Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Sempurnakan Hariku | Naik tensen aku dengan Althea ni... Baru saja keluarkan produk baru-baru ini, now keluar lagi produk baru.. Ni semua nak kasi bocor lagi la ni poket aku.. Dah la semua produk Althea ni best-best belaka dan sesuai dengan kulit aku.. Haissss.. Serius weh, produk keluaran Althea semuanya terbaik... Aku memang tak boleh berkata 'tidak' dengan produk keluaran Althea ni.. Mesti nak kena beli.. Yang terbaru Althea mengeluarkan haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist.. Wooooo, aku sangat suka hokeh! Jom aku kenalkan kat korang..
Kalau nak keluar pergi jenjalan, bersiap bukan main lagi.. Dengan makeupnya, tudung belit-belit, baju vouge-vouge, pendek kata semuanya sempurnalah.. Sekali pandang, perghhh kalah artis uollss... Tetapi, yang menjadi spoilnya, bile dok aje sebelah perghhh bau badan kalah tong sampah.. Agak-agak la kan, bau badan pun nak jugak kena jaga setanding dengan penampilan kita... Jangan disebabkan bau badan kita, habis semua lari bertempiaran tak nak dekat dengan kita.. hehe..
Jadi, aku nak kenalkan kat korang haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal yang boleh menyempurnakan hari-hari anda.. Cewahh dah cam iklan tv aje kan ayat aku.. Haha!!
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Sempurnakan Hari
Ok untuk pengetahuan korang semua, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan kolaborasi antara Althea dengan Titi Kamal.. Kenal tak Titi Kamal? Bagi yang belum mengenali beliau, jom kenali serba sedikit tentang beliau..
Titi Kamal bukan sahaja cantik malah beliau merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia dan beliau juga berbakat besar dalam dunia fesyen dan gaya... Satu lagi, beliau adalah seorang ikon kecantikan bagi peminatnya di seluruh Asia Tenggara... Disebabkan itu, mereka terpanggil untuk bekerjasama bagi memperkenalkan Titi Kamal x Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist kerana mereka memahami kehendak pengguna masa kini.. Oh ya, body mist ni merupakan body mist pertama keluaran Althea..
Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist ini sangat ringan aromanya yang berasaskan daripada buah dan bunga kegemaran Titi Kamal sendiri iaitu Orange, Peach dan juga Rose. Yang pastinya baunya manis dan sangat segar.. Aku suka weh bau dia.. Satu lagi yang bestnya, body mist ni tidak melekit ye.. Jadi, bila kita sembur ke badan, ia cepat kering dan sangat selesa..
Bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist ini adalah :-
- Damask Rose Water - Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut
- Sweet Orange Oil - Bau yang cukup menyegarkan
- Elder Flower Extract - Selain memberi bau feminin, ia turut menyejukkan dan melegakan kulit
Satu lagi yang aku suka tentang Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, packagingnya cantik dan comel.. Dengan saiz botolnya yang tidak sebesar mana, ia mudah dimuatkan ke dalam bag tangan dan boleh dibawa kemana sahaja.. Jadi, bila-bila masa diperlukan, ainya dah tersedia di dalam handbag.. Kasi sembur saje.. Haha!!
Macam aku sendiri, setiap hari aku akan pastikan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ada dalam handbag aku.. Kalau tertinggal satu hari, maka rasa tak lengkaplah hari tersebut..
Cara gunanya sama sahaja seperti body mist yang lain.. Selepas mandi, bolehlah semburkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni pada badan secara ringan untuk mendapatkan kesegaran sepanjang hari.. Harga untuk sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ni hanya RM35.00 sahaja untuk 100ml..
Untuk dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist ini, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka untuk info lanjut di https://www.instagram.com/altheakorea/
waaahhh.. mesti wangi ni :)
ReplyDeletefuhhh..tobat pakai rasa macam artis..hiihihi.,...bau wangi..keyakinan bertambah laa kan,,
ReplyDeleteLiez suka giler... tiap kali mandi mcm kebiasaan mesti sembur dkt badan... fresh baunya.. bila bgn pagi pun still bau ada
ReplyDeleteBetul Lea...bukan sahaja penampilan perlu dijaga walau sederhana...bau badan juga sebolehnya diambil kira.
ReplyDeleteMewangi la kak lea lepas ni.. Kan semua produk althea terbaik la
ReplyDeletemampu milik ni
ReplyDeleteSuka bau dia n harga pun affordable ...
ReplyDeleteweih mcm best. pos kat alamat mek se. hahahahha
ReplyDeleteMesti sweetkan bau dia..
ReplyDeleteKinah pun jatuh cinta dengan body spray mist ni. Dah jadi kewajipan lepas mandi kena spray dulu
ReplyDeleteMemang sedap bau body mist ni tau
ReplyDeleteyang ni myra pun suka bau dia~ dah la bau rose!
ReplyDeleteBtw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D
Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019