Review Novel | Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid

Friday, November 23, 2018

Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid  | Buku dari Koleksi Tarbiah Sentap memang menjadi bahan bacaan aku sejak dulu lagi.. Cara penyampaian penulis dari Team Tarbiah Sentap tak pernah mengecewakan.. Teguran yang diberikan sangat terkesan dihati.. Tak hairanlah aku seorang pengumpul dan pembaca tegar buku dari terbitan Tarbiah sentap.. Kali ni aku tertarik untuk menghadam sebuah buku hasil karya saudara Aizuddin bin Abdul Hamid iaitu Taubat Yang Tertangguh. Beliau merupakan salah seorang penulis buku, admin dan penceramah motivasi dari Tarbiah Sentap.


Saudara Aizuddin bin Abdul Hamid telah menulis 7 buah buku iaitu Aku Muslim & Britain (Telaga Biru), Kahwin Muda (Telaga Biru), Tamak Pahala (Tarbiah Sentap), Wake Up (Nur El-Hikmah - Kolaborasi penulis), Dealova (Inspirasee - Kolaborasi penulis), Lari Dari Neraka (Tarbiah Sentap) dan Izinkan Aku Mencari Tuhan (Tarbiah Sentap).. Taubat Yang Tertangguh merupakan karyanya yang terbaru..

Aku kategorikan buku ini sebagai novel kerana buku ini ada jalan ceritanya.. Jalan cerita yang sangat menarik.. Aku tergerak hati untuk membaca buku ini setelah aku membaca review salah seorang pembaca buku ini di Goodreads.. Katanya, buku ini banyak memberi pengajaran dan menginsafkan..


Tajuk : Taubat Yang Tertangguh
Penulis : Aizuddin Hamid
Muka Surat : 278
Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd
Tarikh Diterbitkan : April 2018


Sinopsis Taubat Yang Tertangguh



"Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan mesti korang akan pandang hina aku."
- Uzair Akhyar -

"Kadang-kadang, nak tegur orang 'agama' ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan."
- Irfan Azqie -

"Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang."
- Shukri Roslan -

"Bodoh betul orang kita ni, kan? Senang betul percaya cerita pasal syurga, guna imej Islamik, cakap lemah-lembut, semua terus cair. Senang betul jadi penunggang agama. Untung pun banyak."
- Khairudin -

"Awak kena sedar, syaitan takkan hasut kita untuk terus berzina, tapi syaitan akan hasut kita untuk melakukan mukadimah zina terlebih dahulu. Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka."
- Dania Najihah -


Banyak lagi persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ini. Suatu pengalaman yang bakal membawa pembaca menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan.

Review Taubat Yang Tertangguh


Ya, benar... Buku ni memang banyak memberikan aku pengajaran.. Dari satu cerita ke satu cerita membawa mesej untuk kita kutip menjadi teladan.. Kisah Uzair Akhyar yang cukup ilmu agamanya, hanyut akhirnya dengan hasutan syaitan.. Ternyata syaitan pandai membolak balikkan hati manusia untuk melakukan kejahatan..

"Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan"
- Uzair Akhyar -

Dari seorang yang penuh ilmu agama, akhirnya terjerumus dalam ajaran sesat yang membawa dia melakukan maksiat.. Bila di kolej, dia berperwatakan baik dan alim di depan rakan-rakan bagi menutup segala aib yang telah dia lakukan.. Dari satu masalah ke satu masalah dia cipta.. Dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain dia alami..

Dia melarang ikhtilat tetapi dalam masa yang sama dia juga terjebak dalam kancah itu.. Dia menghalalkan perbuatannya dengan memberi alasan ingin membimbing pasangan ke jalan Allah.. Namun, Dania Najihah, wanita yang diingininya itu menolak cintanya kerana masih berpegang teguh dengan ajaran Islam.. Alhamdulillah..

Setelah semuanya jelas, dia kembali ke jalan Allah.. Rakan-rakannya banyak membantu membawa dia kembali ke jalan yang benar...

Itulah serba sedikit tentang buku ni.. 


Iman itu tidak boleh diwarisi.. Syaitan sentiasa bekerja dan berusaha untuk menyesatkan anak Adam.. Orang yang penuh ilmu di dada pun kadang kala terkhayal dengan hasutan syaitan.. Jadi, untuk teguhkan iman, beramallah dengan ilmu dengan seikhlas hati tanpa ada rasa riak, takbur dan ujud seperti Uzair Akhyar... 

Sekiranya kita melakukan kejahatan dan sedar akan kejahatan yang kita lakukan itu, cepat-cepatlah bertaubat.. Janganlah kita menangguhkan taubat.. Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita PENDOSA..

Secara keseluruhannya aku sangat berpuashati dengan jalan cerita novel Taubat Yang Tertangguh ini.. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir tersusun kemas dan tidak membosankan.. Satu persatu plot cerita mempunyai mesejnya yang tersendiri.. 

Ingatlah, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi juga dengan kuasaNya.. Yang beriman tidak lagi beriman, yang pendosa tidak lagi terus berdosa.. 


Rating & Cadangan


Rating : ðŸŒŸ 🌟 🌟 🌟

Aku suka konsep penceritaan buku ni.. Tidak hairanlah ramai yang memberi feedback yang positif tentang buku ni antaranya di Goodreads dimana kita dapat membaca review dari setiap pembaca..

Banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ni.. Jadi, korang kena baca sendiri dan ambil pengajaran yang ada dalam novel ni.. Dengan membaca novel ini, korang akan dibawa menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan. Aku yakin, korang tidak akan berhenti membaca hingga helaian yang terakhir..

Syabas buat penulis.. Aku doakan agar penulis dapat menghasilkan lagi karya terbaik seperti ini untuk para pembaca mengutip pengajaran di dalamnya.. 

Aku sangat recommend korang baca buku ni..


5 comments:

  1. Kalau Lea kata best, nak kena masuk dalam list nampaknya..

    ReplyDelete
  2. Tarbiah Sentap ni memang terus ke hati wehhh

    ReplyDelete
  3. kalau la sempat bestnya layan novel. huhu.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak membeli buku. Bagus juga tarbiah sentap macam ni

    ReplyDelete