Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah

Friday, September 7, 2018

Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah |  Baru-baru ini viral satu Malaysia tentang keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas dua orang wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis (Lesbian)... Hukuman sebat seumpama ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia terhadap pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Syeksyen 59(1) Enakmen Yang Sama Kerana Musahaqah (Lesbian).

Rentetan dari kontrovesi yang berlaku ini, timbul pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia... Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga yang memberi reaksi negatif.. Reaksi negatif itu mungkin disebabkan kurangnya pemahaman orang ramai terhadap pelaksanaan hukuman tersebut..

Jom sama-sama faham akan prosedur hukuman sebatan bagi pesalah syariah kerana Musahaqah ini.. Boleh rujuk info-grafik kat bawah ni ye..


Jika diteliti prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah ini, ia ternyata berbeza daripada hukuman sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Sivil kerana ia lebih lembut dan ringan berbanding sebatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil.. Cara sebatan yang dilakukan adalah dengan pukulan yang sederhana menggunakan rotan yang kecil dan tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit pesalah..

Tujuan hukuman ini dijalankan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar mereka menginsafi perbuatan yang bercanggah dengan hukum agama yang telah mereka lakukan.. Oh ya, hukuman ini dijalankan di dalam dewan sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang.. Ini sekaligus dapat memberi pengajaran juga kepada mereka yang menyaksikannya..

Moga kita semua juga mengambil pengajaran dari kejadian ini dan sekaligus dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.. Insyaallah..


10 comments:

  1. Moga hukuman sebegini lebih menginsafkan pesalah.

    ReplyDelete
  2. nak tegakkan agama Allah mmg banyak cabaran tapi kagum sangat2 dengan Terengganu. semoga menjadi pengajaran buat insan2 lain =)

    ReplyDelete
  3. semoga ada keajaiban buat pesalah tu nanti kan..

    ReplyDelete
  4. Adab nak sebat tu pun kena kepit ketiak. InsyaAllah penuh hikmah

    ReplyDelete
  5. harap dengan adanya hukuman ni , masalah musahaqah ni smkin berkurangan.

    ReplyDelete
  6. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua

    ReplyDelete
  7. Memang berbeza sangat. Tapi nape ade tak sokong. Huhu

    ReplyDelete
  8. Insya Allah.. semoga menjadi teladan dan keinsafan..

    ReplyDelete