Garam by Ruwi Meita | Sebuah lagi novel dapat aku habiskan.. Garam karya dari penulis seberang, Ruwi Meita.. Novel ni sebenarnya agak terkenal dikalangan pembaca novel fixi.. Banyak juga review yang aku baca tentang novel Garam ni terutamanya di Goodreads.. Memandangkan reviewnya sangat bagus dan menarik, aku terpanggil untuk membeli dan membacanya sendiri.. Tapi awas ye, novel ini untuk pembaca yang matang sahaja.. Mereka yang dibawah umur tidak digalakkan membaca novel ini hehe..
Garam merupakan penulisan pertama Ruwi Meita yang aku baca.. Ruwi Meita ialah seorang penulis Indonesia yang telah menghasilkan banyak novel dalam genre seram, thriller, cinta dan misteri. Antara novelnya adalah seperti Rumah Lebah (2008), Cruise Chronicle (2013), Kamera Penghisap Jiwa (2014), Misteri Patung Garam (2015) yang terbit di Malaysia sebagai Garam (Buku Fizi, 2016) dan banyak lagi..
Tajuk : Garam
Penulis : Ruwi Meita
Muka Surat : 284
Penerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.
Tahun Diterbitkan : Julai 2016
Sinopsis Garam
Seorang pemain piano di Surabaya ditemui mati terduduk di hadapan pianonya dengan bibir terjahit. Biji mata dicungkil, meninggalkan lubang hitam yang amat mengerikan. Rambut palsu merah panjang menutupi kepalanya. Sementara otak dan organ-oragan tubuhnya telah dikeluarkan secara paksa.
Kulitnya pucat seputih garam. Tidak, tidak sekadar seputih garam. Tetapim seluruh tubuhnya itu benar-benar dilumuri adunan garam.
Inspektor Kiri Lamari, penyiasat kes ini terus dihantui lubang hitam mata pemain piano. Mata yang mengingatkan Kiri Lamari akan mata ibunya. Yang juga dia temui tak bernyawa puluhan tahun lalu.
Garam? Kenapa garam?
Review Garam
Sebenarnya aku beli buku ni dah lama cuma aku tiada keberanian untuk membacanya.. Now, aku beranikan diri untuk hadam buku ini.. Alhamdulillah aku dapat habiskannya dalam masa yang singkat sahaja..
Sangkaan aku jalan ceritanya biasa-biasa sahaja tidaklah segerun mana.. Rupanya sangkaan aku itu meleset sama sekali kerana novel ini berkisarkan kisah pembunuhan kejam.. Semasa membaca novel ni, aku dapat bayangkan bagaimana setiap kejadian itu berlaku.. Seolah-olah ianya berlaku didepan mata aku.. Paling tepat, seperti aku sedang menonton movie omputeh yang berkisahkan pembunuhan kejam.. Huiiii.. Sangat mencabar jiwa aku yang agak rapuh ini.. Wahaha!
Dari satu kisah pembunuhan ke satu kisah pembunuhan, kronologinya semua sama.. Ia dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yang menjadikan garam sebagai bahan utama dalam setiap pembunuhan yang dilakukannya.. Baginya, setiap pembunuhan kejam yang dilakukannya dengan mengawet mayat dengan menggunakan garam, sebagai penghapus dosa.. Mangsanya semuanya orang yang terkenal dan berjaya dalam kerjaya..
Setiap apa yang terjadi pasti ada penyebabnya.. Begitulah juga dengan si pembunuh ini.. Ada sisi gelap disebalik kehidupannya yang menyebabkan dia terdorong untuk melakukan perbuatan kejam itu.. Ia bermula dari aturan hidup yang dia sendiri tak impikan yang telah diaturkan oleh ibunya sendiri menyebabkan jiwanya tertekan dan terus terjerumus dalam dunia penuh kekejaman..
Seorang inspektor yang berkaliber yang digelar sebagai Si Penghidu Jejak telah berjaya membongkar segala kegiatan si pembunuh dan sekaligus berjaya menangkapnya walaupun pada awalnya nyawa sendiri dalam bahaya.. Dia berjaya menghubung kaitkan setiap petunjuk yang dia dapat sehinggalah tertangkap si penjenayah tersebut..
"Ada bunga yang kembang di waktu pagi. Ada yang kembang di malam hari.
Dan ada bunga yang mekar sepanjang hari. Tapi tak ada bunga yang tumbuh di kaki.
Bunga tumbuh di tempat yang tidak diganggu, sedangkan kaki memijak tanah.
Tahniah, anda telah membasuh kehidupan orang melalui kaki mereka
sepertimana aku membasuh dosa manusia yang kehilangan langkah.
Dari, S."
Petunjuk yang terakhir yang menyebabkan tertangkapnya Matari yang menyamar sebagai saudara kembarnya Rahardian untuk mengaburi pihak berkuasa.
Cerita novel ni memang best.. Kalau baca review aku ni korang rasa tak puas hati, haaa wajib kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir ye.. Ternyata novel Garam ini tak mengecewakan aku.. Jalan ceritanya sangat menarik dan mendebarkan... Setiap plot disampaikan dengan teliti dan sehingga aku tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Yang pasti, sangat mendebarkan hokeh!
Rating & Cadangan
Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟
Novelnya tidak terlalu tebal dan yang pastinya tidak membosankan.. Dalam novel ni juga terselit kisah cinta dan kekeluargaan.. Ada konflik dalam hubungan mereka dimana ianya perlu dirungkaikan supaya hubungan cinta mereka bersatu..
Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik sekali.. Setiap plot pasti memberi debaran kepada pembaca.. Moga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih mendebarkan dimasa-masa akan datang..
menarik. mesti jalan ceritanya cerita cara kena bunuh cungkil biji mata, and kita yang baca terbayang2 macam depan mata >.< rasa cam citer saw pun ada gak..
ReplyDeletekisah pembunuhan yang misteri patut la cover rambut panjang merah hihihi.. menarik gak novel ni bila baca review
ReplyDeletemenarik jalan cerita dia buat tak sabar nak habis baca dan tahu kesudahannya kan
ReplyDeleteJalan cerita dan penyiasatan yang dibuat memang ohsem..
ReplyDelete