Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi

Wednesday, September 4, 2019

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi  |  Menjadi tradisi apabila menjelangnya cuti persekolahan yang berlangsung di salah satu hotel mewah terbaik, Ancasa Hotels & Resorts telah merangka satu program khas sempena cuti persekolahan. Pada 01 Disember 2018 yang lalu telah diadakan program tahunan anjuran Ancasa Hotels & Resort menyaksikan cef-cef cilik beraksi menunjukkan bakat dalam bidang Kulinari dan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi


Program yang dikenali sebagai AnCasa Junior Chef ini merupakan program tahunan Ancasa Royale Pekan Pahang dan tahun ini merupakan penganjuran kali ke – lapan dengan kerjasama ADABI yang bertujuan untuk memupuk budaya minat memasak dalam diri anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi. Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun bertepatan dengan perumpamaan melayu iaiti ‘Meluntur Buluh Biar Dari Rebung’. Pada peringkat umur begini, kanak-kanak mudah untuk menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membantu membentuk sahsiah dan jati diri yang positif dalam diri mereka.

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi

Program yang ditunggu-tunggu oleh warga pekan ini menyaksikan cef-cef cilik beraksi mempamerkan kereativiti mereka dalam menyediakan menu yang ringkas lagi berkhasiat iaitu ‘Chicken Spaggethi Carbonara’ serta membuat dekorasi kek sambil dibantu oleh cef-cef Ancasa Royale Pekan Pahang. Pada masa yang sama, cef-cef cilik diberikan pendedahan tentang penyediaan makanan sihat dan seimbang bertepatan dengan menu yang disediakan pada kali ini. Memang lain betul pengalaman mengadakan acara di hotel terkemuka ni kan. Kemudahannya lengkap, beza benar dengan hotel murah.

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi Dengan Kerjasama Adabi




Selain dari Program Junior Chef, Ancasa Royale Pekan menampilkan kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menganjurkan program Zumba bersama ‘Coach’ Zana, Karnival Makanan serta ‘inflatable bouncer’ untuk kanak-kanak. Lebih menarik lagi, program derma darah serta pemeriksaan kesihatan secara percuma dengan kerjasama Hospital Daerah & Jabatan Kesihatan Daerah Pekan turut diadakan bagi memberikan pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan kepada orang ramai yang hadir dan seterusnya memeriahkan lagi program Ancasa Junior Chef.


Menurut Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar Ancasa Royale Pekan Pahang, ‘Ancasa Junior Chef adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan. Daripada program ini, ibu bapa dan anak-anak secara tidak langsung dapat mewujudkan ‘family bonding’. Pada tahun ini juga, Ancasa Royale telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan pelbagai program-program menarik seperti Aerodance, pemeriksaan kesihatan serta karnival makanan bagi mendekatkan diri dengan penduduk sekitar Pekan dan beramah mesra dengan komuniti di negeri Pahang khususnya Daerah Pekan.

Turut hadir sama meriahkan program tersebut adalah wakil dari ADABI serta pihak pengurusan Ancasa Hotels & Resorts.


Sebagai penghargaan kepada para peserta, pihak penganjur juga telah menyediakan lampiran resipi, apron dan topi chef serta hamper sumbangan dari pihak ADABI kepada kanak-kanak ini. Sijil Penyertaan turut diberikan pada akhir program ini.



6 comments: