Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland

Sunday, March 10, 2019

Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland  |  Hollaaaa!!! Hey, hari ni aku nak share dengan korang semua tentang contact lens super duper cute dari jenama Barbie Eyesland.. Serius weh, designnya sangat cantik dan menarik.. Sampaikan aku pun rambang mata nak pilih yang mana satu.. Oh ya, aku sebenarnya tiada masalah rabun pun, tetapi aku tetap obses dengan contact lens ni hanya untuk melaram sahaja.. hehe.. Kalau dulu time bujang, memang contact lens ni adalah benda wajib ada.. Now, aku guna untuk bergambar dan sekali sekala pergi jenjalan.. Hehe.. Tengok orang bermata cantik, aku pun nak jugak.. Hiks..


Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland

Memandangkan aku dah lama tak memborong contact lens, baru-baru ni aku terlebih excited memilih contact lens di website Barbie Eyesland.. Macam-macam design dok ada.. Bukan tu aje, malahan banyak pilihan warna sampaikan aku sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu sebabnya semua lawa-lawa belaka... Ok, aku memang tak de masalah rabun, so aku tak perlu pilih power.. Maka aku ambil saja yang 0 power.. Yang mana ada masalah rabun, korang tak perlu bimbang kerana korang boleh pilih power mata dari 0 - 800..


Nampaknya aku tak boleh lari dari memilih warna grey dan brown.. Ini adalah warna wajib aku.. Rasanya untuk warna lain setakat ni aku tak berani lagi pakai.. Risau tak sesuai dengan muka aku.. So kali ni aku memilih design Oh My Spark Grey 14.5mm (2 pcs) dan juga Adore Brown 16mm.. Kenapa aku ambil design Oh My Spark Grey 14.5mm sampai 2 unit? Haaa sebabnya aku suka design ni.. Jadi, aku buat stock 1 unit.. hehe.. Untuk Design Eclipse Brown tu pula, bukan yang aku sebenarnya.. Hehe.. Itu yang kawan aku punya dimana dia hanya menumpang beli bersama aku.. So, tak dapatlah nak tengok design tu aku pakai ye.. Maybe nextime aku beli yang tu pulak.. Nampak macam cantik jerk.. Hiks...

Kalau nak diikutkan, banyak yang aku berkenan.. Memang rambang mata aku dibuatnya.. Ada juga yang aku minat tetapi untuk power 0 dah habis.. Tak pe, nextime kite boleh order lagi.. Orite, untuk lens diameter pula ia bermula dari 14mm sehingga 16.5mm.. 


Sebenarnya aku lebih suka yang diameternya besar sebab bila pakai, boleh dapat efek mata besar.. Almaklumlah mata tak berapa nak besar kan.. Hiks.. Tetapi, untuk diameter besar yang aku berkenan banyak dah habis.. So, terpaksa la memilih yang lebih kecil.. Melekat jugak la satu yang bersaiz 16mm.. Ahakz..

Servis Penghantaran Di Barbie Eyesland


Orite, untuk order kali ni aku sangat berpuashati dengan servis penghantarannya kerana sangat cepat.. Shipped out mereka dalam masa 24 jam dan hanya mengambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja bagi penghantaran dalam Malaysia.. Manakala untuk penghantaran ke Singapura pula mengambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja... Pantas kan!

Lagi best di Barbie Eyesland ni, kos penghantaran bagi semua item adalah FREE SHIPPING untuk Malaysia dan RM25 untuk Singapura.. Untuk kaedah pembayaran pula, korang boleh guna ipay88 atau PayPal.. Mudah sangat..

Packaging Yang Menarik


Ok, untuk setiap pembelian di Barbie Eyesland, barang akan dihantar dalam bungkusan yang bagus dan selamat.. Contact lens akan diletakkan di dalam kotak untuk memastikan ianya selamat.. Manakala untuk packaging contact lens itu sendiri, aku boleh katakan ia super duper cute.. Ia didatangkan dalam botol yang comel dan kedap udara bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti contact lens itu terjaga dengan baik.. 


Contact lens dihantar bersekali dengan case box.. Beli 4 dapat 4 case box.. Tak perlu dah nak fikir, beli asing.. Di Barbie Eyesland, ia disediakan untuk memudahkan pembeli menyimpan contact lens yang telah digunakan.. Bagusnya Barbie Eyesland ni kan.. 

Contact Lens Berkualiti Di Barbie Eyesland


Kalau korang nak tahu, walaupun contact lens di Barbies Eyesland harganya sangat murah tetapi jangan tak tahu ye produk meraka adalah 100% authentic dan berkualiti tinggi.. Untuk jangka hanyat bagi setiap contact lens, ia boleh dipakai sehingga 3 bulan sahaja.. Lepas 3 bulan, sila tukar contact lens yang lain ye.. Jadi, korang kena set sendiri date.. Jangan sampai terlebih tempoh pulak korang guna untuk satu-satu contact lens tu.. Tak nak nanti masalah lain pula timbul.. Mata kena jaga dengan betul oiiii!! Satu lagi nak pesan, pemakaian untuk sehari adalah sehingga 8 jam sahaja ye.. No lebih-lebih!! hiks..

Nak tengok tak contact lens pilihan aku? Jom layan gambar di bawah.. hehe..

Oh My Spark Grey 14.5mm
Beli di SINI

Adore Brown 16mm
Beli di SINI


Serius, aku sangat suka dengan contact lens dari Barbie Eyesland ni.. Selain designya yang ohsem dan pilihan warna juga banyak, ia juga jenis soft lens dan sangat selesa.. Selain itu, ia juga tidak memedihkan dan mengeringkan mata.. Memang best lah!! Paling aku suka, warna juga sangat natural seolah-olah seperti mata asal kita.. Lepas ni bolehlah aku repeat order lagik sebab aku dah jatuh cinta dengan contact lens di Barbie Eyesland ni..

Macam mana nak order? Meh tonton video kat bawah ni..

Order Guna Mobile


Order Guna PC



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-



5 comments:

  1. Paling penting jaga kebersihannya.
    Ada sekali kak PC pergi makan.Orang sebelah meja kami makan tu guna contact lens corak binatang..terkejut kak PC Lea.Menggeletar.Macam nak nangis pun ada.Suami kak PC cakap jangan tengok.Hehehehehe.Kalau yang biasa-biasa kak PC suka je tengok orang pakai contact lens ni.

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok contact lens.. dulu rajin lah pakai contact lens sebab nak melawooo.. hihihi.. boleh lah cuci mata jap tngok contact lens ni..

    ReplyDelete
  3. Packaging dia comel..
    tapi sha tak pandai pakai contact lens.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. dulu pakai contacts.. skrng prefer cermin mata.
    tapi kena ada bekal contacts juga dalam beg. hehe.. comel la ada design2 cantik2 skrng =D

    ReplyDelete