Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 Kembali Lagi Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000

Monday, September 24, 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 Kembali Lagi Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000 |  Rasanya jenama Johnson's Baby ni dah tak asing lagi dengan para mak-mak di malaysia.. Hehe.. Aku juga salah seorang pengguna Johnson's Baby ni untuk anak-anak aku.. Lagi pun produk ni mudah didapati dimana-mana pasaraya.. Haa ni nak kasitau dekat korang semua.. Sempena ulangtahun Johnson's yang ke-125 ni, Johnson's ada membuat satu contest tau buat si manja korang.. Hadiahnya sangatlah lumayan untuk dimenangi. Syarat untuk sertai pun mudah sahaja.. Nak tahu, jom baca sampai habis ye.. hiks!

Johnson’s® Baby of the Year Contest Kembali! Tampilkan ‘pesona diraja’ si manja anda untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM80,000 


Si manja merupakan buah hati setiap ibu bapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s® mahukan si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000. Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu beberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang sangat bermakna – “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Princes & Princesses”.

Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana – Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.


Hadiah Yang Bakal Dimenangi

Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema ‘diraja’. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.

Cara Sertai Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018

Bagaimana cara untuk ibu bapa dan si manja mereka menyertai peraduan ‘diraja’ ini? Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hanya perlu :-

  1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
  2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.   
  3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar. 
  4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda. 

Itu sahaja! Mudahkan?? Si manja anda kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®! Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri mereka.



Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial kami untuk menyemak sama ada si manja anda disenarai pendek.

Jom sertai sekarang!! Gunakan masa yang indah bersama si manja anda dengan menyertai Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 – Hantarkan penyertaan anda di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.


10 comments:

  1. alolo...comel nau² dia..Good luck....

    ReplyDelete
  2. salam..dah join jugak contest ni..all the best utk semua yer..hihihi

    ReplyDelete
  3. ALO COMelnyaa.. all the best for two little prince hii

    ReplyDelete
  4. wah best nya. anak2 yg pandai posing harus wajib join pertandingan ni ^_^

    ReplyDelete
  5. syomel! hihi kalau kin ade anak mesti join dah..hehe

    ReplyDelete
  6. Menariknya hadiah contest ni.. moga murah rezeki..

    https://www.tipsummi.com/tips/cara-atasi-vertigo-dengan-berkesan-dan-selamat/

    ReplyDelete
  7. All the best untuk semua peserta. Besar jumlah hadiah tu

    ReplyDelete