Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia!

Friday, August 31, 2018

Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia! | Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.


Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.


Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif.

Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.  

ACTIVE NATURALS – Ramuan daripada sumber semulajadi yang memberikan kebaikan sebenar!  


Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.

Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda


Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. 

Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti-oksida**:



Produk Aveeno® yang boleh didapati di Malaysia :-   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash  (354ml, RM40.47)  

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Mandian badan ini membersihkan dan melembapkan kulit agar kelihatan lebih sihat selepas anda mandi. Rumusan termaju yang menggabungkan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal — bahan yang lama diketahui untuk melegakan kulit — dengan campuran unik minyak semula jadi dan emolien untuk membantu memulihkan kelembapan kulit untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat. Pembersih dengan wangian lembut, tanpa sabun, tanpa pewarna dan formulasi hipoalergenik. Oleh itu, mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.

2. Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)

Melegakan kekeringan kulit dalam 1 hari

Losyen yang menyegarkan ini terbukti secara klinikal mampu memulihkan keadaan kulit kering anda dalam masa 24 jam dengan peningkatan yang ketara dalam masa 2 minggu. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya, losyen ini membantu mencegah dan melindungi kulit kering sepanjang 24 jam. Losyen ini menjadikan kulit anda terasa lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi dan ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Losyen ini juga bebas daripada pewangi, tidak berminyak dan bukan komedogenik.

3. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Memulih, menghidrat dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Losyen ini yang cepat menyerap ke dalam kulit anda untuk memberikan kelembutan dan kelembapan secara semula jadi yang diingini sepanjang tahun. Rumusan unik dengan ACTIVE NATURALS Oat memulihkan dan melembapkan kulit anda. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion melembapkan selama 24 jam untuk menjadikan kulit lembut, cantik dan kelihatan sihat. Ia tidak berminyak, tanpa pewangi dan bukan komedogenik.

Penjagaan Istimewa

1. Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan untuk melegakan kulit yang kering, gatal dan sensitif

Aveeno® Skin Relief Body Wash memiliki rumusan tanpa pewangi yang membersihkan dan melembapkan secara lembut untuk melegakan kulit yang kering dan gatal. Rumusan unik ini yang mengandungi ACTIVE NATURALS Oatmeal dapat membantu melembap dan melegakan kekeringan. Emolien memberikan kelembapan untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat -- walaupun selepas dibilas. Aveeno® Skin Relief Body Wash yang disyorkan oleh ahli dermatologi adalah tanpa sabun, tanpa pewarna, tanpa pewangi dan formulasi hipoalergenik, menjadikannya cukup lembut dan sesuai untuk kulit yang sensitif.

2. Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*

Melembap dan melegakan kulit yang sangat kering, sensitif atau gatal.

Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion adalah rumusan yang kaya namun cepat menyerap untuk memulihkan kelembapan yang penting agar kulit anda terasa lebih lembut dan lebih sihat. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Triple Oat Complex dengan minyak oat dan mentega shea semula jadi, losyen untuk kulit sensitif ini terbukti secara klinikal dapat melegakan dan mengurangkan kulit yang teramat kering. Losyen ini juga tidak memiliki pewangi atau steroid serta cukup lembut untuk kulit yang sensitif.

Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.

Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.



Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.

Produk Aveeno Baby® yang boleh didapati di Malaysia :   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)

Rumusan tidak memedihkan mata yang membersihkan secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Aveeno Baby® Wash & Shampoo mengadun ekstrak oat semula jadi yang menjadikan mandian ini kaya dengan buih yang membersihkan kulit tanpa mengeringkan kerana ia tidak mengandungi sabun serta diuji alahan. Rumusan tidak memedihkan mata ini boleh digunakan pada kulit dan rambut untuk pembersihan lembut yang mudah dibilas serta meninggalkan bau yang segar. Aveeno Baby® Wash & Shampoo dirumuskan agar lembut untuk bayi serta kulit mereka yang sensitif. Rumusan ini tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.

2. Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak melindungi kulit lembut bayi dan memberikan kelembapan sehingga 24 jam.

Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion mengandungi Colloidal Oatmeal yang diadun dengan emolien yang melegakan dan membantu melindungi kulit bayi anda yang halus. Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak menyerap dengan cepat, melembapkan kulit sehingga 24 jam, tidak mengandungi alkohol yang mengeringkan kulit dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Losyen ini dirumuskan dengan formulasi hipoalergenik,  tanpa pewangi dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif.

Penjagaan Istimewa 

1. Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit  selama 24 jam.

Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya yang membersihkan serta melegakan kulit. Rumusan pelembap ini menjadikan kulit terasa lembap selama 24 jam supaya kulit bayi anda kelihatan dan berasa lebih sihat. Mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, dan ia juga hipoalergenik,  tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.   

2. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*

Terbukti secara klinikal untuk memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit bayi yang kering dan sensitif.

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

3. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*

Melembut dan meredakan kulit amat kering yang merengsa.

Jenama Aveeno® memanfaatkan daripada kuasa mil oat yang meredakan secara semula jadi dalam mandian badan ultra lembut ini untuk membantu penjagaan kulit bayi anda. Rumusan terbaharu ini menggabungkan ekstrak oat yang melegakan dan Colloidal Oatmeal dengan emolien yang kaya untuk melembutkan dan melegakan kulit yang sangat kering dan merengsa, serta membersihkan secara lembut tanpa merosakkan lapisan kulit bayi anda. Rumusan ini tidak mengandungi pewangi, tanpa sabun, tanpa paraben dan tanpa phthalate.

4. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*  

Membantu mengurangkan penampilan kulit kemerahan dan kuping, membantu mengembalikan kelembapan kepada lapisan pelindungan kulit.

Dihasilkan bersama pakar dermatologi terkemuka, krim termaju ini telah terbukti secara klinikal dapat melegakan kulit yang sangat kering, gatal dan merengsa. Dirumuskan dengan Triple Oat Complex, krim ini melegakan kulit yang merengsa dan memberikan kelembapan untuk membantu mengukuhkan fungsi lapisan semula jadi kulit serta mencegah keadaan kulit kering daripada berulang. Sesuai untuk kegunaan pada badan dan muka. Krim ini juga tidak mengandungi steroid dan pewangi.


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).



9 comments:

  1. Wow..boleh bagitau kawan kak PC ni untuk anak dia...

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2018/08/my-favourite-english-quotes.html

    ReplyDelete
  3. first time busyra tau pasal produk ni. menarik lah kak lea..

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar pulak brand aveeno ni.. nice sharing lea

    ReplyDelete
  5. produk baru eh..nampak bagus ni..jadi tak risau nak pakaikan untuk anak..
    sorry lea,boleh tak update balik link blog eda..hehehe...sebab dah tuko WP,nanti tak dapat noti entry terkini dari blog kita...hehehehe

    ReplyDelete
  6. Eh produk daripada oat baru taw pasal dia produk baru di pasaran ke ni kak lea

    ReplyDelete
  7. ada macam-macam jenis produk ye jenama aveeno ni.

    ReplyDelete