Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat

Thursday, October 18, 2018

Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat  |  Minggu lepas kemain meriah lagik muka aku dengan jerawat dekat dagu... Lama dah rasanya jerawat tak tumbuh.. Kali ni 'dia' datang menyerang lagi.. Walaupun tak seteruk dulu, tapi aku tetap fobia.. Sebabnya dulu aku pernah menghadapi masalah jerawat yang agak kronik.. Risau jugak kot-kot mimpi ngeri tu datang kembali... Jadi, sebelum ia semakin parah, lebih baiklah cari jalan penyelesaiannya.. 

Dalam pada aku mencari jalan penyelesaian bagi masalah jerawat aku ni, minggu lepas adalah pulak seorang kawan datang memperkenalkan kat aku satu serum muka ni.. Katanya elok untuk jerawat dan parut jerawat.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, terus aje aku setuju nak cuba.. Serum apa tu? Haruslah Wawa Serum Skin Booster, penyelesaian bagi masalah jerawat dan juga parut jerawat.. Parut jerawat pun ada weh kat muka ni.. Saki baki yang dulu.. Haha!!


Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat

Korang familiar tak dengan Wawa Serum ni? Kalau aku sebut Wawa Zainal mesti korang kenal kan.. Beliaulah founder Wawa Serum Skin Booster ni... Mula-mula tu ragu-ragu jugaklah nak cuba Wawa Serum ni.. Risau takut tak sesuai dengan aku sebabnya sebelum ni dah pernah cuba beberapa produk dan serum muka tetapi tak sesuai.. Ada tu siap breakout muka aku jadinya.. So, untuk langkah-langkah keselamatan, sebelum pakai aku siasat terlebih dahulu sama ada serum muka ni selamat atau tak digunakan.. Alhamdulillah, serum ni dah mendapat kelulusan dari KKM dan selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia berbahaya didalamnya.. Yang membuatkan aku lagi nak cuba serum jerawat ni, ramai yang dah cuba dan memberikan feedback yang positif.. Kalau dah berkesan, siapa yang tak nak cubakan..


Masuk hari ni, dah seminggu aku cuba Wawa Serum ni.. Aku pakai pada waktu siang sebelum make-up dan juga pada waktu malam sebelum tidur tanpa gagal.. Aku ulangi, tanpa gagal hokeh!! Haha.. Alhamdulillah, jerawat besar kat dagu aku ni dah surut.. Cuma tinggal parut hitam jerk lagi belum hilang.. Tak sabar nak tunggu parut jerawat lak hilang.. Yang pastinya parut jerawat ni kenalah ambil masa sikitkan untuk hilang.. Bukan boleh hilang terus.. Paling penting, harus konsisten dalam penggunaan produk... Oh ya, atas hidung pun ada jerawat jugak weh!! On the way surut.. Insyaallah..

Ok, tak nak cakap banyak, mesti korang nak tahu apa kelebihan Wawa Serum ni kan.. Bukan setakat boleh merawat jerawat dan parut jerawat jerk tau, banyak lagi sebenarnya kelebihan serum muka terbaik ni.. Nak tahu, jom aku cerita!

Kelebihan Wawa Serum Skin Booster

Seperti yang aku nyatakan tadi, Wawa Serum ni selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan telah melalui LAB tested 100% natural ingredients tanpa hydroquinone, mercury dan bahan kimia berbahaya yang lain.. Jangan risau, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit... Bukan wanita jerk boleh pakai tau, lelaki pun boleh guna.. Ingat pompuan jerk ada masalah jerawat! Lelaki pun menghadapinya.. Betul tak? Jadi, bolehlah cuba Wawa Serum ni.. Jangan memalu ye kaum adam.. Korang pun boleh guna Wawa Serum ni.. Hiks..


Orite, jom ambil tahu tentang kelebihan Wawa Serum Skin Booster ni.. Antaranya ialah :-
  • Merawat masalah jerawat
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • membantu kulit muka jadi lebih sekata
  • Melembapkan kulit muka
  • Anti-Aging
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Oh ya, selain tujuan untuk merawat jerawat, aku juga gunakan Wawa Serum ni sebagai makeup primer aku.. Sebelum makeup aku guna serum ni dulu.. Makeup aku pun tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Best gile weh!! Muka pun nampak flawless dan glowing jerk.. Serius aku dah jatuh cinta sangat sangat sangat dengan Wawa Serum ni.. Produk yang wajib ada dalam beg makeup aku.. Nasib baik packagingnya comel kecik molek, senang dibawa kemana-mana.. Hehe

Bahan Utama Wawa Serum Skin Booster


Mesti korang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat dengan Wawa Serum ni kan.. Haa korang jangan tak tahu ye, Wawa Serum ni menggunakan 100% bahan semulajadi seperti :-
  • Aloevera - Antioksidan dan membekalkan beta-carotine untuk ketegangan kulit
  • Ekstrak Lavender - Melambatkan proses penuaan
  • Timun - Melegakan keradangan/kemerahan/sunburn
  • Ekstrak Gold - Memperbaharui kulit
  • Minyak Zaitun - Kaya dengan vitamin E
  • Cactus - Kaya dengan antioksidan
  • Wheat Seeds - membekalkan nutrisi kepada kulit dan mencerahkan kulit
Aku suka tengok tesktur Wawa Serum ni sebab dalam serum ni ada cebisan gold, delima dan lavender beads yang menampakkan serum ini sangat exclusive.. Jangan tak tahu ye, ekstrak gold, delima dan lavender beads ni ada fungsinya yang tersendiri.. Bukan hanya sekadar perhiasan semata-mata dalam serum ni.. Ekstrak gold ni fungsinya untuk memperbaharui kulit sekaligus menghapuskan sel-sel kulit mati manakala delima dan lavender beads pula melambatkan proses penuaan sekaligus menghasilkan haruman yang menyegarkan.. Serius aku suka sangat bau Wawa Serum Skin Booster ni.. Wangi sangat weh!!


Apa yang aku suka lagi tentang Wawa Serum ni ialah teksturnya sangatlah ringan berasaskan air.. Tak  melekit langsung!! Itu yang bestnya dan ofkos cepat menyerap ke dalam kulit.. Lepas pakai Wawa Serum ni, memang macam tak pakai apa-apa.. Serapannya sangat baik tanpa meninggalkan kesan berminyak atau melekit.. Kulit rasa sangat lembut weh lepas pakai.. Serius tak tipu.. Aku suka!!

Cara Guna Wawa Serum Skin Booster

Cara gunanya sama juga seperti serum wajah yang lain.. Cumanya serum ni mudah diapply pada muka kerana serapannya sangat cepat.. Jadi, tak perlu tunggu lama untuk proses penyerapan.. Meh aku ajar cara guna..


Selepas mencuci muka dengan bersih, sapu Wawa Serum keseluruhan wajah. Kemudian tepuk-tepuk wajah dengan perlahan menggunakan jari jemari.. Untuk penggunaan yang lebih efektif, lakukan urutan pada wajah semasa memakai Wawa Serum... Manakala untuk kulit sensitif, selepas membersihkan wajah, tunggu antara 10-15 minit sebelum memakai Wawa Serum.. Ingat ye, kalau nak pakai pelembap, pastikan korang memakai Wawa Serum terlebih dahulu.. 

Waktu penggunaan pula, Wawa Serum ini boleh dipakai bila-bila masa tetapi waktu yang disyorkan adalah siang sebelum makeup dan juga malam sebelum tidur.. Serum ni boleh bertahan sehingga 1 - 2 bulan mengikut kadar penggunaan kita.. Meh tengok video cara aku pakai Wawa Serum ni..


Testimoni Pengguna Wawa Serum Skin Booster

Ok, bagi aku sendiri memang aku suka dan berpuashati dengan Wawa Serum ni.. Ia berkesan kepada kulit aku.. Jerawat besar kat dagu aku ni dah surut dalam masa 7 hari penggunaan Wawa Serum ni secara konsisten pagi dan malam.. Sorry, lupa nak snap pic masa jerawat ni bermaharajalela.. Almaklumlah hati tengah gundah gulana time tu.. Yang terfikir cuma nak bagi jerawat ni hilang cepat-cepat jerk.. Jadi, aku upkan gambar jerawat yang dah surut dan cuma parut hitam yang tinggal.. Tak sabar nak pudarkan parut jerawat tu pula...


Satu jerk nak kasitau kat korang, keberkesanan setiap produk tu mengikut kesesuaian kulit masing-masing juga ye.. Setiap orang kulitnya lain-lain dan kesannya juga tak sama bagi setiap individu... Jadi, nak tau berkesan atau tak dengan kulit korang, kenalah cuba sendiri dan rasainya sendiri.. Yang pastinya Wawa Serum ni memang selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit.. So, tak perlulah risau ye.. 

Orite, feedback dari aku korang dah tau.. Jadi, jom kite tengok feedback pengguna Wawa Serum yang lain pula..





Jom Dapatkan Wawa Serum Skin Booster Untuk Tampil Cantik Persis Wawa Zainal

Nak kulit muka cantik macam Wawa Zainal, bolehlah cuba Wawa Serum Skin Booster ni.. Sebelum jual, foundernya dah cuba sendiri tau.. Muka beliau pun dulunya bermasalah jerawat juga.. Lepas guna serum ni, jerawat pun hilang dan kembali cantik... Aku sendiri pun dah cuba.. Alhamdulillah sesuai dan berkesan untuk aku.. Korang bila lagi? Jom sama-sama atasi masalah jerawat.. Manalah tau sesuai dengan korang juga... Apa yang penting, kita cuba.. Tak cuba tak tahukan... Rawat sebelum parah ye.. Hah gitchewww!!



HARGA
RM 59 (15ML)

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Instagram

Contact No.
011-3322 1066


8 comments:

  1. wah. warna warni cecair nyer, lea. nice.
    harga pun ok. affordable.

    ReplyDelete
  2. Lawa pula packaging dia.. jernih lepastu berwarna warni isinya..
    Memang kena ikut kulitkan lea..

    ReplyDelete
  3. Flawless muka lea.. best lah byk benefit serum ni ye

    ReplyDelete
  4. Geram macam nak picit-picit tengok biji-biji warna warni tu Lea..hehe.

    ReplyDelete
  5. teringin nak pakai serum,tapi tulah,tak tau produk yang mana satu..mungkin ini lagi best kot

    ReplyDelete
  6. wah best produk tu tapi akak tak de jerawat tapi mungkin boleh suruh si anak dara cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Oo patutlah muka k.lea flawlesss.. Nak try la sbb skrg muka tgh breakouttt. Sadiss. Huhu

    ReplyDelete