DR BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik Untuk Rawat Masalah Kulit

Monday, August 13, 2018

DR BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik Untuk Rawat Masalah Kulit  |  Jerawat, jeragat, kulit kusam dan macam-macam lagi masalah kulit muka memang dah sinonim sangat dengan kaum wanita malahan kaum adam juga.. Masing-masing berlumba-lumba mencari jalan penyelesaian bagi masalah kulit yang mereka hadapi.. Tak perlu merujuk kepada orang lain, aku sendiri pun sekarang ni runsing sangat dengan masalah kulit wajah yang aku hadapi seperti jeragat, pori terbuka, kulit kusam, bintik hitam, lebam bawah mata dan juga masalah biji kolestrol.. Huhu.. Walaupun ianya tidak terlalu serius tetapi tetap merunsingkan.. 

Sebelum ni bermacam cara dah aku cuba untuk tangani masalah ni tapi nampaknya tak berapa nak berkesan sehinggalah aku terbaca satu status kawan aku yang menggunakan satu produk ni yang mampu merawat masalah kulit dengan berkesan.. Produk yang aku maksudkan adalah Dr Beau Pure Natural Skin Oil, serum terbaik untuk rawat masalah kulit.. Bagus sangat ke produk ini? Nak tahu bagus ke tidak, jom kenali produk ini terlebih dahulu.. 


Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia.

Kalau korang nak tahu, produk ini bukanlah produk baru dipasaran kerana produk ini telah diperkenalkan sejak penghujung tahun 2015 lagi.. Bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah Serum Muka ini juga turut viral di Thailand, Singapore dan juga Indonesia.. Tidak hairanlah sehingga kini, produk ini telah terjual melebihi 300,000 botol.. 

Produk keluaran Teja Herbs ini juga diperakui selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana produk ini telah mendapat kelulusan oleh KKM dan BPFK (NOT170502921K). Bukan itu sahaja ye, serum muka terbaik ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa was-was.. 


Kelebihan Dr Beau Pure Natural Skin Oil 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit dengan berkesan. Antara kelebihan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini ia mampu merawat :-
  • Jerawat dan jeragat
  • Lebam bawah mata
  • Kulit berminyak
  • Kulit kering
  • Kulit kusam
  • Pori terbuka
  • Masalah Ekzema
  • Masalah biji kolestrol
  • Bintik-bintik hitam

Korang jangan risau kerana Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal sehinggalah kulit sensitif.. Ia juga sangat sesuai untuk wanita asia. 


Kandungan Dr Beau Pure Natural Skin Oil
  • Vitamin E - Membantu merawat kulit
  • Rosehip Oil - Membantu melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit
  • Argan Oil - Sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering
  • Almond Oil - Mampu merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka
  • Apricot Kernel Oil - Sangat ringat dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Ia kaya dengan Vitamin A, C, E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari
  • Wheat Germ Oil - Salah satu sumber terkaya Vitamin E, A, D, Protien dan mineral
  • Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Cara Penggunaan Dr Beau Pure Natural Skin Oil

Cara nak apply serum ini sangatlah mudah.. Mula-mula bersihkan terlebih dahulu muka dan keringkan.. Kemudian titiskan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ke atas tapak tangan dan sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.

Seterusnya, usapkan ke seluruh atau sebahagian kulit muka hingga leher secara merata terutamanya pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan. Setelah Dr Beau Pure Natural Skin Oil di sapu, bolehlah pakai bedak atau sunblock supaya hasilnya lebih berkesan disamping make up pun menjadi lebih cantik dan flawless. 

Sebaiknya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini digunakan pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, Dr Beau Pure Natural Skin Oil dapat menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari manakala pada waktu  malam pula ia boleh merehat dan memulihkan kulit wajah.

Jom tonton video cara guna Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini.



Best Ke Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini?

Tidak hairanlah kenapa ramai yang sukakan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni kerana selepas menggunakan sendiri Serum Vitamin E ni, apa yang aku boleh katakan produk ini sangat bagus untuk kulit aku.. Selain baunya yang harum dan wangi semulajadi, ia juga meresap sangat pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.. 


Aku kalau produk yang melekit memang paling tak suka.. Muka akan jadi tak selesa dan berminyak.. Tidak bagi Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni sebabnya produk ni tidak melekit langsung malah selepas pakai muka rasa segar dan nyaman.. Memang best sangat!! Tetapi harus diingat ye, setiap orang kesannya berlainan mengikut keadaan kulit.. Mungkin aku guna, hasilnya lain dan korang guna pula hasilnya lain.. Yang pastinya produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. 

Testimoni Pengguna Dr Beau Pure Natural Skin Oil






Dapatkan Dr Beau Pure Natural Skin Oil Sekarang!

Muka mulus, bersih dan berseri adalah idaman setiap wanita.. Eh! bukan wanita sahaja tau, sekarang ni kaum lelaki pun dah pandai dan sedar akan pentingnya penjagaan muka.. Jadi, kalau korang nak kulit muka yang sihat dan bebas dari sebarang masalah kulit, bolehlah cuba Dr Beau Pure Natural Skin Oil ni.. Aku yakin korang pasti akan puas hati dengan hasilnya nanti..


Aku dah cuba!! Korang bila lagi.. Nak kulit cantik dan sihat, Dr Beau Pure Natural Skin Oil lah jawapannya.. Satu botol mengandungi 30 biji Dr Beau Pure Natural Skin Oil yang boleh didapati dengan harga RM96.00 satu botol.. Jadi, jangan lupa dapatkan DR BEAU Pure Natural Skin Oil, serum terbaik untuk rawat masalah kulit ini sekarang juga!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Youtube

No. Telefon
016-963 3443
012-649 3639

Email
tejaherbs@gmail.com

Alamat
Teja Herbs
No. 16-1 Jalan Equine
10C Taman Equine
43300 Seri Kembangan
Selangor

8 comments:

  1. Patut la makin comel ada serum ni

    ReplyDelete
  2. Memang bestlah kalau senang nak pakai.. Makin comel Lea..

    ReplyDelete
  3. nak cuba jugak sbb masalah mcm bintil kolestrol kat muka...nak mulus mcm Lea jugaaa

    ReplyDelete
  4. makin somel la dia..selalu gak nmpk serum dr beau ni..mesti ramai suka guna sbb berkesan..

    ReplyDelete
  5. makin somel la dia..selalu gak nmpk serum dr beau ni..mesti ramai suka guna sbb berkesan..

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaa sis lea, inilah rupanya rahsia awet muda😍

    ReplyDelete
  7. mudah nak guna sebab pack macam kapsul tu kan.

    ReplyDelete
  8. Nanti boleh cuba produk ni sebab zumal pun ada problem kulit ni

    ReplyDelete