Simple Makeup Dengan Althea Makeup Collection | Hey! Kalau korang perasan, bukan selalu aku share produk makeup di blog aku ni.. Haaa kali ni dengan penuh terujanya aku nak share dengan korang semua produk makeup pilihan aku dan akan menjadi feberet aku juga selepas ni ofkoslah makeup collection dari Althea Korea..
Althea Makeup Collection |
Kalau sebelum ni, Althea keluarkan produk skincare seperti cleanser, toner, mask, body mist, sunscreen dan sebagainya. Now, Althea Korea sekali lagi mengeluarkan baby barunya iaitu rangkaian produk makeup dari jenamanya sendiri.. Aku excited wehh nak cuba produk makeup mereka.. Althea makeup collection kali ni datang bersama-sama Happy Lunar New Year box.. Makeup best, kotak pun cantik sangat.. Lagi la teruja!! Apa ada dalam Happy Lunar New Year box tu?
- BCL X Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise
- Althea Flawless Creamy Concealer (4 shades)
- Althea Spotlight Eye Glitter (2 shades)
- Althea Watercolour Cream Tint (4 shades)
- Althea Skin Relief Spot Film Gel
Kali ni, Althea berkolaborasi pula dengan seorang penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari (BCL) dalam menghasilkan Eye Palette Sunrise & Moonrise.. Sepertimana ramai tahu, BCL juga merupakan seorang ikon kecantikan dan fesyen.. Eye Palette ini mempunyai 8 pilihan warna yang sangat menarik dan lengkap dengan shimmer, glitter dan matte.. Paling best, teksturnya lembut dan sangat mudah untuk diblend... Aku yang jarang-jarang makeup ni pun rasa geram jerk dengan warna-warna yang ada.. Firstime tengok tu pun dah tak sabar-sabar nak cuba.. Hehe..
Real Colour Eye Palette Sunrise & Moonrise |
Aku suka dengan packagingnya.. Dari kotaknya yang berbunga-bunga seindah Bunga Cinta Lestari dan casenya juga sangat exclusive.. Cuma satu aje, nape tak de berus untuk sapuan.. Nak berusssss!! Haha.. Ok, sebenarnya kalau tak de berus pun, boleh jerk guna jari sebab teksturnya lembut dan mudah di sapu..
Tak pandai sangat makeup tapi aku cuba yang terbaik.. Hiks! |
Harga : RM 140.00
Beli disini : https://my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl
Althea Flawless Creamy Concealer
Yeyyy akhirnya aku dapat juga memiliki concealer pelbagai warna... Althea Flawless Creamy Concealer ini didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu :-
- #01 Vanilla
- #02 Ginger
- #03 Honey
- #04 Mocha
Concealer ini mengandungi Aquaxyl (derived from birch tree sap) untuk melembap dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit sementara sifatnya yang tahan lama membolehkan ia tetap di wajah sepanjang hari.. Dengan memakai concealer dari Althea ni, halangan kelembapan akan terhasil pada kulit dan menghalang dehidrasi.. Jadi, makeup tak mudah retak ye... hehe..
Aku suka teskturnya yang creamy dan sangat ringan.. Coveragenya pun sangat bagus uollss... Habis semua mata panda aku hilang.. Hehe.. Packaging pun masyaallah comel sangat dengan berus yang cute... ok, untuk memastikan ianya berkesan untuk menutup cela, cara penggunaanya juga haruslah betul ye..
Kasi tutup mata panda.. hehe. |
Cara Guna : Calitkan concealer di kawasan yang hendak ditutup celanya seperti di bahagian mata, hidung dan di bahagian yang tercela.. Kalau ada jerawat ke, parut ke, boleh calit sekali kawasan tu.. Kemudian ratakan dengan jari atau span.. Warna cerah boleh digunakan pada bahagian mata manakala tona lebih gelap boleh buat kontur muka..
Harga : RM 15.00
Beli disini : https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer
Althea Spotlight Eye Glitter
Althea Spotlight Eye Glitter ni pula didatangkan dalam 2 warna iaitu #01 Gold Light dan #02 Pink Light... Eye Glitter ini juga bertekstur creamy dan ianya serba guna.. Boleh blend dibuat eyeshadow, boleh juga dijadikan eyeliner (glam u!!) atau boleh juga buat highlight... Mengikut kesesuaian dan keselesaan sendiri.. Apa yang penting, bila pakai dapat effect liplap liplap!! hehe.. Serius, lawa sangat warna dia weh!!
Packagingnya juga sangat comel bersekali dengan berus eyeliner.. Teksturnya juga sangat mudah diblend untuk digunakan sebagai eyeshadow..
Harga : RM 24.00
Beli di sini : https://my.althea.kr/spotlight-eye-glitter
Althea Watercolour Cream Tint
Maka bertambahlah koleksi tint aku.. Althea Watercolour Cream Tint mempunyai 4 pilihan warna yang sangat menarik.. Tint collection kali ni lebih kepada red shades.. Apa yang bestnye tint dari Althea ni, ia tak mengeringkan kulit dan long-lasting... Time nak makan tu, tak perlu risau dah warna lipstik ilang.. Hehe.. packagingnya pun super cute.. Aku suka!! Nak bawak kemana-mana pun senang..
4 pilihan warna :-
- #01 Plum Cream
- #02 Strawberry Cream
- #03 Peach Cream
- #04 Marron Cream
Althea Watercolour Cream Tint ini mengandungi asid hyaluronik dan squalene untuk bibir kekal hydrated dan tidak mengelupas.. Ia mudah diapply kat bibir dengan hanya satu atau dua sapuan dah boleh mencantikkan bibir.. Warnanya juga sangat bold.. Nak kasi bold, boleh apply banyak sikit manakala nak nampak lebih light, apply sedikit aje.. Semua boleh ejas bohhh!!
Yang ni aku pakai code warna #03 Peach Cream |
Harga : RM 20.00
Beli disini : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint
Eceli, Althea Skin Relief Spot Film Gel ini digunakan untuk merawat kulit terutamanya jerawat pada wajah kerana ia mengandungi minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinus.. Dihasilkan dalam bentuk gel dimana ia mampu melega dan merawat sambil melindungi kulit daripada pencemaran luaran.
Teksturnya mudah meresap ke dalam kulit dan boleh dipakai sebelum makeup.. Masa sapu gel ni kat muka, aku dapat rasa sedikit sejuk mint gitu.. Selesa jerk! Jangan risau, gel ni sesuai untuk semua jenis kulit..
Cara guna : Apply di kawasan yang diperlukan secara nipis dan biarkan kering selama kira-kira 5 minit.. Pastikan ianya benar-benar kering sebelum mengenakan sebarang makeup pada wajah.
Harga : RM 19.00
Beli disini : https://my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel
My Simple Makeup With Althea Makeup Collection
My Simple Makeup Dengan Althea Makeup Collection |
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Althea,
boleh terus terjah ke laman web mereka di :-
Website : http://my.althea.kr/
Untuk info lanjut, boleh ikuti mereka di :-
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/
wow..cantiknya lea..:)
ReplyDeleteCantiknyaaa sista makeupppp..
ReplyDeleteNak lipstick satuuuuu
Comel-comel-comel.
ReplyDeleteSimple je tapi hasilnya..best.
Comel je lea make up...best kan guna make up Althea
ReplyDeletecantiknyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecantik2 main2 makeup ngan product althea
ReplyDeleteWow..lawanya
ReplyDeletewow wow cantik nya kak lea
ReplyDeletenampak simple dan menarik....cun..
ReplyDelete