Sambut Birthday Encik Suami Dengan Domino's Pizza Sempena Kempen It's All About You

Monday, November 5, 2018

Sambut Birthday Encik Suami Dengan Domino's Pizza Sempena Kempen It's All About You  |  Semalam 3 November 2018 birthday encik suami.. Nak keluar makan, rasa amat malas nak bersiap-siap.. Kebiasaannya memang kami akan celebrate di luar.. Tapi kali ni kemalasan telah melanda, jadi kami decide untuk makan-makan dekat rumah sahaja.. Kebetulan pulak tekak ni nak makan pizza.. So, kami decide untuk order Domino's Pizza sahaja secara online dan encik suami pick up di restoran mereka..


Kalau korang nak tahu, Domino's Pizza ni merupakan makanan feberet aku.. Tak sah kalau dalam sebulan tu aku tak pekene Domino's Pizza.. Mesti nak kena makan jugak.. Paling teruk pun 2 bulan sekali.. Tapi rasanya tetiap bulan pun aku akan pekena pizza di Domino's ni.. Haha!!

Biasanya aku akan terus walk in aje.. Tapi kali ni, encik suami malas nak menunggu lama, jadi, order secara online dan terus pick up aje kat sana.. Tak perlu lagi nak beratur untuk order.. Lagi pun kalau order secara online ni, kita boleh pilih time nak pick up pukul berapa.. Jadi, mudah la nak atur masa kalau korang terlalu sibuk..


Sekarang ni, Domino's sedang melancarkan kempen It's All About You dimana melalui kempen ini pihak Domino's ingin berkongsi rasa gembira dan menghargai pelanggan setia mereka yang selama ini menyokong Domino's dari dulu hingga kini.. Korang jangan tak tahu ye, Domino's sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun bermula tahun 1997 hinggalah sekarang... Domino's di USJ Taipan, Subang Jaya merupakan cawangan pertama mereka pada tahun 1997 dan sehingga kini telah tertubuhnya 223 cawangan kesemuanya malah dijangka akan bertambah sehingga 240 cawangan menjelang akhir tahun ini.. Wahhh syabas Domino's.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan..

Aku berharap agar Domino's terus berkembang maju supaya aku dapat merasai kenikmatan pizzanya secara berterusan.. Haha!! Sedap wehh!! Satu lagi aku suka, bila aku pergi walk in, pekerjanya sangatlah mesra dan kita yang nak mengoder ni pun rasa seronok jerk.. Selalunya aku akan menjadi pelangga Domino's, Taman Tas kerana berhampiran dengan rumah dan tempat kerja aku.. Hiks..


Inilah hasil tangkapan aku kali ni sempena besday encik suami.. Habis ke?? Haha.. Apa yang bestnye Domino's ni, mereka selalu akan mengadakan promosi.. Jadi, time promosi tu memang aku akan order macam-macam.. Ikut nafsu sangat kau!! Nak lagi jimat sejimat jimatnya, uols bolehlah beli Express Card.. Untung kau!! Pemegang kad ini, korang akan dapat menikmati promosi BELI 1 PERCUMA 1 untuk sepanjang tahun.. Kenyang ko setahun... Haha!! Oklah, jom tengok muka-muka happy kami menikmati Domino's Pizza super sedap ni..

Sambal Veggie with Cheddar Cheese Tarik

Extravaganzza with Classic Hand Tossed

Smoky Beef & Chick with Classic Hand Tossed

Chicken Wings Hot & Spicy
Untuk Sambal Veggie tu bersaiz Regular.. Keraknya aku pilih Mozarella Cheese Tarik.. Uihh kemain banyak lagik cheese dalam kerak dia wehh.. Untuk Extravaganzza dan Smoky Beef tu aku pilih yang saiz small aje.. Kalau pilih regular jawabnya tak habisla.. Makan 3 orang jerk kot.. Nampak jerk 3 orang sebenarnya, yang betul-betul makan, aku dan encik suami jerk.. haha.. Chicken Wings Hot & Spicy tu ternyatalah aku salah order.. Huhu.. Aku nak order Chicken Wings BBQ.. Sekali terorder yang ni.. Haha.. Padan muka aku.. Main tekan aje tak tengok dulu apakah menunya.. hiks..

Best pizza, katanye..
Kemain lagik encik suami makan.. Kalah anak.. Hehe


Gambar aku mana? Hehe kan dah cakap aku malas nak bersiap.. Jadi, tak de la aku dalam gambar ini.. Kiki... Alah nama lagi sambut birthday encik suami kan.. hehe.. Apa-apa pun, thankz to Domino's kerana berjaya menghasilkan pizza yang lazat dan enak untuk santapan kami sekeluarga dengan harga yang super duper terbaik.. Kenyang setaman kami sekeluarga.. Semoga Domino's terus maju dan berjaya..

#DominosMy
#ItsAllAboutYou

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-



15 comments:

  1. Wow sedapnya dominos.. happy birthday buat suami lea

    ReplyDelete
  2. Seronokknya sambut birthday dengan Domino's pizza.. Sesuai sangat kan jamu pizza.. 😍

    ReplyDelete
  3. wow banyak nya.. kenyang berganda2!! :D

    ReplyDelete
  4. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  5. sukanya anak kak makan pizza tu ceria hihihi,,, happy belated besday suami akak

    ReplyDelete
  6. aduh sedapnya! rasa macam nak order je japgi huhuhu

    ReplyDelete
  7. happy en suami...dominos sedap wehhh

    ReplyDelete
  8. gembiranya dapat makan pizza anak2 akak.. memang sedap pizza ni nak kena pergi makan gak

    ReplyDelete
  9. seronok dapat makan bersama keluarga tersayang kan

    ReplyDelete
  10. Bestnya makan domino's bersama yang tersayang

    ReplyDelete
  11. Sedapkan pizza Domino, dia punya topping perghh 👍👍👍

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  12. Aduhhhhh. Dah lame nie tak mkn dominos.

    ReplyDelete