Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

Friday, August 3, 2018

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  | Sejak kebelakangan ni, malas betul nak 'servis muka' sampaikan blackhead beranak pinak dekat hidung pun tak perasan.. Bila dah ada blackhead, mulalah rasa stress.. Mane taknya, rasa cam kotor aje muka bila bintik-bintik hitam dok ada atas hidung ni.. Biasanya aku buang blackhead, aku guna besi pemicit jerawat tu aje.. Tapi azabnya tak yah cakap la.. Muka habis merah-merah dan paling tragis bengkak habis muka.. Hehe!!

Hilangkan Bintik Hitam Dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

Kali ni kita tukar sikit cara buang bintik hitam kat muka.. Kita guna cara yang paling mudah dan tak menyakitkan.. Nak tahu caranya? Cara mudah hilangkan bintik hitam dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub.. Serius mudah dan tak menyakitkan.. Rasanya korang semua pun dah familiar dengan jenama srcub No.1 Malaysia ni kan? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis scrub dibawah jenama St Ives ni.. Disebabkan aku menghadapi masalah blackhead, aku pilih  St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub untuk mengatasi masalah bintik hitam kat muka aku ni.. Best ke? Bagus ke? Haa nak tahu, kenalah baca sampai habis ye..

Sebenarnya, dulu aku dah pernah pakai scrub St Ives ni iaitu jenis Apricot Scrub.. Apricot scrub ni teksturnya lebih kasar berbanding St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub yang mana tekstur scrubnya lebih halus.. Sebab itulah aku cakap tadi ianya tak menyakitkan tetapi berkesan.. Hah gitu!! Tambahan pula, baunya sangatlah menyenangkan hidung aku ni.. Wangi wehh!! Lagi seronoklah aku sental hidung aku ni..


Kebiasaannya, muka perlu di scrub dua atau tiga kali seminggu.. Paling teruk pun satu kali seminggu untuk menghapuskan sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam.. Macam aku ni nak hilangkan bintik hitam, aku scrub muka aku dengan menggunakan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni dua kali seminggu.. Itu pun dah cukup weh untuk hilangkan bintik hitam atas hidung aku ni.. Tak de la hilang serta merta tetapi memang nampak kesanlah, bintik hitam makin berkurangan dan muka pun nampak lebih bersih.. Seronok gile aku!!

Jadi, untuk hilangkan kesemua bintik hitam yang ada kat muka, kenalah konsisten guna scrub ni dua kali seminggu.. No culas culas hokeh!! Tak perlu dah nak picit picit muka bagai, cuma guna scrub aje dah boleh hilangkan blackhead.. Mudah gile kot.. Yang mana ada blackhead tu, bolehlah cuba scrub ni ye tak kirelah korang wanita ke lelaki ke, boleh guna St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni sebab St Ives tak pilih kasih.. Haha!!


Kalau korang perasan, St Ives scrub ni dah bertukar wajah.. Packagingnya dah berwajah baru.. Bagi aku, ianya lebih menarik dan lebih matang.. Hehe.. Packaging pun merupakan salah satu daya tarikan juga tau kepada pelanggan untuk membelinya.. Dah la packagingnya menarik dan cantik, produknya juga berkesan.. Memang layak lah St Ives ni bergelar jenama skrub no.1 Malaysia..

Satu lagi yang aku suka guna produk St Ives ni sebab produk ni mudah didapati dimana-mana.. Nak beli secara online pun boleh dan nak beli di kedai pun boleh.. Kalau dikedai, korang boleh dapatkannya di drug store.. Aku biasanya akan terjah Watsons kalau nak beli produk St Ives ni sebab dekat dengan rumah aku.. Hehe.. Lagi best kalau beli time ada sales.. Harga memang murah la.. Bolehlah beli banyak sikit buat stok.. Banyak pun tak de la beli satu dozen, paling banyak pun dua tube aje.. Haha!! Lagi pun harga St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni tak de la mahal mana lebih kurang dalam RM23 sahaja untuk satu tube.. Kalau ada sales, silap-silap dapat separuh harga... Best owhh!!


Uik, nampak tak aku pakai St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub tu? Haha... Pakai kat hidung jerk.. Nak jimat punye pasal.. Kehkeh!! Ok, cara pakainya mudah saja.. Cam guna skrub yang lain juga.. First sekali aku basahkan muka dengan air suam.. Kalau ada water heater dalam bilik air, boleh terus sembur ajer muka dengan air suam.. Kalau malas, guna ajelah air paip pun boleh.. Hehe.. Lepas tu, bolehlah skrub muka dengan menggunakan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni.. Sental perlahan-lahan supaya semua tempat kena terutamanya bahagian yang ada blackhead.. Dekat hidung memang aku akan sental lama sikit supaya blackhead cepat hilang.. Last sekali baru cuci dengan air dan lihat hasilnya..


Memang lembut la kulit muka lepas tu.. Tangan ni sentiasa dekat muka sebab nak rasakan kelembutannya itu.. Cewaahhh!! Blackhead juga makin kurang.. Itu part paling best sekali tau.. Sebab itulah aku suka sangat jenama St Ives ni.. Memang berkesan dan meyakinkan.. Lagi best, scrub ni tahan lama.. Mane tak tahan lamanya, kita guna bukannye hari-hari.. Seminggu baru dua kali.. Memang tahan lama la.. Kadang tu boleh bertahan dekat dua bulan tau..


Sebenarnya St Ives Scrub ni banyak jenis tau.. Selain St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ni, korang juga boleh cuba Ance Control Apricot Srub, Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Face Scrub, Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask, Energizing Coconut & Cofee Face Scrub dan juga Fresh Skin Apricot Scrub.. Semuanya ada fungsinya yang tersendiri.. Jadi, korang boleh pilih yang mana satu paling sesuai untuk korang.. Korang jangan risau sebab produk St Ives ni dihasilkan daripada bahan semulajadi.. Memang selamat digunakan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube


7 comments:

  1. wahhh....kita tak dapat yang ni..tapi yang scrub kita pakai tu pun best...nanti eda nak beli pulak yang ni lah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Lea kongsi testimoni...kak PC pernah nampak kawan pakai...tapi kak PC belum pernah cuba...

    ReplyDelete
  3. dpt ilangkan blackhead tu sure lega ..syok berscrub tu

    ReplyDelete
  4. ha'ah perasan juga dah berwajah baru dan lagi cantik!

    ReplyDelete
  5. Suka scrub ni sebab ada green tea 😊

    ReplyDelete
  6. St.Ives memang terkenal dengan scrubnya yang bagus. fiza pakai ayng apricot tu

    ReplyDelete