Petal Velvet Sunaway Sunscreen Terbaik Keluaran Althea

Friday, November 16, 2018

Petal Velvet Sunaway Sunblock/Sunscreen Terbaik Keluaran Althea  |  Hello guys!.. Ada yang plan nak pergi berkelah tepi pantai tak hujung minggu ni.. Kalau ada, jangan lupa bawak sunscreen bersama ye supaya kulit korang tak hangussssss dipanah cahaya matahari terik nanti.. hiks.. Dah kebetulan sebut pasal suncreen bagai, ni aku nak share dengan korang semua tentang produk terbaru keluaran Althea iaitu Althea Petal Velvet Sunaway... Bagus tau produk ni.. Nak tahu lebih lanjut, silalah stay sampai noktah terakhir ye.. Ahakz..


Kalau korang perasan, sebelum ni aku pernah share tentang produk keluaran Althea iaitu Bare Essentials dan Real Fresh Skin Detoxer.. Kedua-dua produk ni dah pun menjadi produk wajib bagi aku.. Beberapa bulan lepas Althea Petal Velvet Powders pula dilahirkan oleh Althea dan now, yang terbaruuuuu sekali adalah Petal Velvet Sunaway... Setakat ini produk keluaran Althea tak pernah mengecewakan aku.. Semuanya best-best belaka.. Seriussss baq hang!! Petal Velvet Sunaway ni macam mana pula? Haaa meh aku cite..

Ok, kalau korang nak tahu Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah produk pelindung matahari atau dengan perkataan lain yang lebih dekat dengan hati korang iaitu suncreen... Kalau dulu aku tak amek port sangat tentang sunscreen ni bagai sebabnya aku memang tak suka pakai 'mereka'.. Selalunya kalau pakai sunscreen ni kulit aku akan jadi tak selesa, lemas dan melekit-lekit.. Aku cukup anti dengan produk yang membawa kesan yang melekit.. Rimas tau! Tapi tidak bagi sunscreen dari Althea ni.. Sekali pakai dah jatuh cinta uollsss.. Petal Velvet Sunaway ni sangatlah best sebabnya semasa sapuan, ia memberikan kemasan yang sangat licin dan ringan.. Paling best, tak melekit hokeh!!


Petal Velvet Sunaway Sunscreen Terbaik Keluaran Althea

Sebenarnya pelindung matahari atau sunscreen ni sangatlah penting untuk melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB.. Althea Petal Velvet Sunaway adalah pilihan yang tepat untuk tujuan tersebut kerana ia dihasilkan dari formula tanpa bahan kimia dengan tekstur cecair yang ringan dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF50+ PA++++.. Jangan risau ye, korang yang berkulit sensitif pun boleh menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway ni kerana sunscreen ni sangat mesra pengguna..


Apa yang bestnye lepas apply Sunaway ni, zarah mikro akan menyerap sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit untuk memberikan kesan yang lebih ringan seperti kelopak bunga ia juga bertindak melembapkan kulit dan kulit akan terhidrat sepanjang hari dengan lebih baik..


Petal Velvet Sunaway ni sunscreen lain dari yang lain tau.. Ia tidak akan meninggalkan kesan bayang putih pada kulit seperti sesetengah sublock yang ada dipasaran.. Ini kerana formula penghalang UV tanpa kimia telah diupgrade dengan lebih telus...

Bahan Utama Althea Petal Velvet Sunaway


Althea Petal Velvet Sunaway dihasilkan dengan ekstrak Damask Rose yang berfungsi melembapkan dan melembutkan kulit.. Kalau korang nak tahu, Damask Rose ni adalah bahan semulajadi yang berkomposisi molekul nano yang kaya dengan vitamin bagi membolehkan ia bertindak lebih jauh ke dalam kulit dan sesuai juga untuk kulit sensitif.. Selain itu, ia juga berfungsi menegangkan kulit agar wajah kelihatan lebih berseri..


Althea Petal Velvet Sunaway ini HARUS ADA untuk :-

  • Penggunaan harian - Sesuai untuk mereka yang mencari pelindung matahari yang tahan lebih lama dan kuat untuk kegunaan seharian.
  • Kelembapan kawalan sebum - Sesuai untuk mereka yang ingin pelindung matahari yang boleh melembap kulit, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan bayang putih pada kulit
  • Jenis kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif



Cara guna sangat mudah.. Hanya perlu apply pada wajah dengan lapiran yang nipis pada setiap pagi atau sebelum terdedah pada cahaya matahari. Ingat ye, sebelum guna tu, shake dulu botol Sunaway ni.. Lepas shake barulah apply pada muka.. Hehe..

Althea Petal Velvet Powder

Tak lengkap rasanya kalau hanya memakai sunscreen semata-mata.. Untuk mendapatkan kesan yang lebih ohsem, bolehlah guna Althea Petal Velvet Powder pula selepas mengenakan Sunaway.. Barulah kulit nampak lebih cantik dan sekata.. Dalam pada kite melindungi kulit, apa salahnya kita sempurnakan lagi wajah dengan Petal Velvet Powder ni kan.. Aku cukup suka dengan Petal Velvet Powder ni.. Dulu cuma ada warna putih.. Sekarang dah bertambah dua code lagi..



  • Code #0 Translucent
  • Code #23 Warm Beige
  • Code Pink Lavender
Kalau korang nak tahu, Petal Velvet Powder ni sejenis loose powder yang teksturnya sangat ringan. Bila pakai muka nampak lebih natural tidak seperti memakai compact powder.. Kire lebih kurang natural beauty la gitu.. ekeke.. Powder ni dihasilkan dari bahan semulajadi seperti ekstrak flower seed yang kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit dari dehidrasi dan menjadikan kulit lebih berseri... Selain itu, ia memberi kemasan sutera pada kulit wajah.. 


Serius sebelum ni memang aku tak pernah cuba loose powder sebabnya aku ingat ia hanya bedak serbuk yang tak memberikan kesan apa-apa bila pakai.. Rupanya banyak kelebihan bila kita pakai loose powder ni.. Lepas kenal dengan Petal Velvet Powder ni, aku dah mula jatuh cinta.. Hari-hari mesti nak kene apply sebabnya ia dapat membantu mengurangkan sebum dan sekaligus menjadikan kulit lebih halusss bak sutera.. Hehe..


Nasib baiklah saiz bekas powder ni kecik aje.. Senang la aku sumbat dalam handbag aku yang kecik ni.. Boleh dibawa kemana-mana dan digunakan bila-bila masa.. Kadang tu kalau aku malas sangat nak make up, aku guna Petal Velvet Sunaway dan powder ni aje kat muka.. Senang! Yang penting kulit menten terjaga..


Harga Rangkaian Althea Petal Velvet

RM 53.10

RM 43.00

#0 Translucent - RM 16.00
#23 Warm Beige - RM 16.00

RM 17.00

Untuk dapatkan Althea Petal Sunaway dan koleksi Althea Petal Velvet Powder, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka di https://www.instagram.com/altheakorea/.. Pstttt.. Althea selalu buat sales tau.. Jadi, jangan lupa pakat serbu laman web mereka untuk mendapatkan diskaun hebat.. 


7 comments:

  1. Bila pergi ke laman web Althea ni...part harga tu mampu milik la Lea..nak jimat..dalam masa sama nak jaga kulit wajah insyaAllah Althea boleh jadi pilihan..

    ReplyDelete
  2. Petal Velvet Powder tu nampak menarik..

    ReplyDelete
  3. Aira pun dah try sunscreen tu, memang tak melekit!

    ReplyDelete
  4. Nak etek try hihihi nampak macam best jah tu

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat packaging dia.. Berkenan pula tengok sis lea guna harga jugak berpatutan tu

    ReplyDelete
  6. Suka pakai PV Sunaway tu sebab senang nak apply dan no white cast!

    ReplyDelete