Mainkan Peranan Anda Sebagai Pemandu Berhemah Dan Bertanggungjawab Di Jalan Raya

Wednesday, October 31, 2018


Ingat lagi, masa firstime aku memandu keseorangan memang mendebarkan sampaikan kaki aku ketar time turun dari kereta.. Haha kelakar betul... Apa yang aku praktikkan semasa dalam tempoh percubaan adalah sentiasa berhati-hati, fokus dan alert dengan keadaan sekeliling. Paling penting untuk menjadi pemandu berhemah dan bertanggungjawab di jalan raya.

Ni satu lagi aku nak tekankan. Jangan gunakan telefon bimbit ketika memandu!! Aku paling pantang kalau time memandu dok sibuk dengan telefon bimbit. Bahaya weh!! Ingatlah orang yang tersayang. Nyawa bukan boleh dibeli dekat pasaraya maupun pasar pagi. 


Ok, kalau bercerita tentang kemalangan jalan raya, tak dinafikan sepanjang 17 tahun memandu di jalan raya dah bermacam-macam kemalangan jalan raya aku lihat. Malah aku sendiri pun pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kalau ditanya teruk atau tidak, memang kereta aku remuk depan belakang dek kerana dilanggar dan terlanggar.. Hehe..

Cumanya aku bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Itupun disebabkan time kemalangan tu, jalan sesak kerana ada kerja-kerja baik pulih jambatan. Jadi, trafik agak perlahan masa tu. Kereta aku disondol dari belakang dan kereta aku pulak menghentam kereta orang depan.. Allahuakbar.. Kereta aku yang teruk weh duduk ditengah-tengah.. Time tu rasa geram tak payah  nak cakap.. Kenapalah orang belakang ni cuai sangat..!! Rasa betul-betul nak marah.. Tapi aku sabarkan hati lagipun benda dah berlaku tak boleh nak undur semula.. Huhu.. Redha dan pasrah aje time tu..  

Bila berlaku kejadian sebegini, aku mula terfikir seandainya kereta aku tiada insurans masa tu, bagaimana aku nak membaiki segala kerosakan kereta aku dan kenderaan orang yang aku langgar tu..? Mana mungkin aku mempunyai wang yang sebegitu banyak untuk menanggung baikpulih semuanya tu.. Nasib baiklah aku ada beli insurans motor time tu.. Jadi, bolehlah aku claim insurans untuk baiki kerosakan kereta aku tu.. 


Baru-baru ni aku ada terbaca tentang liberalisasi Insurans dan Takaful Motor. Kita boleh mula bandingkan kos dan ada pelbagai produk baru, tak sama macam dulu-dulu.. Jadi, eloklah kita luangkan sedikit masa untuk mengetahui dan meneliti cara-cara untuk menikmati lebih manfaat daripada insurans/takaful motor yang dibeli.

Ok, kalau korang nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari laman di bawah.  Sebutharga daripada pelbagai syarikat insurans/takaful motor boleh diperolehi di sana.



atau 




12 comments:

  1. Uiìii.memang berdebar..ketar kalau excident..

    ReplyDelete
  2. huhu. mek pun ambik ins, kalau nk baiki sendiri memang agak erkk la sikit

    ReplyDelete
  3. kite pun kdg2 main hp jugak. lagi bahaya kalau waktu tu sorang2.. hahahaa. lepastu muhasabah diri jappp tak sayang nyawa sendiri ke apee hehee

    ReplyDelete
  4. Good sharing sis. Tapi... Siapakah gerangan yang snap gambar ketiga agaknya hehehe

    ReplyDelete
  5. Kalau setiap kita berhati-hati insyaAllah semua baik-baik sahaja..namun setiap kita ada khilaf dan kurang masing-masing.

    ReplyDelete
  6. insyaaAllah semoga kita wanita menjadi pemandu berhemah

    ReplyDelete
  7. gud sharing lea.. memula drive dulu pun bukan main risau lagi tapi sekarang dah ok dah. Apa yang pasti memang kena fokus semasa pemanduan tu. kalau tak hmmm habislah kita. nak-nak orang bawa laju macam pelesit zasss camtu

    ReplyDelete
  8. Wajib amek insurans sekarang ni utk masa depan kita sebab setiap drp kita mmg menggunakan kenderaan untuk kemana2..malang tidak berbau, bukan kita nsk minta cuma kita perlu bersedia..betul tak

    ReplyDelete
  9. kak lea I love your header !!!!

    ReplyDelete