Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum & Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum Review | Panas betul cuasa sekarang ni kan.. Nak keluar rumah pun fikir banyak kali kalau hari cuti.. Hari bekerja tu terpaksa la keluar jugakkan untuk sesuap nasi.. Cewahh.. hehe.. Time cuaca panas camni, mula la terfikir nak lindungi kulit dari sinaran UV.. Mahu terbakar kulit kalau tak dilindungi.. So, kali ni aku nak share dengan korang produk yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV.. Produk apa tu? Haa ofkoslah produk Dr Murad iaitu Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum dan juga Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum..
Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum SPF50 PA++++
Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ merupakan perlindungan kulit yang baru dimana ia dirumuskan khas dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya yang boleh merosakkan kulit.. Selain itu, ia juga melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan seperti :-
- Blue Light dari peranti telefon pintar, laptop dan lain-lain
- Pencemaran
- Radiasi Inframerah
- UVA
- UVB
Tak sangka ye, cahaya dari telefon pintar dan laptop pun memberi ancaman kerosakan pada kulit.. Selama ini aku tak rasa ia berbahaya.. Kalau korang nak tahu, Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini dapat melindungi kulit kita daripada :-
- 96% pencemaran*
- 89% Blue Light dari peranti**
- 52% Sinaran Inframerah
Orite, untuk teksturnya pula ia sangat ringan dan mudah menyerap kedalam kulit.. Paling penting tak melekit ye... Mungkin ada yang risau, kalau pakai sunblock ni muka bercapuk.. Jangan risau deknon, produk ini didatangkan dalam warna peach untuk serasikan dengan warna kulit kita.. Bila di apply kat muka, memang nampak natural sahaja.. hiks.. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana ia fragrance free.. Kalau nak letak kat bahagian mata yang lembut tu pun selamat uolls.. Tak menjadi masalah..
Didalam Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga terkandung Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, membaiki tona kulit dan membaiki kulit yang rosak..
Cara guna
- Goncang terlebih dahulu sebelum digunakan.
- Apply pada muka, leher dan juga dada secara bebas
- Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan dalam jumlah berukuran nikel selepas memakai pelembap harian untuk perlindungan yang lengkap.
Harga : RM298 (50ml)
Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++
Teruja pulak nak memperkenalkan produk kedua Dr Murad ni iaitu Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++.. Kenapa aku teruja? Hehe sebabnya ia berkaitan dengan makeup.. Kalau korang nak tahu, produk ini sangat sesuai dijadikan makeup primer kerana ia merupakan primer Soft-Focus Complex yang dapat menjadikan kulit flawless dan solekan bertahan selama 12 jam..
Manfaat Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++
- Mengurangkan garis halus dan kedut
- Mengecilkan liang pori
- Merawat tekstur kulit yang tidak sekata
- Membaiki tona kulit yang tidak sekata
Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Apa yang bagusnya, ia tidak mengandungi Paraben, Sulfat, Phthalates dan Gluten iaitu bahan yang berasal dari haiwan. So, ia selamat digunakan ye..
Bahan Utama
- Peptida Cendawan - Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekuatan, keanjalan dan ketahanan kulit yang kelihatan muda
- Soft-Focus Complex - Melicinkan kulit, membaiki tona dan tekstur kulit yang tidak sekata untuk solekan yang lebih ideal dan tahan lebih lama
- Ekstrak Barli, Bunga Matahari dan Timun - Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.
Result Selepas Menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++
- Kesempurnaan dan ketahanan solekan selama 12 jam
- Pengurangan segera 30% dalam penampilan liang pori
Dalam kajian klinikal selama 3 hari pula di dapati :-
- 71% berkurangan garis halus dan kedutan
- 94% kelihatan kulit lebih licin dan tekstur kulit menjadi lebih baik
- 100% invisible perlindungan SPF30
Cara Guna
Urus secara merata pada kulit wajah, leher dan dada. Boleh digunakan sebelum solekan sebagai makeup primer ataupun boleh juga dipakai secara solo bergitu sahaja.
Harga : RM328
Beli Disini : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30
Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :-
Website
Instagram
Facebook
kita pun guna lea..terbaik..:)
ReplyDeletepricey gak eyh. tapi okeilah spf tinggi
ReplyDeleteYa. Memang panas lah. Kena bubuh byk sikit sunblock ni
ReplyDeleteWah bagusnnya.. Dua botol banyak kegunaan dia.. Murad memg bagus ye
ReplyDeleteRamai jugak yg guna jenama murad ni ye? Nampak convincing
ReplyDeleteI tried some of their products and like it too. They have many good skincare too.
ReplyDeleteDua dua guna memang best. Yang age reform as primer tu best.
ReplyDeleteooo...primer ke...Sally at first ingatkan macam serum je...huhuhu...elok la kalau sesuai tu kak...skrg kalau tak guna sunblock mmg tak boleh kak...rosak kulit dengan cuaca skrg
ReplyDeleteMacam best ja Murad ni
ReplyDeleteproduk yang menarik..
ReplyDeletekalo product tu kering cepat meresap memang i looike.
ReplyDeleteyang jenis melekit tu byebye la..
Macam best produk ni.. Geram nak ada satu juga la
ReplyDelete