2 Unit Kondo Di Pulau Pinang Bernilai RM2.39 Juta Dibeli Menggunakan Aset DEO Mata Wang Digital (Kripto)

Friday, September 14, 2018

2  Unit  Kondo  Di  Pulau  Pinang  Bernilai  RM2.39  Juta  Dibeli  Menggunakan  Aset  DEO  Mata  Wang  Digital  (Kripto)  |  Walaupun  ramai  rakyat  Malaysia  masih  belum  terbiasa  atau  mungkin  ragu-ragu  mengenai  mata  wang  kripto,  sudah  ada  orang  yang  menggunakan  aset  digital  tersebut  untuk  berdagang  di  negara  ini. 

Di  Pulau  Pinang  pada  4  Ogos  2018  yang  lepas,  dua  unit  kondo  bernilai  RM2.39  juta  telah  dibeli  menggunakan  DEO  aset  kripto  oleh  seorang  ahli  perniagaan  Indonesia  yang  sudah  menetap  di  Malaysia  sejak  1997.


Encik  Eddie  Virgo  dari  Medan,  Indonesia,  yang  menjalankan  perniagaan  pengiriman  wang  di  Indonesia  dan  Malaysia,  membeli  kondominium  Queens  Residence  Bayan  Bay,  Pulau  Pinang  berhampiran  dengan  Queensbay  Mall  daripada  Ideal  Property  Group.


Kedua-dua  unit  tersebut,  masing-masing  berharga  RM1,192,700  dan  RM1,198,000.

"Saya  sangat  gembira  kerana  boleh  menggunakan  aset  kripto  saya  untuk  membeli  hartanah  ini.  Saya  percaya  saya  telah  membuat  pelaburan  yang  tepat  dalam  DEO.  Malah,  saya  menjangkakan  untuk  membuat  nilai  dan  pulangan  lebih  baik  daripada  mata  wang  DEO  bagi  pelaburan  pada  masa  hadapan," kata  Encik  Eddie  Virgo.

Encik  Eddie  Virgo  mula  melabur  dalam  DEO-  aset  kripto  daripada  Desto  Blockchain  LLC  (Desto),  apabila  ia  pertama  kali  dilancarkan  pada  April  2018.


Transaksi  atau  pembayaran  untuk  pembelian  hartanah  yang  menggunakan  mata  wang  kripto  belum  pernah  ada  lagi  di  Malaysia.  Daripada  transaksi  tanah  kepada  pembelian  kereta,  termasuk  mendapatkan  makanan  di  gerai  nasi  kerabu  atau  gerai  penjaja  di  Kelantan,  pembayaran  yang  dibuat  telah  menjadi  bualan  dan  berita  pada  beberapa  tahun  yang  lalu.  Masih  ingatkah  berita  tentang  gerai  mi  kari  dan  gerai  mi  kepala  ikan  di  Bandar  Puchong  Utama,  Selangor,  yang  telah  menerima  bayaran  kripto  pada  tahun  lepas?

Apatah  lagi,  mata  wang  digital  masih  belum  diiktiraf  bagi  tujuan  percukaian  di  negara  ini,  menjadikan  transaksi  mata  wang  kripto  buat  masa  ini  adalah  bebas  cukai,  menurut  laporan  berita  oleh  The  Edge  Malaysia  pada  22  Januari  tahun  ini.


Memandangkan  minat  dalam  mata  wang  kripto  terus  berkembang  di  Malaysia,  semakin  ramai  rakyat  Malaysia  ingin  mengetahui,  dan  mula  melabur  dan  berdagang  dalam  aset  tersebut.  DEO,  yang  digunakan  oleh  Encik  Eddie  Virgo  dalam  pembelian  kondo  beliau,  adalah  aset  kripto  yang  dikeluarkan  oleh  syarikat  teknologi,  Desto  Blockchain  LLC.  Syarikat  yang  diasaskan  oleh  warga  Malaysia  dan  didaftarkan  di  Amerika  Syarikat  dan  UK  dengan  anak-anak  syarikat  di  Malaysia  dan  Vanuatu,  berkembang  dan  memiliki  protokol  blockchain  sendiri,  iaitu  protokol  DEO.

Untuk  maklumat  lanjut  mengenai  DEO,  sila  layari desto.io atau  Facebook Desto  Blockchain.  Jika  anda  mempunyai  sebarang  soalan,  sila  tujukan  emel  kepada  support@desto.io,  atau  boleh  ke  kumpulan  Telegram  'Desto  Official  Community'.

Mengenai  Desto


DESTO  adalah  syarikat  teknologi  inovasi  baru  yang  diasaskan  oleh  warga  Malaysia.  Ia  menyediakan  penyelesaian  teknologi  blockchain,  dengan  memfokus  pada  tanggungjawab  sosial.  Ini  bermakna  ia  bertujuan  membantu,  melalui  penyelesaian  yang  ditawarkannya,  menjadikan  dunia  lebih  telus  dan  sebagai  penghubung  kepada  populasi  tanpa  bank,  sambil  membantu  meningkatkan  kualiti  kehidupan  mereka  yang  kurang  bernasib  baik.

Ia  juga  telah  membina  protokol  blockchain  sendiri  (prestasi  yang  belum  pernah  lagi  dicapai  oleh  kebanyakan  syarikat  teknologi  di  seluruh  dunia)  yang  dinamakan  sebagai  DEO  yang  menggunakan  algoritma  pengesahan  SHA-3,  iaitu  merupakan  teknologi  paling  baharu  di  industri  sekarang,  memberikannya  kelebihan  dari  segi  kepantasan  dan  ketepatan.  Aset  mata  wang  digital  dengan  akronim  DEO  ini,  akan  diedarkan  dan  digunakan  bermula  pada  Oktober  2018.


2 comments: