokkan terpilih jadi Althea Angel tu. Macam-macam dapat

    ReplyDelete
  8. Bertuah nya kak lea terpilih angel althea

    ReplyDelete
  9. Tahniah lea.. Tote beg tu cantik sangat..

    ReplyDelete
  10. Wahh bestnya ! Dapat macam² tu. Fiza pun dah cuba Real Fresh Skin Detoxer tu. Memang best sangat

    ReplyDelete