Althea Milk Peel Cream Mask Review

Thursday, November 22, 2018

Althea Milk Peel Cream Mask Review  |  Holaaa guys!! Hey, Althea keluarkan produk baru lagi la uollsss.. Kali ni, mask pula diperkenalkan.. Macam biasa, kalau Althea ada newbaby terujanya lain macam sikit.. Haha!! Mask yang aku maksudkan ni bukanlah sheet mask tetapi Althea Milk Peel Cream Mask... Weiii, menarik gilesssssssss wehhhh!!! Ehh, kejap!.. Cream Mask? Apakah? Haaa kalau nak tahu, kenalah baca sampai ke noktah terakhir ye.. No skip hokeh!.. Ahakzz..

Althea Milk Peel Cream Mask

Mula-mula dapat produk ni aku agak konfius... Ini minuman ke atau mask? Haha.. Comel yakmat wehhh... Baca nama produk pun dah buat aku teruja badak dan tak sabar-sabar nak cuba.. Tengok pulak kotak yang seperti kotak susu tu, ehh, rasa nak minum pulak.. hiks.. Dalam fikiran time tu dah terbayang tekstur produk ni menyerupai susu... Eh! Betul ke? Hehe.. 

Milk Peel Cream Mask ni sebenarnya bertekstur sedikit kasar dan berat seperti tanah liat (Clay).. Bila di apply kat muka, teskturnya menjadi lebih creamy dan apa yang menarik lagi, selepas beberapa saat, ia berubah menjadi bubble halus yang sangattttt milky.. Halussss sangat macam whipped cream.. Haaaa.. Cam nak buat kek pulak ye.. hehe.. Bau pun best tau.. Aku suka baunya.. Tak tau nak describe macam mana bau dia tetapi ia sangat menyenangkan..




Oh ya, Althea Milk Peel Cream Mask ni diformulasi dari protien susu, AHA dan BHA yang dapat menjadikan kulit lebih cerah, halus dan lembap.. Rasanya korang sendiri pun tau kan, protien susu ni sangat bagus untuk melembapkan kulit.. Segala kotoran dekat muka pun dapat disingkirkan tau.. Best gile.. Rasa nak mask satu badan jerk.. Haha!! Dalam Milk Peel Cream Mask ni juga mengandungi Kaolin yang membantu proses detox dan menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat di dalam liang pori muka..

Packaging Super Comel & praktikal

Tentang packaging pula, ofkoslah aku suka sebabnya packagingnya superb comel dan simple.. Ehh bukan itu sahaja tau, botolnya juga sangat praktikal sebabnya didatangkan dalam bentuk pump.. Jadi, tiada pembaziran akan berlaku kecuali korang tekan banyak kali.. Haha.. Over tau!! Satu lagi, botolnya kecik molek mudah dibawa kemana-mana.. Just sumbat dalam bag make-up atau handbag.. Nak bawak time travel pun mudah.. Tak berat dan jimat ruang sebab kecik.. Hehe..


Cara Guna Althea Milk Peel Cream Mask ni sangatlah mudah.. Just pam mask mengikut kuantiti yang diingini dan apply keseluruh wajah.. Terpulanglah sama ada nak pakai tebal atau nipis.. Macam aku, memang pakai nipis aje sebabnya nak jimat.. Haha!! Dah apply dekat muka, urut sampai terhasilnya foam yang halusssss.. Lepas tu bolehlah bilas dengan air suam selepas 30-60 saat.. Hasilnya, kulit muka bertukar menjadi kulit baby.. Haha.. Lembut wehh kulit.. Dah la lembut, wangi pulak tu.. Hiks.. Tapi harus diingat ye, kesan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut jenis kulit.. Kulit kita tak sama deknon..!!

Ok, untuk harganya pula, memang berbaloi-baloi.. Murah sangat bagi aku.. Dah la hasilnya superb terbaik.. Berapa harganya? 


RM 36.00



Untuk dapatkan Althea Milk Peel Cream Mask, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka di https://www.instagram.com/altheakorea/.. Pstttt.. Althea selalu buat sales tau.. Jadi, jangan lupa pakat serbu laman web mereka untuk mendapatkan diskaun hebat.. 


7 comments:

  1. Bestnya Althea Milk Peel Cream Mask

    ReplyDelete
  2. Packaging dia memang comel.. buat hadiah pun ohsem..

    ReplyDelete
  3. dah try pakai kat hidung... terkejut sat bila buih dia tu meletop2... haha... rasa macam muka minum teh tarik... eh... haha

    ReplyDelete
  4. sangat best and fun pakai sebab ada efek buih berkembang dan makin banyak tu. Kulit pun lebih sihat dan cantik

    ReplyDelete