Mencegah Lebih Baik Dari Merawat! Lindungi Si Manja Dengan CARRIE MOZZIBUSTER | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.
Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi demam Denggi yang lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!
Ibu bapa perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau menyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk .
Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.
Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml.
bagusnya bila ada produk mcm ni melindungi kita dari aedes.
ReplyDeleteOOO..ada produk baru pula ye. Bestlah
ReplyDeletemudah je sekarang ni. ibubapa hanya ada pilihan je, antara nak ngan tak nak. teknologi dah memudahkan untuk kita ambil langkah pencegahan :)
ReplyDeleteBagusnya..usaha melindungi dari serangan nyamuk..hehehe..
ReplyDeleteBagus ada produk macam nie..
ReplyDelete