Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah

Wednesday, January 9, 2019

Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah  |  Semakin meningkat usia, semakin kelihatan garis-garis halus dan kedutan di wajah sekiranya tidak dijaga dengan betul... Pelbagai produk ada dijual di pasaran bagi tujuan tersebut.. Tetapi, adakah ianya berkesan? Haaa, kalau  tak cuba tak tahu kan.. Paling penting yang perlu korang tahu, setiap produk kesannya berbeza-beza bagi setiap individu.. Ada yang berjaya dan ada juga sebaliknya.. Jadi, pilihlah yang bersesuaian dengan kulit muka dan diyakini selamat digunakan..


Kalau sebut Murad rasanya ramai yang dah familiar dengan jenama terkenal ni kan.. Bagi aku sendiri, aku yakin dengan produk keluaran Murad ini kerana ianya selamat digunakan dan telah diuji secara klinikal..  Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu lagi produk Murad iaitu Dew A Little Travel Pack.. Bila saja sebut perkataan Murad, aku memang agak teruja untuk mencubanya sebabnya produk Murad ni memang best dan sesuai dengan kulit muka aku.. Lagi pula, kali ni ia didatangkan dalam bentuk Travel Pack dimana packagingnya yang kecil dan comel mudah dibawa kemana sahaja.. 

Kalau korang nak tahu, Murad Dew A Little ni teksturnya sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Tak perlu risau dengan kesan melekit kerana ia tidak meninggalkan kesan melekit sama sekali pada kulit.. Kulit pun jadi selesa.. 


Kelebihan Murad Dew A Little Travel Pack
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air 
  • Penghidratan selama 24 jam dan tahan lama
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah
  • Sesuai untuk light travel
  • Melembapkan kulit wajah


Bahan-Bahan Utama Murad Dew A Little
  • Ekstrak Kelapa - Mengekalkan kelembapan dengan lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan menjadikan tekstur kulit lebih licin serta kelihatan lebih muda
  • Asid Hyaluronik -  Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh kedalam permukaan kulit bagi tujuan penghidratan yang lebih baik dan tahan lama
  • Mentega Shea, Alpukat, Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun - Membantu memulihkan kelembutan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

Bahan - bahan lain yang terkandung dalam Dew A Little Travel Pack

Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate


Murad Dew A Little ni sesuai digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira sama ada jenis kulit normal, kering, kombinasi ataupun sensitif.. Semuanya sesuai menggunakannya.. Jangan risau ye, produk ini tidak mengandungi paraben, sulfat, phthalates dan juga gluten.. Jadi ianya selamat digunakan..


Cara Guna Murad Dew A Little

Murad Dew A Little ini boleh digunakan pada waktu pagi dan juga malam.. Caranya, urut secara perlahan dan ratakan keseluruh kawasan muka, leher dan dada.. Kalau pada waktu siang tu, lepas guna Dew A Little ni, korang bolehlah apply pula Sunblock Murad untuk melindungi wajah korang daripada sinar UV...


Apa Kata Aku Tentang Murad Dew A Little

Yesss aku suka! Memang sejak dulu lagi aku percaya dengan produk Murad ni.. Cumanya kalau nak pakai berterusan, memerlukan modal yang agak tebal jugalah.. Haha!! Almaklumlah produk bagus, seharusnya harganya juga exclusive kan.. Nak cantik kenalah berkorban sikit.. Tak gitu? 

Selepas 2 minggu aku guna Murad ni, memang banyak perubahan dan paling ketara, garis-garis halus dekat muka aku ni dah berkurangan.. Serius aku suka produk ni.. Nampaknya lepas ni aku kena spend duit lebih sikit la untuk jadikan produk ni salah satu rutin penjagaan wajah aku.. Huhu.. Bagi korang yang mengalami masalah garis-garis halus, kedutan, kulit kusam dan kering, bolehlah cuba produk ni ye.. Aku sangat recommend.. Nak cantik kenalah jaga dari sekarang.. Ye dak? 

Bagaimana untuk dapatkannya?


Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram


5 comments:

  1. makin muda remaja la lea..:)

    ReplyDelete
  2. pernah dengar brand nie tapi tulah agak mahal lah jugak kalau nak beli

    ReplyDelete
  3. Wah.. Wah.. makin sweet and chomel lah cik lea kita nie..

    ReplyDelete
  4. wahh ni la bodyguard terkini la ya...

    ReplyDelete
  5. size comel..
    boleh selit dalam mekap pouch..

    ReplyDelete