Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul

Wednesday, September 19, 2018

Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul  |  Holaaaa!! Hi korang.. Hakak dengan produk kecantikan tak dapat dipisahkan.. Cewahhh.. Padahal hakak bukannya seorang kaki makep tegar.. Haha!! Tapi serius, aku memang suka sangat dengan produk kecantikan ni.. Bila beli produk kecantikan tak kiralah, lipstik ke, compact powder ke, skincare ke, apa sajalah produk kecantikan, mesti aku excited.. Hehe.. Orite, kali ni aku nak unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul!! 


Tempat feberet aku shopping produk kecantikan semestinya di laman web Althea.kr... Macam-macam produk ada dijual di sana.. Kadang tu sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.. Semuanya best-best belaka.. Rasanya dah banyak kali jugak aku shopping kat sana.. Boleh dikatakan aku adalah pelanggan tetap Althea.. Haha!!

Apa yang aku shopping untuk kali ni? Haaa mesti korang tak sabar nak tahukan? Jom kite unboxing sesama..

Althea Turn 3 Beauty Haul


Kalau dulu aku shopping di Althea rasa macam nak beli semua produk.. Sekarang tak lagi sebabnya aku dah tau apa yang aku perlukan dan apa yang patut aku beli.. Cumanya, untuk satu-satu tujuan tu, banyak pulak pilihannya.. Haha!! Jadi, kene pilih yang betul-betul sesuai dengan apa yang kita mahukan.. Sebelum beli, aku akan tengok dulu review dari pembeli sebelumnya untuk menentukan produk tersebut ok atau tidak.. 

Apa yang aku beli kali ni? Haaa ada 5 item semuanya iaitu :-
  • Contour Cleanser (150g)
  • Black & Black Pore Cleansing Set
  • Skin Liar Primer (30ml)
  • Angle Foundation Brush
  • Powder Brush

Kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang aku nak beli.. Tapi cukuplah 5 item dulu untuk kali ni.. Nextime kite shopping lagi.. Banyak jugak produk yang menjadi feberet aku di Althea.. Untuk kali ni, aku cuba beberapa produk yang aku belum pernah guna.. Jom kite tengok satu persatu..!!

Contour Cleanser (150g)


Althea Contour Cleanser ni memang pencuci muka feberet aku semenjak aku diperkenalkan dengan Set Skincare Althea Bare Essential - 3 Easy Step Korean Skincare Routine oleh Althea Angel.. Kenapa aku suka sangat dengan Contour Cleanser ni? Haa sebabnya pencuci muka keluaran Althea ni dapat membersihkan muka aku dengan sempurna.. Tak perlu pakai mekap remover dah.. Cuci aje pakai Contour Cleanser ni, semua mekap yang aku pakai akan tanggal.. Tapi harus diingat ye, aku bukan kaki mekap teballlll.. hehe.. 

Rutin mekap aku setiap hari, aku akan pakai krim, foundation yang sangat nipis sebab aku dah pakai krim muka kan, compact powder, celak, maskara dan juga lipstik.. Aku memang tak pakai make up remover untuk tanggalkan mekap aku.. Aku terus aje cuci pakai Countour Cleanser ni.. Clear muka aku tau!! Haha.. Satu lagi yang aku suka tentang pencuci muka ni adalah ia berfungsi untuk membentuk muka.. Dapat kuruskan muka tau kalaui pakai lama-lama.. Nama lagi Contour Cleanser kan.. Hiks..


Black & Black Pore Cleansing Set


Nella Black & Black Pore Cleansing Set ni aku tak pernah cuba lagi sebelum ni.. Hidung aku ni boleh tahan jugak bintik hitamnya.. Sebab tu la aku pilih produk ni untuk selesaikan masalah aku ni.. Tengok review pengguna sebelum ni, nampak macam produk ni berkesan untuk kurangkan bintik hitam.. Jadi, aku nak cuba sendiri untuk tengok hasilnya.. Menjadi ke idok...

Haaa setakat ni aku dah guna dua kali.. Alhamdulillah memang nampak perubahannya.. Bintik hitam semakin berkurangan.. Berus set ni sangatlah bestttt digunakan.. Lembut sangat weh!! Haha.. Memang tak menyakitkan muka.. Kena guna secara konsisten, insyaallah hilang semua bintik hitam kat muka aku ni.. Aku guna 3 kali seminggu kalau rajin.. ekekeke..


Skin Liar Primer (30ml)


Elizavecca Skin Liar Primer ini pun merupakan produk yang baru aku cuba.. Dari hasil siasatan aku keatas produk ni, ramai yang memberi feedback yang best-best belaka.. Jadi aku decide untuk cuba sendiri produk 'penipu' ini.. Haha.. Kenapa dinamakan skin liar primer? Haaa sebabnya bila pakai, muka jadi flawlesss.. Kikiki.. Betul ke idok?? Nak tahu kenalah cuba sendiri ye.. Ahakzz..


Angle Foundation Brush & Powder Brush




It's My Brush - Angle Foundation Brush dan Powder Brush ni memang dah lama nak beli tapi  tak terbeli sebabnya bila time nak beli mesti kehabisan stok!! Selalu apply foundation pakai jari jemari jerk.. Sekarang dah ada brush ni memang lebih mudah kerja meratakan pondesen.. Hiks.. Sama juga dengan powder brush tu sangat berguna time mekap.. Bebulu brush ni sangat lembut.. Rasa nak terlelap time layang dekat kulit muka.. Kikiki.. Cam kene belai jerk.. Wakakakaka!! Ini serius hokeh, brush ni memang best!!


Moh tengok video aku unboxing pulak.. Hiks..


5 produk yang aku shopping di Althea dah aku share info dengan korang... Insyaallah, next unboxing aku akan share lagi.. Ada lagi produk idaman aku di Althea yang belum aku beli.. Semua dah dimasukkan dalam wishlist aku.. Nak tahu, kenalah tunggu aku shopping dulu.. Haha!!

Orite, kalau korang nak shopping produk K-Beauty yang best-best dan meletop, bolehlah shopping di Althea.kr.. Aku yakin korang akan menjadi pelanggan setia Althea macam aku ni haa sebabnya semua produk yang dijual sangatlah menarik dan best-best belaka.. Di Althea pun selalu ada promotion tau.. Jadi, selalulah jengok website mereka ye untuk dapatkan harga diskaun..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


10 comments:

  1. bertambah cantik la lea... sukanya tgk produk althea ni

    ReplyDelete
  2. Menariknya semua items tu..! It's my brush tu lama jugak usha tapi tak beli2..

    ReplyDelete
  3. seronok shopping skincare. airah kalau pergi laman web althea tu confirm berjam dekat situ cuci mata, masukkan semua dalam cart hahaha

    ReplyDelete
  4. Black & Black Pore Cleansing Set tu dah ada dalam wishlist sha :3 bila nak checkout taktahu la haha

    ReplyDelete
  5. bestnyaa.. produk2 dari althea pun berkualiti sgt

    ReplyDelete
  6. wahhh terbaik produk althea ni..brush makeup tu lawa..

    ReplyDelete
  7. teringin nak beli cleanser set tu..nanti eda nak beli jugak la..mana tau sesuai dengan kulit

    ReplyDelete
  8. uuish ada product menipu eh ehehe kretip nama dia. menarik nak cuba. primer pun macam da tinggal sikit je. tak best pun Benefit punya nak try this one =D

    ReplyDelete
  9. waw..bestnya produk althea ni.. hehe

    ReplyDelete
  10. Teringin pula nak cuba Nella Black & Black Pore Cleansing tu.. macam best je..

    ReplyDelete